About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

22.1.11

Pengenalan Watak Cinta Lagu Kita

Cinta Lagu Kita

The Fabulous

Arif Akim b. Ahmad

Anak kepada Sir Ahmad, tuan empunya sekolah elite terbesar di Malaysia, Sekolah Tinggi Sir Ahmad (STSA). Berlagak ketua di sekolah tersebut. Ketua kepada kumpulan The Fabulous. Seorang yang digilai kaum perempuan, namun sikapnya kurang ajar.


Khairil Shukri b. Azzam

Anak kepada pemilik syarikat penerbangan, Azzam Enterprise. Penolong ketua The Fabulous. Seorang yang peramah, baik hati dan gentleman. Tidak suka melihat sifat kurang ajar yang sering ditunjukkan oleh sahabat karibnya namun tetap berdiam diri.


Jimmy Hazwan b. Zulazrin Chew

Anak pemegang saham terbesar di AESB (Astro Entertainment Sdn.Bhd.). Salah seorang ahli The Fabulous. Seorang yang suka mencabar orang lain dan suka dicabar. Gentleman namun ada sedikit sifat nakal dan kurang ajar. Suka mengacau freshie dan suka bermain skateboard.


Hairie Hafiz b. Ridwan

Anak kepada pemilik syarikat taman tema yang terkemuka di asia, Universal Studio Malaysia. Bapanya teman rapat kepada pemilik Unversal Studio Singapura. Mempunyai perangai yang sedikit pelik. Pernah ditipu kekasih dan tidak mempercayai cinta.


Aliff Shafuan b. Suhaimie Aziz

Anak kepada pemilik saham dalam sebuah syarikat perniagaan yang terkemuka. Seorang yang agak pendiam dan pemalu tetapi sifat sebenarnya yang agresif dan garang muncul apabila dia ditimpa masalah atau berusaha untuk menyelamatkan rakan2nya dari masalah.



Spicy Girls

Alia Aqilah bt. Eziani

Anak kepada Sir Eziani iaitu pemilik syarikat perkapalan terbesar di asia, Eziani Empire. Ketua kumpulan Spicy Girls. Digilai oleh para pria di STSA namun sikapnya sedikit angkuh dan melebihkan pelajaran dan persahabatan dari percintaan.


Amani Mieysha bt Azizan

Anak kepada pemilik syarikat perumahan yang terkenal, Azizan Sdn. Bhd. Penolong ketua Spicy Girls. Sikapnya yang sweet dan peramah membuatkan ramai lelaki di STSA jatuh hati namun sering menolak tawaran untuk bercinta.


Adira Anina bt. Indrawan

Anak kepada salah seorang pemegang saham terbesar di Eziani Empire. Ahli kumpulan Spicy Girls. Seorang yang senang untuk dicabar kerana dia suka untuk mencuba sesuatu yang baru. Peramah dan senang didekati namun sedikit garang terhadap lelaki.


Mimie Adriana bt. Shahrizal

Anak kepada pemilik hotel Palace Of The Golden Horses. Ahli Spicy Girls yang sering bersikap manja dengan Aqilah dan kadang-kala cepat iri hati dengan kakaknya yang berbakat besar di sekolah. Sering menjadi tumpuan di sekolah mereka kerana mempunyai bakat menyanyi yang hebat.


Riana Aishah bt. Amrie

Anak kepada salah seorang pemegang saham Azizan Sdn. Bhd. Ahli kumpulan Spicy Girls. Sukar bergaul dengan orang dan lebih suka bersendirian. Lebih banyak meluangkan masa bersama rakan2 berbanding keluarga kerana keluarganya sering sibuk dengan hal masing2.

0 comments:

Post a Comment