About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

19.2.11

Cinta Lagu Kita 7 - Adakah Dia Akan Selamat?


“ Mie… Tolong… Senior Aril… “ Adira masih sukar menenangkan dirinya.

*****************************

Adira berlegar-legar di sekitar villa. Ketika dia melintasi di hadapan stor barang di bahagian luar villa tersebut, dia terdengar suatu bunyi seolah-olah pintu itu ditendang berkali-kali.

“ S… S… Siapa tu ? “ Adira mula ketakutan.

“ T… Tolong… “ Seseorang dari dalam stor itu bersuara lemah.

“ Suara tu macam... Senior Aril, senior kat dalam ke? “ Adira cuba membuka pintu itu namun ia berkunci. Dia mengetuk pintu itu bertalu-talu untuk mendapat kepastian jika itu benar2 seniornya.

“ Siapa yang kat luar ? T… Tolong keluarkan saya dari sini… “

“ Ni Adira… Adira, your junior… Senior, please stay away from the door. Dira nak cuba tendang. “ Gadis kecil ini menggunakan seluruh tenaganya untuk menendang pintu itu. Percubaanya gagal namun dia tetap berusaha, setelah beberapa kali mencuba akhirnya pintu itu terbuka. Lalu dia menutup kembali pintu itu dengan arahan Aril.

“ Senior… What, what happened to you? Ya Allah, darah… “ Adira memangku Aril yang sudah nyawa2 ikan dan berlumuran darah. Adira yang berpakaian putih bersih, telah kotor dengan darah dari tubuh Aril. Dia cuba untuk membawa Aril keluar dari stor tersebut namun…

“ Burn, make sure budak 4 orang tu takkan tahu kita ada kat sini… Malam ni, kita pindahkan dia ke tempat lain. Kita seksa perlahan-lahan, jangan terburu-buru. Seksa sampai dia menghembuskan nafas dia yang terakhir… Hahaha ! “

“ Dira, dira cepat lari ikut tingkap tu… Sebelum diorang tangkap Dira sekali… Dira, bagitau dekat sesiapa yang ada dengan Dira… Report polis or apa2 je yang boleh selamatkan Aril… Dira tak nak tengok Aril mati kan? And Dira pun tak nak tengok Aqilah menangis disebabkan Aril kan? So, Dira please do something and hurry ! Cepat keluar ! “ Aril mula cemas apabila terdengar langkah Vince dan kuncu2nya semakin dekat. Dia memberi arahan tetapi suaranya tetap diperlahankan supaya tidak didengari oleh mereka.

“ Senior… Please take care of yourself… “ Kata Adira sebelum dia cuba memanjat tingkap yang agak tinggi itu. Dia Berjaya meloloskan diri namun hampir sahaja dia dilihat oleh Burn yang ingin merokok di bahagian belakang stor itu. Dengan segera dia bersembunyi di sebalik semak samun. Tetapi dengan kecuaian dirinya, dia terpijak ranting kayu dan mengeluarkan bunyi yang dapat didengari oleh Burn.

“ Woi ! Siapa tu ! Baik kau keluar sekarang ! “ Burn mengeluarkan pistolnya dan berjalan perlahan2 ke arah semak di mana Adira bersembunyi. Dengan segera Adira menekup mulut dan hidungnya supaya tidak kedengaran bunyi nafasnya yang agak berat setelah kepenatan acara panjat-memanjat tingkap.

“ Burn ! Tolong aku kejap ! “ Kelihatan Aweera, salah seorang kuncu Vince sedang memanggil Burn. Lalu Burn berlalu pergi meninggalkan kecurigaannya terhadap semak tersebut. Dalam kesempatan ini, Adira segera berlalu pergi meninggalkan kawasan stor tersebut melalui hutan dan kembali ke tempat mereka berkumpul.

“ Aku kena bagitau semua orang ! Keselamatan Senior Aril dalam tangan aku ! “

***********************

“ Dira, kita tak boleh berdiam diri je. Mane la tau nanti diorang apa-apakan Aril. Tak ke bahaya tu. “ Hafiz bersuara sedikit cemas. Hanya mampu berdoa akan keselamatan rakannya itu sambil mencari akal untuk melepaskan Aril.

“ Apa kata kita bagitau Qila dengan Akim dulu? Rasanya lagi baik kut, boleh berbincang sekali. “ Mimie mula memberi idea.

“ You ni terlebih pandai la Mie… You nak Qila sakit ke? Lagipun kita dah takde masa ni. Kejap lagi dah nak malam, kita pun tak tahu pukul berapa diorang nak bawak Senior Aril pergi dari sini. Kita kena bertindak cepat dan tepat ! “ Adira bersuara tegas. Lagaknya seperti ketua pengawas sekolah mereka yang poyo dan sering membebel namun kata2 Adira ada benarnya. (pengawas poyo tu sila rujuk kepada watak Ameer (Zoey) di dalam KLIK)

****************************

Pagi bersilih ganti petang dan akhirnya hari semakin gelap menandakan malam bakal tiba. Burung2 yang asyik beterbangan di ruang angkasa nan luas mula pulang ke sarang. Bintang2 yang berkerlipan mula kelihatan di sudut angkasa untuk membantu bulan menerangi malam yang suram. Di satu sudut, kelihatan seorang gadis duduk di bangku yang terletak di taman hospital. Dia asyik memerhatikan sebutir bintang yang bersinar terang, barangkali itu Bintang Kejora.

“ Yaya… Kenapa kamu duduk sorang2 kat sini? Kak Stacy kamu tu risau macam kucing hilang anak tau cari kamu. “ Nubhan mengambil tempat bersebelahan dengan Aqilah. Dia memandang raut wajah gadis itu yang kelihatan polos walaupun hakikatnya gadis itu garang.

“ Abang An… Kalau Yaya suka kat seseorang tu tapi Yaya tau yang dia mungkin takkan jadi milik Yaya, apa patut Yaya buat? “ Aqilah merenung tepat ke dalam mata Nubhan. Matanya berkaca menahan air mata, hanya menunggu masa untuk gugur ke bumi-Nya. Pandangan itu membuatkan Nubhan serba tak kena, perasaan kasihan bercampur baur dengan perasaan sayangnya terhadap gadis di hadapannya walaupun perasaan sayang itu tidak melebihi dari sayang seorang abang kepada adik.

Nubhan menarik nafas sedalam mungkin lalu dia melepaskan lelahnya. Dia sudah dapat meneka isi hati Aqilah sekaligus dapat menghidu siapakah lelaki yang bertakhta di hati kecil itu.

“ Yaya… Biar abang teka, Yaya tak pernah bagitau lelaki tu yang Yaya suka kat dia kan? Kenapa Yaya cakap dia mungkin takkan jadi milik Yaya sedangkan Yaya sendiri tak pasti. Belum cuba belum tahu. Lagipun, jangan ingat Abang An tak tau yang Yaya suka siapa. Yaya cuba berterus terang dengan dia, luahkan semua isi hati Yaya kat dia.“ Nubhan mengusap perlahan rambut Aqilah yang makin panjang itu. Kata2 Nubhan membuatkan Aqilah sedikit terkejut namun kata2 itulah yang telah menyuntik satu semangat baru di dalam dirinya.

“ Yaya mengaku Yaya suka kat dia. Perasaan kawan baik dah bertukar menjadi perasaan cinta bila Yaya makin meningkat dewasa. Yaya mula faham erti cinta sejati yang tulus dari hati. Yaya akan berusaha untuk mendapatkan dia. Terima kasih abang… Yaya sayang abang! “ Hampir sahaja Aqilah memeluk Nubhan tetapi Stacy muncul entah dari mana. Jari Stacy ligat digerakkan ke kiri dan ke kanan sebagai tanda tidak boleh. Aqilah sekadar tersengih-sengih, mungkin itu memang tindak balasnya yang sukar untuk dikawal memandangkan memang dia dan Nubhan rapat. (Haip! Nak kena budak ni… Nak peluk boyfriend aku pulak!)

Ohh……..
Di sunyinya hati ini sendiri ku menanti
sesuatu yang tak pasti darimu
darimu ohhh….

Ku tahu dirimu tak bisa kumiliki
meskipun ku takkan henti
mengharapkan hadirmu
ohh… menanti terus menanti dirimu
dan tak inginku berpaling meski hanya mimpi
menanti ku menanti cintamu kan kembali padaku

mungkinkah semua ini terjadi ?

sejak pertama melihatmu berdua dengan kekasihmu
hancur luluh sudah harapan hati ini

Ku tahu dirimu tak bisa kumiliki
meskipun ku takkan henti
mengharapkan hadirmu
ohh … menanti terus menanti dirimu
dan tak inginku berpaling meski hanya mimpi

menanti ku menanti cintamu kan kembali padaku
menanti terus menanti dirimu
dan tak inginku berpaling meski hanya mimpi
menanti ku menanti cintamu kan kembali padaku

biarkan ku nikmati bayangmu
biarkan ku nikmati bayangmu
biarlah hanya malam temaniku

menanti terus menanti dirimu
dan tak inginku berpaling meski hanya mimpi
menanti ku menanti cintamu kan kembali padaku

biarkan ku nikmati bayangmu
biarlah hanya malam temaniku
menemaniku…ohhhhh…

(Mila – Menanti)

************************

Kelihatan 4 sekawan berpakaian serba hitam sedang cuba untuk menyelinap masuk ke dalam stor simpanan barang. Memberanikan diri untuk menempuh risiko besar dan segala kemungkinan yang mungkin berlaku kepada mereka.

“ Ya Allah… Selamatkanlah kami berlima… Kau permudahkanlah kerja kami semua… Amin…” Adira sempat berdoa untuk memohon perlindungan dari yang Maha Esa.

“ Mie dengan Dira pergi tunggu kat belakang. Biar Hafiz dengan Iwan cuba keluarkan Aril dari sini. Kalau ada yang berlaku di luar kawalan kita, korang lari ikut hutan tu dan cuba hubungi pihak polis. “ Hafiz menerangkan kembali perancangan mereka supaya semua berjalan lancar.

“ Fiz… Be carefull please… “ Ada takungan air mata jernih di mata Mimie. Bimbang akan keselamatan Hafiz. Sempat dia memegang erat tangan Hafiz sebelum dia dan Adira menuju ke bahagian belakang stor tersebut.

Hafiz dan Iwan cuba membuka pintu stor. Nampaknya terlalu mudah bagi mereka, Hafiz kelihatan lega namun Iwan mula merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Tak mungkin Vince dan kuncu2nya meninggalkan Aril tanpa sebarang kawalan. Dengan segera mereka mendapatkan Aril yang pengsan.

“ Wok, bangun wok… Kitorang datang selamatkan kau ni. “ Hafiz menggoncang-goncang badan Aril, mengharapkan sedikit tindak balas. Namun hampa tetapi mujurlah Aril masih lagi tetap bernafas.

“ Fiz… Kita kena tetap berhati-hati. Aku rasa tak sedap hati. “

“ Rilex lah… Aril pun kita dah dapat, Vince pun takde kat sini so senang lah kerja kita. “ Hafiz kelihatan lansung tidak bimbang, tetapi Iwan mula resah dan gelisah. Seolah-olah bahaya ada di muka pintu. (Pintu? Tak mungkin…)

Kuat kata hati Iwan untuk menoleh ke arah pintu stor itu dan kata hatinya memang tepat. Kelihatan Vince, Burn dan Aweera tersenyum sinis di muka pintu sambil melihat ke arah tiga sekawan itu. Belum sempat Iwan memanggil nama Hafiz, pistol sudah pun diacu tepat di dahinya. Keringat dingin membasahinya dahi dan tubuhnya, adakah sudah tiba ajalnya? Muncung pistol Aweera diletakkan betul2 di belakang Hafiz, sedia menembak bila2 masa sahaja. (Ya Allah… Selamatkanlah kami…)