About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

22.1.11

Cinta Lagu Kita 3 - Bangun Semula


Seorang gadis duduk di tepi sungai yang sejuk itu sambil merendam kaki seraya kakinya bermain-main dengan air. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup manja rambutnya yang panjang dan tidak diikat. Sesekali rambut depannya jatuh dan menutupi matanya yang agak sepet itu. Riak wajahnya suram, air mata bergenang di kelopak matanya. Hanya menunggu masa untuk jatuh.

“ Assalamualaikum… Boleh join duduk sekali ? “ Seorang lelaki memberi salam sambil tersenyum.

“ Waalaikummussalam… “ Dengan segera Aqilah memalingkan mukanya ke arah lelaki tersebut, riak wajahnya yang suram menjadi kosong dan terkejut. Lidahnya terkelu untuk berkata-kata.

“ Kenapa buat muka macam tu? Terkejut? “ Kata lelaki itu sambil tersenyum lantas dia duduk di sisi Aqilah.

“ S… Senior Aril… Macam mana senior boleh ada kat sini? “

“ Janganlah formal sangat… Kita bukannya kat sekolah sekarang ni… Just call Abang or Bobo macam biasa Yaya panggil… Mak Su yang bagitau Yaya ada kat sini… Tapi kalau pasal macam mana Abang boleh tau Yaya ada kat kampung… “ Belum sempat Aril menghabiskan kata-katanya…

“ Angah right? Yaya yakin Angah yang bagitau Abang… Beware, Yaya ada mata kat mana2 je… Heheh… “ Aqilah memandang Aril sambil ketawa kecil namun hanya untuk seketika waktu. Lalu dia kembali melihat ke dalam air, wajahnya mula kosong tanpa emosi.

“ Yaya… Yang dah lepas tu, lepaskan aje… Kita dah tak boleh nak tangkap balik… Setiap yang ada di samping kita, akan tinggalkan kita suatu hari nanti… Jangan sedih2 macam ni… Mana pergi Yaya yang Abang kenal dulu? Suka ketawa, suka kacau orang, suka marah2 orang, suka adventure, suka shopping… Abang tak sukalah tengok Yaya macam ni… “ Aril mengusap perlahan rambut Aqilah, dia dapati rambut yang dulu lembut dan senang dibelai mula tidak terurus.

“ Yaya yang tu tengah duduk diam2 dalam hati Yaya yang sekarang… Dia tak ready lagi nak keluar… Mungkin ambik masa yang lama baru Yaya yang tu nak muncul balik… Sekarang Yaya yang suka nangis, suka duduk diam, suka berkurung akan ganti Yaya yang dulu… “ Ada nada sedih dalam kata2 itu.

“ Eee… Budak ni… Buat lawak… Takde2… Sekarang jugak Abang nak Yaya yang dulu keluar… “ Kata Aril sambil mencubit kedua-dua pipi Aqilah yang tembam itu.

“ Eee… Sakitlah ! Apa ni, main cubit2 pipi orang pulak… Lepuk kepala tu satgi baru tau… Apa pulak nak paksa2 orang, ingat robot ke boleh arah2 je… Heish… “ Aqilah mencebik dan mulutnya dimuncungkan sebagai tanda merajuk kerana dicubit.

“ Hahaha… Dah terserlah pun sifat garang macam singa tu… Ni baru Yaya yang betul… “

“ Hah… Usik orang lagi… Mengadu kat Along nanti… Biar Along kejar Abang macam kecik2 dulu, padan muka… Wekkk… =P “ Aqilah menjelir lidahnya, itu membuatkan Aril merasa jengkel. Lantas Aril memercikkan air yang sejuk itu ke muka Aqilah. Dengan segera dia bangun dan berlari dari situ.

“ Boborozu tak guna !!!! Habis basah baju orang tau ! “ Aqilah lantas bangun dan mengejar Aril yang kelihatan sudah agak jauh. Setelah Aqilah mendapatkan Aril, dia menarik sesuatu dari poket seluar Aril lantas dia berlalu dari situ. Apabila sudah agak jauh dari Aril…

“ Abang tak nak ke Iphone kesayangan abang ni? “ Aqilah melambaikan-lambaikan tangannya sambil menunjuk Iphone Aril yang diambilnya secara senyap. Aril meraba-raba poket seluarnya, kosong…

“ Yaya !!! Jangan lari !!! “ Dengan segera Aril berlari mendapatkan Aqilah yang sudah jauh lalu bermulalah adegan kejar – mengejar.

*******************

Pagi Ahad yang hening dan sunyi, hanya kedengaran bunyi kicauan burung peliharan orang2 kampung. Haji Sulaiman dan Hajah Derisah duduk di tempat berehat di bawah rumah kampung itu. Pagi2 lagi kelibat cucu mereka sudah hilang entah ke mana.

“ Awak tengoklah cucu awak sorang tu, ikut perangai awak lah tu. Dari kecik sampai ke besar, merayau je kerjanya, tak reti2 nak duduk rumah. “ Hajah Derisah atau sering dipanggil Mak Esah oleh orang kampung mengomel kepada suaminya.

“ Awak ni Sah… Biarlah dia, dia pun baru je bersemangat. Daripada dia asyik berkurung dan asyik pergi ke kubur tu, baiklah dia pergi mana2… “ Pak Man membalas sambil menghisap rokok daun yang baru digulung.

Belum sempat Mak Esah membalas, kelihatan sebuah kereta MPV memasuki kawasan rumah kampung itu. Alangkah gembiranya Mak Esah serta Pak Man apabila melihat keluarga itu pulang ke kampung.

“ Assalamualaikum! “ Seluruh ahli keluarga itu memberi salam dengan serentak lalu mereka bersalaman.

“ Waalaikummussalam… “

“ Tok Wan, opah… Kak Ila ada kat kampung ke? “ Seorang anak gadis kecil yang baru berumur 5 tahun namun petah berkata-kata dan rupanya yang mirip pelakon cilik (Mia Sara Nasuha) meninjau-ninjau ke dalam rumah.

“ A’ah, dia ada. Tapi sekarang entah ke mana merayaunya. “ Jawab Mak Esah sambil melipat pakaian. Gadis itu tersenyum sendirian, faham benar dia dengan perangai kakak saudaranya yang tak reti duduk diam itu.

“ Tapi opah, dia merayau naik apa? Kereta dia elok je ada kat situ. “ Tanya gadis itu sambil memerhatikan mama, papa serta abangnya mengangkat barang2 yang dibawa masuk ke dalam rumah.

“ Nanti kamu tau lah… Tunggu dan lihat… “ Pak Man memotong kata2 Mak Esah. Dia seolah-olah mahu berteka-teki dengan cucu kecilnya itu.

“ Alah Tok Wan ni… Sibuk je tau ! “ Gadis itu memuncungkan mulutnya sebagai tanda merajuk. Baru saja gadis itu hendak memulakan langkah untuk naik ke rumah, sebuah kerata memasuki ke perkarangan rumah itu sambil membunyikan hon. Gadis itu terpinga-pinga, siapakah gerangan yang berada di dalam kereta itu?

“ Assalamualaikum… “ Gadis dan jejaka yang baru melangkah keluar dari kereta itu memberi salam.

“ Waalaikummussalam… “

“ KAK ILA !!!! “ Gadis kecil tadi dengan segera mendapatkan kakak saudaranya setelah sekian lama tidak berjumpa. Aqilah lantas mendukung gadis tersebut.

“ Aduh… Syifa dah makin berat lah… Kat sana banyak makan ea? Hehe… “ Aqilah mencuit hidung adik saudaranya, Nurul Syifa Qasyirah. Syifa tidak memperdulikan gurauan sepupunya itu, dia mencium pipi Aqilah untuk melepaskan rindu setelah sekian lama mereka berpisah kerana keluarga Syifa terpaksa berpindah ke Rotterdam, Netherland selama setahun.

“ Kak… Siapa abang ni ? Macam pernah jumpa je… “ Syifa hanya memerhatikan Aril dengan matanya yang terkebil2.

“ Eh? Syifa kat sana baru setahun dah lupakan abang? Sampai hati betul Syifa ni… “ Kata Aril dengan nada sedih yang dibuat-buat.

“ Hahaha… Alalalala… Syifa tak lupalah ! Abang Aril ! “ Syifa berpindah dari dukungan Aqilah ke dukungan Aril. Dia turut memberi Aril satu ciuman manja di pipi.

“ Eeee… Syifa gatal eh ! Report kat papa Syifa nanti baru tau ! “ Aqilah sekali lagi mengusik adik saudaranya itu.

“ Reportlah ! Sumpah Syifa tak takut ! “

“ Pak Usu ! Tengok anak Pak Usu ni ! Dia cium pipi Aril ! “ Jerit Aqilah dari luar rumah. Encik Shafiq yang sering dipanggil Pak Usu faham benar dengan perangai Aqilah yang suka menyakat. Sekali sekala dia bersubahat juga dengan anak saudaranya itu.

“ SYIFA ! Jangan nak gatal ! “ Encik Shafiq berpura-pura bersuara keras.

Dengan serta merta riak wajah Syifa berubah. Kelu gadis petah itu untuk berkata-kata lagi. (Padan muka kau Syifa…)

Dari jauh, kelihatan seorang jejaka sedang memerhatikan mereka bertiga yang asyik usik-mengusik dengan penuh perasaan dendam yang membuak-buak. Buku limanya digenggam lalu dia menumbuk pokok yang berhampiran dengannya. (Jaga Kau !)

************************

Setelah hampir seminggu Aril berada di kampung, dia dan Aqilah mengambil untuk pulang ke KL lalu terus ke sekolah mereka yang dimulakan pada sesi petang untuk menyambung pembelajaran yang sudah agak lama ditinggalkan. Walaupun mereka berada di dalam kereta yang berasingan, mereka tetap berbual dengan menggunakan HP masing2 untuk mengelak daripada mengantuk kerana mereka tidur lewat malam.

“ Eh, Abang. Perasan something yang pelik tak? Daripada kat kampung, sampai sekarang. Kereta Accord yang kat belakang tu asyik follow kita je. “

“ Alah Yaya… Maybe dia pun nak balik KL jugak… Jangan nak main tuduh je ok… “

Sedang asyik mereka berbual, Honda Accord itu tiba2 memecut laju dan memotong dari kiri. Kereta Aqilah yang berada di lorong kiri cuba mengelak namun dia melanggar kereta Aril yang berada di lorong kanan, menyebabkan Aril merempuh penghadang jalan. Kereta Aqilah pula berpusing-pusing ketika cuba dikawal namun akhirnya kereta tersebut terbalik setelah tayar hadapannya masuk ke dalam longkang.

“ Abang… Abang… “ Aqilah semakin lama semakin lemah, lalu dia rebah di dalam keretanya.

Beberapa buah ambulans datang dengan kadar segera untuk membantu mangsa2 kemalangan. Pihak polis pula mengawal keadaan lalu lintas supaya tidak menjadi sesak. Aqilah dan Aril yang cedera parah dikeluarkan dari kereta dengan segera. Kedengaran bunyi riuh-rendah dari mangsa2 lain serta pihak bomba & pasukan penyelamat sedang giat membantu. Mereka semua dibawa ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Siapakah gerangan yang menyebabkan kemalangan yang mungkin membawa maut ini? Mungkinkah secara sengaja atau memang Cuma sekadar satu kemalangan?

0 comments:

Post a Comment