About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

22.1.11

Cinta Lagu Kita 1 - Back to Malaysia !!!


“ Ish! Benci betul la kita kena transfer masuk sekolah kat Malaysia… Nothing special ok… “ Seorang gadis, Alia Aqilah membebel kepada rakan2nya.

“ Rilex beb, nothing can be worst than going back to Malaysia kan? “ Rakannya, Amani Mieysha cuba memujuk.

“ Ye la beb… Sir Eziani, I mean your dad dah buat keputusan muktamad nak hantar kita balik Malaysia time cuti ni… I hate it too but kita tak boleh nak lawan… “ Riana Aishah turut bersetuju dengan kata2 Amani.

Aqilah hanya memasamkan mukanya, susah untuk menerima hakikat bahawa dia akan pulang ke Malaysia pada minggu hadapan. Setelah 6 tahun dia bersama rakan2nya menetap di Christchurch, New Zealand, baru kini ayahnya mahu menghantar mereka pulang ke Malaysia.

******************************

“ Weh Aril, aku dengar ada budak baru nak masuk sekolah kita ni… Betul ke? “ Hairie Hafiz bertanya kepada rakannya, Khairil Shukri .

“ Manalah aku tau Hafiz oi… Kau tanyalah si Akim tu, mesti Sir Ahmad at least ada bagitau dia something kan? “

“ Ye… Daddy ada bagitau aku… Adik senior Stacy and the gang nak transfer sini… “ Arif Hakim menjelaskan.

“ Huh? Aku tak tau pulak Senior Stacy ada adik… “ Jimmy Hazwan kehairanan. Mereka rapat dengan Stacy Batrisyah namun mereka tidak mengetahui bahawa senior mereka itu mempunyai seorang adik selain dari dua orang abang yang entah ke mana.

“ Ouh… Kau maksudkan budak manja yang kat Christchurch tu ke, Kim? “ Aril mula mengingati sesuatu.

“ Ye… Budak poyo bajet bagus tu la… Benci aku… Dia tu seolah-olah benci aku dengan Abang An. Dari dia kecik sampai sekarang, tak habis2 nak menyusahkan kitorang. Dah tu, manja dengan bapak aku pulak tu… Heishh… Benci gila ah ! Nasiblah Senior Stacy tu awek Abang An, kalau tak dah lama dah budak tu kena lepuk dengan aku… “ Akim seolah-olah geram ketika teringat kejadian2 ketika bersama abangnya, Shaheizy Nubhan.

“ Haha… Aku tau kau memang benci dia sejak kita kecik dulu kan? “ Aril cuba memerli.

“ Haha… Benci tandanya sayang… “ Aliff Shafuan cuba mengusik. Aril dan Hafiz serta Iwan lantas ketawa setelah mendengar kata2 Aliff.

“ Eh? Err… Mana adalah! Korang ni… Aku belasah sorang2 karang! “ Suara Akim meninggi namun mukanya kemerah-merahan. Marah? Atau malu?

***********************

5 sekawan cuba berlagak manis namun dalam sifat kemanisan itu, lambat-laun akan terserlah juga sikap mereka yang gedik namun kasar itu. Spicy Girls tiba di perkarangan sekolah dengan kereta masing2, dengan segera mereka meletakkan kereta2 kebanggaan mereka di tempat khas yang telah diluluskan oleh Sir Ahmad.

“ Okay… Girls… Be nice in our first day in this school… Lagipun, after this if you guys nak buat macam sekolah sendiri pun takpe… This school belongs to my daddy’s best friend from their old school, Sir Ahmad… “ Aqilah tersenyum sinis. Mereka berstatus pelajar baru, namun telah diberi kuasa V.I.P. oleh Sir Ahmad untuk melakukan apa sahaja termasuk mendapat bilik khas untuk mereka bersantai ketika waktu rehat.

Mereka berlima ketawa serentak namun kesenangan mereka tidak berpanjangan kerana sekumpulan pelajar perempuan mula menjerit. Manakan tidak, The Fabulous telah muncul di perkarangan sekolah. Setelah meletak kereta, mereka masing2 keluar dari kereta dan berlagak macho.

“ Err… Senior Akim, terimalah bunga ni… Saya ikhlas nak bagi kat senior. “ Seorang gadis beraut wajah comel memberi sejambak bunga kepada Akim. Gadis itu tersenyum lebar apabila Akim menerimanya namun sebentar lagi senyumannya akan hilang.

“ Thanks budak comel… “ Akim tersenyum sinis sambil memuji, namun Aqilah yang memerhati dari jauh tahu kata2 yang diungkapkan Akim lansung tidak ikhlas. Kata2 Akim telah membuatkan gadis tersebut semakin tersenyum dan memberinya segunung harapan untuk berkawan dengannya namun…

“ Tapi maaf, bunga ni layak dapat tempat kat bawah tapak kaki saya je… “ Akim menjatuhkan jambakkan bunga tersebut lalu memijak-mijaknya sehingga berkecai. Sebagaimana berkecainya bunga2 tersebut, begitulah juga berkecainya hati gadis tersebut sehingga mengundang air mata yang hanya diketawakan Akim. Aril, Hafiz, Iwan dan Aliff hanya menggelengkan kepala.

“ Ini memang buat aku panas… Heish, pantang aku tengok lelaki buat perempuan menangis ! “ Perbuatan Akim mengundang kemarahan Aqilah, ini membuatkan Aqilah cuba bertindak namun dihalang Aishah.

“ Chillex babe, you bukan kenal pun siapa dia so you buat dunno je la… Kan guys? Well, ni sekolah elite babe… Manusia macam tu senang je kita nak jumpa kat sekolah ni. “ Aishah cuba menenangkan rakannya yang dilanda api kemarahan. Faham benar dia dengan sikap Aqilah yang suka bertindak melulu. Mimie dan Amani sekadar mengangguk.

“ Ha? Apa you cakap babe? You kata I tak kenal? Hello… Get into the real world Riana Aishah, Amani Mieysha, Mimie Adriana and Adira Anina… I dah terlebih kenal dengan mamat bajet tu la… Arif Hakim b. Ahmad okey dear? Anak Sir Ahmad, bodohlah kalau I kata I tak kenal… “Kawan” lama I… “ Padangan Aqilah yang tajam memandang tepat ke arah Aishah membuatkan Aishah gerun. Tidak menjangkakan bahawa itulah Arif Akim. Mungkin mereka menyangka bahawa Akim seorang yang baik namun sangkaan mereka meleset setelah mendengar kata2 yang diungkapkan Aqilah.

Amani, Mimie, Adira serta Aishah memandang antara satu sama lain. Belum sempat mereka bertanyakan lebih lanjut kepada Aqilah, dia telah pun lesap dari pandangan. Hanya satu yang bermain di fikiran mereka. ( For sure dia akan cari gaduh dengan anak Sir Ahmad… Habislah kita… )

*************************

“ Hello anak Sir Ahmad… Well, lama tak jumpa kan? “ Aqilah tersenyum sinis apabila dia berhadapan dengan Akim.

“ Well, look who’s here geng… Finally you come… Welcome to my school… “ Akim membalas dengan sinis, ahlinya hanya ketawa.

Terdengar beberapa suara2 sumbang sedang mengata Aqilah yang muncul dengan tiba2. Aqilah sedikit mengeluh dengan tindakan mereka yang menjadikan dia bahan gossip.

“ Hello… Tak payah nak mengata I okey… Well, you all tak tahu siapa I… Gossiplah sesuka hati… I know yang korang tu JEALOUS! Sebab, I dapat bercakap dengan Komeng ni kan? “ Aqilah sengaja memburuk-burukkan Akim dihadapan peminatnya, ini membuatkan salah seorang dari mereka bertindak agersif dengan menampar pipi Aqilah dan menarik rambut Aqilah yang lurus itu.

“ Kau tu siapa ha? Tak sedar diri! Suka hati je kau panggil Senior Akim tu Komeng! Compare tu us, you are NOTHING ! Zero ! Blah la ! Kau bukannya anak datuk pun ! Masuk tah2 sebab Sir Ahmad kesian ke, biasiswa ke or pape yang sewaktu dengannya. Kereta pinjam je tu ! “ Aqilah meronta-ronta meminta dilepaskan. Spicy Girls cuba untuk melepaskan Aqilah namun tidak Berjaya, sebaliknya mereka ditolak dengan kuat sehingga jatuh terduduk. Ini membuatkan Aril berang.

“ Hei! Lepaskan dia! “ Suara Aril yang keras membuatkan gadis tersebut terkejut dan dengan tidak sengaja dia menolak Aqilah.

Aril segera memangku Aqilah yang masih kesakitan itu. Aqilah kelihatan sangat bengang dengan kejadian itu. Mukanya merah membara.

“ Apa masalah kau ha?! “ Aril menengking gadis yang bertindak agresif tadi. Keadaan tadi yang riuh rendah mula senyap, sunyi tanpa sebarang bicara.

“ Senior Aril ! She is nothing ! Just budak baru je kan? So siapa kesah? “ jawabnya dengan angkuh.

“ Oh… Nothing? Kau tu yang nothing! Aku tau la kau siapa… Kau masuk sini cuma sebab kau kaya, tapi parents kau bukan siapa2 ! Business je kan? Kau tau dia siapa? Dia ni anak Sir Eziani ! Owner Eziani Empire ! Syarikat perkapalan paling besar kat asia ni tau ! “ Kata2 Aril membuatkan semua murid yang berada di situ terkejut besar. Gadis yang telah mencederakan Aqilah tadi kelihatan gelisah kerana dia tahu bahawa Sir Eziani dan Sir Ahmad mempunyai hubungan yang rapat. Bimbang jika dia diambil tindakan.

“ Awok, bawak dia pergi bilik rawatan. Dapatkan treatment luka and lebam tu… Korang berempat ikutlah kawan korang tu. “ Akim mula mengarah. Aril membantu Aqilah yang kelihatan tidak bermaya, kudrat seorang gadis tidaklah sekuat mana jika telah dicaci dan dimaki. Itu bisa menjatuhkan reputasi. Aliff mengikut langkah Aril dan Spicy Girls ke bilik rawatan. Dia tidak mahu terlibat dalam sebarang pergaduhan.

“ Baik korang blah sekarang sebelum aku ganti Aril mengamuk… Blah masuk kelas masing2… “ Akim bersuara tegas. Iwan dan Hafiz hanya menanti di belakangnya, bersedia jika benar2 Akim akan mengamuk.

“ But senior… Kami kan selalu ikut senior… Please let us stay… “ Gadis tadi bersuara lembut seakan-akan memujuk.

“ Eh, aku kata blah, blah je la ! Aku rimas korang ikut ke hulu ke hilir. Korang ingat aku tak rimas ke? Blah la ! Tak faham bahasa ke ! “ Tangan Akim diangkat tinggi, seakan-akan mahu menampar namun tangannya terhenti di udara. Hatinya cuba ditenangkan oleh Iwan dan Hafiz. Tangannya diturunkan perlahan2. ( Dayuslah kau Akim kalau pukul je minah tu tadi… Nasib, nasib… )

********************

“ Maafkan Uncle Ahmad ye Aqilah… Apalah yang uncle nak cakap kat daddy kamu nanti… Teruk juga lebam kat pipi kamu ni… Takpe2, nanti uncle ambik tindakan kat pelajar tu… “ Sir Ahmad merasa bersalah, baru hari pertama and belum start belajar pun dah kena belasah… Apalah nasib Aqilah ni…

“ Eh, no hal lah uncle… Takpe, daddy mesti just risau je… Daddy kan kawan baik uncle, no way lah daddy nak marah uncle pasal hal remeh ni… Aqilah dah besar lah, daddy wouldn’t be so worry about me, kan kak? “ Stacy mengeluh melihat keadaan adik kesayangannya itu. Tidak pernah sekali pun keluarga mereka memukulnya, inikan pula dia telah ditampar oleh orang yang lansung tidak dikenalinya. Namun dia tetap bersetuju dengan kata2 Aqilah. Sir Eziani, bapa mereka bukanlah seorang yang cepat marah.

“ Kalau macam tu, kamu berempat pergilah masuk kelas… Janganlah pulak baru 1st day kamu kat sekolah ni, dah nak ada reputasi buruk di kalangan pelajar2 lain ye… Aliff, Iwan… Pergi tunjukkan diorang berempat kelas 5 Slytherin. “ Sir Ahmad memberi arahan kepada pelajar2nya.

“ What? Dad, Akim tak nak diorang ni jadi junior kelas Akim… Hari sukan, prom or whatever hari2 yang penting mesti kitorang kena buat sama2 as Slytherin kan? Malaslah ! Aduh… Please la daddy… “ Akim tidak bersetuju dengan keputusan ayahnya untuk menempatkan mereka dalam kumpulan kelas yang sama.

“ Jangan mengada-ngada, diorang layak masuk Slytherin sebab keputusan diorang semua cemerlang… Takkan daddy nak masukkan diorang dalam kelas Griffindor pulak… “

“ Ala daddy, Ravenclaw ada, Hufflepuff pun ada… Just put them in one of the class lah… “ Akim masih lagi membantah keputusan ayahnya.

“ Kamu nak melawan daddy ke Akim? Nak daddy turunkan kelas kamu pulak? Dah2, kamu berdua pergi tunjukkan kelas diorang ni. Cepat! “ Kata2 Sir Ahmad membuatkan lidah Akim kelu, tidak berani lagi untuk membuka mulut. Lantas, Akim dan Aril serta Hafiz pulang ke kelas mereka iaitu 6A Slytherin manakala Iwan serta Aliff segera membawa Spicy Girls ke kelas mereka.

*************************

Setelah tamat waktu persekolahan, Spicy Girls bergegas pergi ke bilik khas mereka untuk menukar pakaian untuk pergi ke latihan cheerleading.

“ Girls, kita ada new members today… Presenting Spicy Girls… “ Ismaliza Dato’ Ismail memperkenalkan ahli terbaru mereka. Sememangnya Isma dan Aqilah telah bersahabat setelah sekian lama.

Empat gadis ini tersenyum manis, membuatkan ahli2 yang lain senang menerima mereka sebagai ahli baru. Isma sebagai ketua dan Emelia Nadia Dato’ Haswani sebagai penolong mengajar Spicy Girls rutin mereka. Dengan segera mereka berempat telah menguasai rutin tersebut. Ini membuatkan “The Cheeriots” kagum dan bangga mempunyai ahli sebagus mereka. Aishah, Mimie dan Adira sebagai fliers baru kerana ketinggian mereka yang agak “comel” manakala Aqilah dan Amani sebagai lead cheer di hadapan kerana suara mereka yang lantang.

“ Ok girls… Team ragbi dah nak masuk, ready untuk start our rutin… “ Isma memberi arahan sambil memasukkan CD ke dalam radio. Rutin mereka menggunakan lagu “Tell Me Something I Don’t Know” yang rancak. Ahli2 simpanan “The Cheeriots ” menjerit-jerit apabila ahli pasukan ragbi melangkah masuk ke padang.

Lima sekawan ini mula meninjau-ninjau siapakah gerangan ahli2 pasukan ragbi yang dimegah-megahkan oleh STSA ini kerana telah membawa sekolah mereka ke peringkat negeri lalu menjuarai pertandingan tersebut.

“ Akim! Aril! Aliff! Hafiz! Iwan! AAhhhh!!!!! “ Ahli2 pasukan sorak menjerit bagai orang gila. Aqilah ternganga apabila melihat 3 lagi rakannya rupanya sudah tangkap cintan dengan mereka berlima. Aishah sekadar melihat di samping Aqilah. ( Aduss… Kawan2 aku pun? )

“ Err… Senior Isma, can we start now? “ Aqilah menegur Isma yang kelihatan sudah lali dengan keadaan itu. Isma berkali-kali menjerit untuk menamatkan kelakuan mereka yang buruk itu. Kerana cuaca pada hari itu agak panas, Aqilah mula pening dengan suhu yang tiba2 meningkat dan suasana yang bising.

“ Woi !!! Diamlah !!! Tak tahu adab ke ??!! “ Aqilah mula berang dengan sikap mereka. Semua ahli “The Cheeriots” terdiam setelah mendengar suara Aqilah yang kuat dan lantang itu. Malahan pasukan ragbi yang sedang berlatih turut terganggu sehinggakan mereka hampir berlanggar antara satu sama lain.

“ Waa… Gelapnya dunia… Pusing2 pulak tu… ~_~ “ Aqilah mula rebah di tengah padang yang panas itu. Mereka mula mengerumuni Aqilah seperti semut mengerumuni gula. Tiba2 seorang jejaka menyuruh mereka bersurai agar Aqilah tidak kesesakkan nafas. Dengan segera dia mendukung Aqilah menuju ke bilik rawatan.

*************************

“ Wuu… Aku kat mana ni? “ Aqilah membuka matanya secara perlahan namun gagal. Dia hanya Berjaya membuka sedikit saja, mungkin kerana masih silau. Tiba2 saja dia rebah di tengah padang membuatkan semua orang menjadi cemas.

“ Aqilah… Berapa jari yang saya tunjuk ni? “ Seorang jejaka menunjukkan angka 4 dengan jarinya.

“ Err… 3 kut, eh ke 2? 5 la… “ Aqilah memicit-micit kepalanya.

“ Aduh Mimie, kawan awak ni masih mamai lah… Saya keluar dulu la ye… “

“ Hmm… Terima kasih Senior Hafiz sebab temankan saya kat sini. “ Mimie tersenyum, dalam diam dia menaruh hati terhadap Hafiz.

“ Uhh? Hafiz? Mimie? Mimie… You kat mana? “ Dalam keadaan lemah Aqilah mencari teman rapatnya.

“ Hei2… I kat sini lah… You rest la dulu, nanti Sir Eziani dengan Sir Ahmad risau pulak… “ Mimie memegang tangan rakannya itu.

“ Hei… I dah ok la… Migraine sikit je ni… “ Aqilah bangun dengan bantuan Mimie. Dia melihat sekeliling, ini bukan bilik rawatan sekolah…

“ Ni hospital lah cik adik maniss… Dr. Farish cakap you tak boleh sekadar kena rawat kat bilik rawatan je… Mana ada ubat migraine yang boleh suka2 je bagi kat patient sebelum dapat kepastian doktor pakar tentang tahap migraine tu… “

“ Err… Ouh… By the way babe, siapa yang bawak I datang sini? No way ambulance or Dr. Farish kan? “ Aqilah meninjau-ninjau ke arah luar untuk mendapat kepastian.

“ Siapa lagi? Prince charming you la… Yang tinggi lampai tu… Sanggup dia dukung you ke bilik rawatan, then turun balik masuk kereta you sebab kebetulan kunci kereta you jatuh dari poket sweater you and terus ke hospital… Wah2, korang ada relation apa2 ke ni? “ Mimie mengangkat-angkat keningnya sambil tersenyum.

“ Prince charming aku? Siapa pulak ni yang sanggup susah payah sangat? Hafiz? Not my taste la untuk jadi prince charming aku… Lagipun dia bukan tinggi sangat… Siapakah gerangan jejaka itu? “ Muka Aqilah lantas menjadi blurr, kosong tanpa sebarang petunjuk. Kelihatan Adira dan Mimie bersusah payah menarik seorang jejaka untuk bertemu dengan Aqilah. Itukah jejaka tersebut? Jeng jeng jeng…

“ Aduh… Senior masuk je lah… Apa nak disegankan? Mana pergi senior kitorang yang gagah perkasa and tak takut apa2 ni? Eee… Takkan dah jadi donut kut… “ Adira masih memaksa jejaka tersebut.

Tidak lama kemudian, setelah mereka berdua bersusah payah, jejaka tersebut muncul di hadapan bilik tersebut. Terbeliak biji mata Aqilah apabila melihat jejaka tersebut berdiri terpacak seperti tugu Negara yang berdiri megah.

“ Senior Akim? Adira, I tak mamai right? O_O” “ Aqilah menjegilkan biji matanya kerana terkejut, Akim pula hanya membuat muka seposen seolah-olah tiada apa yang berlaku. Adira hanya tersenyum sambil menggeleng.

“ Takde pape ah… Kalau aku biar nanti daddy marah pulak… Daddy dah tugaskan kitorang berempat untuk jaga korang. Nak buat macam mana… Tak mungkin aku lawan keputusan daddy… Nanti aku yang susah… “

“ Ye la tu… Kau yang cemas sangat plus gelisah gila time kau nampak dia pengsan kan?Mengaku je la yang kau tu dah tangkap cintan! “ Iwan menjerit dari luar. Ini membuatkan Akim tersipu malu mengalahkan anak dara namun tetap berlagak macho.

**********************

“ Waaa!!! What happened to my baby??!! “

“ Err… Sorry ar… Tadi aku kelam kabut sangat sampai tak nampak kereta kat belakang… “

“ Uhukhukhuk… Baby… T_T “ Aqilah menangis sambil memeluk Lotus Evora kesayangannya yang berwarna baby blue yang telah remuk di bahagian belakang gara2 Akim yang cuai dan terlanggar kereta Aril yang berada di belakang.

“ Oi… Janganlah menangis… Buat aku rasa bersalah gila ni… “ Akim mula rasa serba tak kena. Aqilah merenung tajam ke arah Akim. Renungan tersebut membuatkan Akim seram sejuk. Amani pula agak risau jika Aqilah mula marah2, dia tahu perangai Aqilah jika ada orang berani merosakkan kereta kesayangannya itu.

“ Babe, takyah marah2 okey… Chill… Kereta je kan? Your daddy boleh hantar bengkel la… “ Amani memegang bahu Aqilah namun ditepis. Aqilah dengan segera berlalu dari situ, dengan sengaja di melanggar Akim dan membuatkan Akim hilang keseimbangan lalu jatuh terduduk.

“ Aiyok… Our lady is really not in the mood now… “ Adira membisikkan kepada Aishah. Mata mereka hanya mengekori Aqilah yang dijemput oleh butlernya setelah dia menelefon rumahnya beberapa ketika yang lalu. Riak wajahnya tidak segembira selalu. Setelah Aqilah beredar……

“ Hahahaha…. Bajetlah aku takut sangat? Bagus ar kereta dia remuk… Aku tak kesahlah dia nak bagitau daddy pun… Thanks la Awok… Bagi aku rempuh kereta kau tadi… Kereta kau pun aku tengok scratch je… Tough gak an kereta kau ni, macam tuannya… Haha… “ Akim menepuk bahu Aril. Aril tidak memberi sebarang reaksi. Hafiz, Iwan dan Aliff tersenyum puas. 4 gadis Spicy Girls pula terkesima melihat perbincangan 5 sekawan itu… Kejam…

0 comments:

Post a Comment