About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

23.1.11

Cinta Lagu Kita 4 - Hati Yang Telah Kau Sakiti ~


“ Assalamualaikum babe… OMG ! Are you okay ? “ Aishah berlari-lari anak mendaptkan rakannya, diikuti oleh Mimie, Amani dan Adira. Dia kelihatan lebih cemas dari Datin Juliana sendiri.

“ Waalaikummussalam… Hei… I okay je la… Cuma kaki I ni ha, kena hukuman gantung sampai sembuh ! Aduhh… Janganlah peluk I kuat sangat Echah oi… “ Aishah memeluk Aqilah yang boleh di ketegorikan parah kerana tangannya harus dibedah kerana serpihan kaca terbenam di dalam tangannya dan sukar untuk dikeluarkan. Dahinya turut berbalut kerana terhantuk di bahagian cermin hadapan kereta.

“ You kena cepat sembuh ok! Kitorang sumpah bosan bila takde you ! Oh ya, I’m wondering kenapa Senior Aril boleh terlibat dengan kemalangan ni sekali? Actually korang pergi mana sebenarnya ? You hilang, dengan dia, dia sekali hilang… “ Mimie tertanya-tanya dengan keadaan sebenar.

“ Err… Pasal tu… “ Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, seseorang mencelah.

“ Kau balik kampung, Aril risau. Abang Amar bagitau dia kau kat mana dan korang kononnya sama2 mengharungi detik2 sedih… Wow ! Terharunya… “ Akim dan rakan2nya masuk ke dalam wad itu dengan muka toya dan seolah-olah terharu dengan apa yang Aril ceritakan kepadanya.

“ Amboi you ni… Aril jugak yang tolong you… Oh, meaning you guys dah kenal dari dulu la ni… “ Kata Aishah sambil mencubit pipi Aqilah.

“ Ya… Jangankan dari dulu, dari kitorang baby pun babysitter yang sama jaga kitorang bertiga… Antara I dengan Akim, gaduh bukan benda yang pelik pun… Siblings kitorang semua dah faham, but yang I geram sangat ni… Kenapalah ada minah gila fanatic kat seseorang tu sampai attack I haritu ! “ Aqilah sedikit menekankan ayatnya yang terakhir, membuatkan Akim menelan air liurnya. Perbuatan itu mengundang tawa dari rakan2 mereka.

“ Ok la babe, kitorang nak lawat Senior Aril kejap… Nanti if sempat kitorang datang balik, if tak sempat nanti masa melawat kedua baru kitorang visit you lagi. You take a rest ok, babe… Daa~ “ Mereka bersalaman dengan Datin Juliana. Kemudian mereka berpelukan dan berlaga pipi dengan rakan mereka itu, lalu empat sekawan itu pergi ke bahagian wad lelaki.

“ Kitorang pun balik dulu ok, Ya… Tengok lah kalau aku ada masa, aku lawatlah… “ Akim turut meminta izin untuk pulang.

“ Ok Astro… Thanks for the visit… Daa~ “ Akim, Hafiz, Iwan serta Aliff juga bersalaman dengan Datin Juliana lalu meninggalkan hospital tersebut.

***************************

Setelah hampir sebulan Aqilah dan Aril terkurung di hospital, mereka dibenarkan untuk pulang namun mereka tetap harus menjalani terapi kerana pergerakkan mereka masih kurang lancar akibat keretakkan tulang.

“ Thanks Along sebab hantar Adik… Pick me up at 6.30 ok… Daa ~ “ Aqilah melambaikan tangannya ke arah Shahir yang menghantarnya lalu berjalan masuk ke kawasan sekolah pada pukul 12.50 tengah hari. Walaupun sesi pembelajaran bermula pada pukul 12.20 tengah hari, namun dia diberi kebenaran oleh Sir Ahmad untuk datang lewat sedikit atas alasan menjalani sesi terapi yang Cuma akan berakhir pada pukul 12.40 tengah hari.

“ Assalamualaikum teacher… Sorry sebab lewat, ada sesi terapi again. “ Dia melangkah masuk ke dalam kelas dengan kakinya yang sakit, menyukarkannya untuk berjalan dengan betul. Ada beberapa “rakannya” di dalam kelas mula mentertawakannya.

“ Ooo… Teacher ! Ada orang tu, kaki dah cacat sebelah… Hahah ! “ Seperti biasa, Deanna Shakira dan Aina Selina serta Farah Natasya mula cari pasal.

“ Quiet girls ! Hormat sikit dekat orang ! Kamu semua suppose mendoakan kesihatan kawan sekelas, bukannya ketawakan. Ok, terima kasih kelas. “ Cikgu Linda Jasmine bersiap sedia untuk keluar.

“ Ok2… Kami minta maaf… “ Deanna melangkah ke hadapan kelas di mana Aqilah berada sebaik sahaja guru mereka keluar dari kelas. Dia menghulurkan tangannya seolah-olah mahu bersalaman. Sebaik sahaja Aqilah menyambut tangannya, Deanna menarik Aqilah sehingga dia terjatuh ke lantai. Seluruh kelas mentertawakan Aqilah yang cuba menahan kesakitan kakinya. Aishah, Adira, Mimie serta Amani bergegas membantu rakan mereka itu.

“ DEANNA ! “ Satu suara dari pintu belakang kelas mereka memanggil Deanna yang asyik ketawa, membuatkan tawanya terhenti.

“ S… Sir Ahmad… “ Deanna gagap untuk menyebut nama pengetua mereka itu. Dalam keadaan ketakutan, dia memulakan langkahnya ke bahagian belakang kelas. Bersiap sedia untuk dileteri.

“ Deanna, Selina, Natasya… Dari tadi saya perhatikan kamu bertiga. Follow me to my office now ! “ Mereka bertiga akur dengan keputusan itu kerana itu bukan kali pertama mereka dipanggil atas alasan membuli atau menimbulkan pelbagai masalah. Sebelum mereka mengekori pengetua mereka itu, Deanna sempat menjeling tajam ke arah Aqilah.

*************************

Pada hujung minggu, sudah menjadi kebiasaan Aril untuk berehat di rumah. Sedang asyik Aril membaca komik sambil mendengar lagu melalui Iphone kepunyaannya di dalam bilik, HPnya mendendangkan lagu Jangan Nakal di bahagian korus sebagai menandakan satu mesej telah masuk.

Aril, ko igt ni ! Jgn igt aq akn biarkn ko trlpas, lpas ko dh rmpas sgala hak milik aq ! Aq akn wat hdup ko lbih sngsara ! Lpas accident yg aritu, bnyk lgi kmalangan yg aq dh rncangkn utk ko ! IGT ! Tggalkn dy atau ko dan dy sme2 jdi mngsa !

“ Mak aih… So dia ni la yang rancang accident kitorang haritu… Siapakah ? “ Aril terkedu setelah membaca mesej yang diterima itu. Terbantut hajatnya mahu membaca komik yang baru sahaja diberikan kepadanya.

Setelah berfikir sejenak, dia tergerak hati untuk berjumpa dengan Aqilah serta Akim. Dengan segera dia menaip mesej kepada mereka berdua.

Ptg ni kt tmpat biase kte jmpe dlu… URGENT !!! Pkul 2 ptg nie…

Setelah itu, dengan segera dia bersiap untuk keluar.

*************************

Aqilah kelihatan kemas walaupun berpakaian kasual, baju t-shirt berlengan pendek berwarna putih dipadankan dengan cardigan half berwarna baby blue serta seluar jeans DKNY. Clutch Gucci yang berwarna hitam dipegang kemas. Dia melangkah keluar dari keretanya lalu menuju ke pejabat ayahnya. Memang dari dulu lagi, bumbung pejabat itu telah menjadi tempat untuk Aqilah, Akim dan Aril melepak. Rambutnya ditiup angin yang agak kencang, membuatkan dia berasa kurang selesa.

“ Assalamualaikum daddy… Buzy ke? “ Aqilah melangkah masuk ke dalam pejabat bapanya yang tercinta. Dia bersalaman dan mencium tangan bapanya. Turut diberi ciuman manja di pipi bapanya.

“ Waalaikummussalam… Tak lah… Daddy pun tengah berehat sekejap ni… Yaya datang sini mesti nak jumpa Akim dengan Aril kan? “ Dato’ Eziani tidak pernah jemu melayan kerenah anak bongsunya itu.

“ Eh2… Mana daddy tau ni? Daddy spy Yaya eh ? Hehehe… “ Aqilah bermanja dengan bapanya itu, bukan selalu dia dapat meluangkan masa dengan bapanya yang sibuk itu. Biasalah, ahli perniagaan yang maju.

“ Spy apanya… Akim dah sampai dah tadi… Dia ada kat bumbung tu… Baik kamu cepat pergi atas… Kamu kenal je la Akim tu, he doesn’t like to wait… “ Dato’ Eziani menggosok-gosok kepala Aqilah.

“ Laaa… Ye ke… Tak perasan pun kereta dia… Ok2 daddy… Yaya naik atas sekarang… Daaa~ “ Dengan segera Aqilah melangkah naik ke tingkat paling atas bangunan itu.

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Aqilah menghayati setiap bait lagu yang didendangkan oleh jejaka yang sedang bermain gitar di atas bumbung itu. Sememangnya itu lagu yang menjadi kegemarannya sejak kecil.

” Astro boy… Lama tak dengar lagu tu… Nyanyilah lagi… “ Aqilah menegur Akim yang asyik memetik gitarnya.

“ Muncul pun… Dah rasa nak balik je tau tak ! Ni awok mana ni ? Panas ni… “ Akim mengelap peluhnya dengan tangannya.

“ Laa… Jom la duduk sini… Ada tempat redup tak nak duduk… Apa lah… “ Aqilah duduk di kerusi yang berada di laman santai itu sambil menepuk kerusi yang berada di sampingnya. Dia memanggil-manggil Akim yang berada nun di sana. Dengan segera Akim melangkah ke tempat di mana Aqilah sedang duduk.

“ Hmmm… Mana Abang Aril ni… Panas lah tunggu lama2 kat sini… “

Sedang asyik mereka berdua berborak, kedengan bunyi pintu dibuka. Aqilah menjangka bahawa Aril yang bakal muncul di sebalik pintu itu, Akim lantas menuju ke pintu itu kerana setelah agak lama pintu itu dibuka, tiada siapa yang muncul.

“ Haih… Mana pulak si Astro ni… Dia pulak yang hilang… “ Aqilah bingkas bangun kerana lansung tiada kelibat Akim atau Aril. Baru sahaja dia menoleh ke belakang, dia berasa kaget dengan kehadiran seseorang.

“ Hai… Seronok berdua-duaan dengan dia ni tadi ? “ Kelihatan di hadapannya seorang lelaki sedang mengacu pisau di leher Akim.

“V… Vi… Vince… Kenapa you ada kat sini ? Vince… Please, letak pisau tu… I beg you… “ Aqilah terkedu apabila melihat bekas teman lelakinya, Louise Vincent di Christchurch telah pulang ke Malaysia.

“ No wonder you nak break dengan I bila you dah balik sini… Rupa-rupanya you dah ada lelaki lain !!! “ Vince mula menengking, semakin dekat pisau itu ke leher Akim.

“ Vince !!! Please jangan buat kerja gila !!! Dia kawan I je la ! We’re friends since we’re babies !!! “ Aqilah mula kecut perut dengan kejadian ini. Air matanya yang jernih mula berlinangan, bimbang jika terjadi apa2 kepada rakannya itu.

“ Tell me the truth ! Apa sebab sebenar you nak putus dengan I ?! Atau you memang dah sayang sangat kat dia ni ?! “ Vince seolah-olah hilang kawalan perasaan. Akim telah merasakan pisau yang agak panas itu di lehernya.

“ Ya ! I dah ada orang lain !! Tapi bukan dia !! Let him go Vince… Please… “

“ Aril kan? You know what? I yang rancang accident yang dah buat you dengan Aril nyaris hilang nyawa ! Remember ! If I tak dapat you, tak ada siapa yang boleh dapatkan you ! “ Kata2 Vince membuatkan tangisan Aqilah semakin deras, tidak menyangka orang yang pernah dia sayangi hampir membunuh dirinya.

“ Ya Allah… Lindungilah kami… “ Bicara Akim di dalam hatinya.

0 comments:

Post a Comment