About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

31.1.11

Cinta Lagu Kita 6 - Gadis Impianku


“ Senior !!! My god… What happened to our beloved prince, girls? “ Deanna, Selina dan Natasya berlari masuk ke dalam wad. Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Akim, membuatkan Akim menelan air liurnya. (Ergh ! Dubuk2 Lion King dah sampai !) Tidak lama kemudian, seseorang melangkah masuk ke dalam wad tersebut, namun langkahnya terhenti apabila melihat tiga gadis itu berada di samping Akim.

“ Eh? Apa betina ni buat kat sini? Dia cuba nak goda you ke, Senior? “ Kata2 Natasya membuat Aqilah bengang, namun dia cuba mengawal perasaannya. Jika bukan Akim atau Aril yang berada di wad itu, sudah lama 3 sekawan itu dibelasahnya.

“ Ehem… Siapa goda? Aku? Takde kerja aku nak goda mamat senget ni… Baiklah aku goda pak guard ke, tukang kebun ke, beruk ke… Semua lagi handsome dari dia ni lah… Setakat apa, ‘Prince’ korang ni… Aku pandang sebelah mata je pun tak layak tau ! “ Aqilah duduk di kerusi yang berada di samping Akim sambil mengupas epal dengan sebilah pisau. Kata2 Aqilah membuatkan Akim terkedu. (Amboi… Melampau adik aku sorang ni… Nak mengelak pun agak2 ler beruk lagi handsome dari aku… Caittt !!!)

“ Eleh… Cakap je lah yang kau tu, gila bayang ! Senior tak hadap lah dengan kau ni… By the way, yang kau sibuk2 sangat datang sini buat apa? Kau bukannya rapat dengan dia pun… Menyibuk je ! Lain la dengan kitorang, kitorang ni girlfriends dia. “ kata Selina dengan angkuh sambil merenung tajam ke arah Aqilah.

“ Girlfriends? Gila ke abang aku ni? “ Bicara Aqilah perlahan. Dengan sengaja Aqilah mengacukan pisau ke leher Akim.

“ Ooh… Girlfriends? Layak betul… Lelakinya gila, perempuannya sewel… Aku? Aku bukan siapa2, aku Cuma kawan dia since baby. Korang ada? Tapi, agak2 nak dia mati cepat tak? Kalau tak nak, dipersilakan keluar dari sini… “ Jawab Aqilah dengan tenang namun ada nada geram. Akim semakin resah apabila pisau itu semakin dekat dengan lehernya. (Dia ni nak ganti Vince ke? Tak guna punya Vince, sebarkan virus kejam kat ex kau ni!)

“ Ergh ! Kau jangan ingat ayah korang kawan baik, kau boleh buat suka hati je ! “ Deanna menunjal dahi Aqilah.

“ Korang betul2 tak sayang dia kan? Aku cakap keluar lah… If tak nak, sila pilih antara nak aku kelar kat leher ke kat tangan lagi sebelah tu? “ Aqilah bermain-main dengan pisau yang dipegangnya sambil mengacu ke arah Akim.

“ Ya Allah… Apa dah jadi? Kekejaman menular… Vince ! Ni semua kau punya pasal ! “ Akim terkedu melihat Aqilah yang asyik bermain dengan pisau itu. Sesekali dia membulatkan matanya setiap kali mata pisau itu hampir sahaja terkena matanya.

Dengan segera mereka bertiga keluar lalu memberitahu hal ini kepada jururawat yang berada di bahagian kaunter.

“ Nurse, tolong… Ada orang nak bunuh pesakit kat wad ni… Kat bilik hujung tu… “ Deanna berharap agar Aqilah akan diheret keluar apabila dia memberitahu hal ini. Dengan segera beberapa orang jururawat pergi ke bilik di mana Akim dan Aqilah berada.

“ Padan muka kau… Biar kau kena halau keluar ! “ Detik hati Deanna sambil terseringai. Namun rancangannya gagal apabila melihat kemesraan dua rakan itu yang asyik bergurau. Terkebil – kebil mata Aqilah melihat begitu ramai jururawat yang masuk.

“ Ada apa ni nurse? “ Kata Akim yang sedang terpinga-pinga itu.

“ Cik ni kata, cik tu nak bunuh encik… Betul ke? “ kata salah seorang daripada mereka sambil menunjukkan ke arah Aqilah.

“ Eh? Hahah… Dia nak bunuh saya? Pijak semut pun tak mati la jawabnya kalau dia ni… “ Kata Akim sambil ketawa berdekah-dekah.

“ Awak jangan pandai2 buat cerita ya. Jangan sampai awak yang kami suruh keluar sebab mengganggu ketenteraman pesakit. “ Marah jururawat itu. Kesal dengan tindakan Deanna dan rakan-rakannya.

“ Padan dengan muka diorang… Hehehe… “ Bisik Akim kepada Aqilah. Aqilah sekadar terseringai. (Hohoho… Hamikkkk !!!)

***************************

“ Mie, papa I suruh I ambik kunci villa kat Uncle Sam ah… Teman I jom ! “ Hafiz mengajak Mimie untuk menemaninya ke villa lamanya di pinggir Kuala Lumpur.

“ Alah… Kalau pergi berdua je malaslah… Ajak orang lain ok? “

“ Ermm… Ajaklah Adira ke, Amani ke, Aishah ke… The more, the marrier ! “

“ Emm… Kejap, biar I call diorang. “ Dengan segera Mimie menelefon rakan2nya.

“ Hello, babe… Teman I dengan Hafiz… Alah, date ke… Takpe lah… “ Sedikit kecewa dengan jawapan Aishah.

“ So? Siapa yang boleh ikut? “

“ That’s mean, Adira je la… Aishah date dengan Aliff, Amani pulak buzy tolong papa dia. Alang2 ada Adira, ajaklah Iwan kan? Hehehe… “ Mimie mengangkat-angkat keningnya sambil tersenyum kepada Hafiz. Sejak akhir2 ini, dirinya mula rapat dengan Hafiz. Aliff sudah Berjaya disatukan dengan Aishah, jadi memang mereka berempat pernah merancang untuk menyatukan Adira dan Iwan kerana sudah sekian lama Iwan memendam perasaan terhadap gadis kecil itu.

“ Hello bro… Teman aku dengan Mimie pergi villa lama tu. Boleh kan? “ Dengan segera Hafiz mencapai telefonnya dan menelefon Iwan.

“ Ah? Ala… Malaslah bro… Kau pun satu, nak kacau time aku tidur… Lagipun, malaslah nak kacau kau dengan Mimie dating… “ Kedengaran Iwan masih mamai lagi.

“ Eh? Dating pulak… Pandai2 je… Bila masa kitorang dating ha? Tak nak ikut takpe… Biar aku kebas awek kau sekali… “ Hafiz cuba mempermainkan Iwan.

“ Awek aku? Siapa? “

“ Kau kata tak nak ikut… So, Adira aku punyalah ! Hahahah ! “

“ Ahhh !!! Takde2 ! Dia hak milik kekal aku ! 10 minit aku siap ! “ Sengaja Hafiz membiarkan loudspeaker terpasang, memudahkan Mimie untuk mendengar kekecohan mamat skateboard itu. Dengan tidak semena-mena Mimie dan Hafiz ketawa berdekah-dekah.

**************************

Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang, tiada suara yang keluar dari mulut Adira. Jika ditanya, jawapannya hanya mengangguk atau menggeleng.

“ Dira sihat? “ Iwan cuba menegur. Adira sekadar mengangguk perlahan. Mimie yang berada di sebelah Adira menepuk dahinya. (Aduh kawan aku ni… Pemalu sangat !)

“ Payah betul la dia ni, Fiz… Apa lagi aku nak tanya ha? Mati akal dah ni… “

“ Rilex dulu bro… Jangan gopoh, nanti kat sana ada port baik punya… Cantik… Boleh la jadi tempat sesi luah perasaan… Hahaha… “

Setibanya di sana, Mimie dan Hafiz segera ke pejabat di mana tersimpannya kunci2 bilik villa tersebut dan meninggalkan Adira dan Iwan berdua-duaan. Dengan segera Iwan mengajak Adira ke tasik yang terletak di tepi villa tersebut.

“ Dira… Dira orang Sabah kan? “ Iwan memulakan perbualan namun Adira tetap sekadar mengangguk.

“ Iwan suka orang Sabah. Baik je… Dulu masa umur Iwan 10 tahun, Iwan pernah stay 2 tahun kat K.Kinabalu sebab mama ada urusan. And mungkin Adira lupa, yang kita pernah jadi kawan kat K.K. and Iwan sure budak comel tu Adira. “ Iwan tersengih apabila dia teringat kisahnya di K.Kinabalu.

“ Iwan ni budak gila skateboard tu ke? Yang suka tarik rambut Dira dulu? Betul ke ni? “ Adira membulatkan matanya yang memang sudah sediakala bulat.

“ Dira masih ingat parut ni tak? “ Iwan menyelak rambut depannya lalu menampakkan bekas parut di dahinya.

Di kawasan pendalaman Kota Kinabalu, Sabah…

Seorang budak lelaki asyik merendam kakinya di dalam air sungai yang sejuk itu sambil memeluk skateboard yang baru saja dihadiahkan oleh ayahnya.

“ Wei budak, bagi kami itu skateboard bha. Cantik seyh… “ Sekumpulan remaja lelaki menghampiri Iwan.

“ Ah ! Tak boleh ! Ni aku punya ! “ Iwan memeluk seerat-eratnya skateboard itu seolah-olah lansung tidak mahu melepaskannya.

“ Wah, budak ni mesti budak semenanjung… Berani dia bha mau lawan kita… Kalau kamu nda mau bagi, kami rampas saja ! “ Salah seorang dari mereka mula mencekak kolar leher Iwan namun Iwan tetap enggan melepaskannya. Tindakan Iwan membuatkan salah seorang dari mereka bertindak agesif dengan menolak Iwan. Ada pula yang membaling batu dan menyebabkan dahi Iwan berdarah.

“ Eh kamu semua ! Lepaskan dia lah ! Nanti aku report kamu semua ama datuk aku bha ! “ Muncul seorang gadis kecil molek yang beraut wajah cina.

“ Eh… Cucu ketua kampung lah ! Maaf Dira, kami semua nda buat apa2 bha ama dia… Nda usah bilang ama ketua kampung bha ! “ Dengan segera mereka semua melarikan diri. Sememangnya gadis itu dihormati kerana berstatus cucu kepada ketua kampung mereka.

“ Awak ok ke? Biar saya tolong lapkan. “ Dengan segera Adira membasahkan sapu tangannya dengan air sungai lalu mengelap darah yang mengalir dari dahi Iwan.

“ Saya ok je… Nama awak siapa? Saya Hazwan, panggil je Iwan… Dari Negeri Sembilan. “ Iwan menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“ Saya Adira, panggil Dira cukup… Jadi awaklah budak semenanjung yang datuk saya cakap tu… Jomlah saya teman awak balik. Kat sini memang ramai budak2 jahat, tapi takpe, diorang semua takut dengan saya sebab saya cucu ketua kampung ni… Awak tinggal kat mana? “ Adira menyambut tangan Iwan lalu membantunya untuk bangun.

“ Saya tinggal kat sana tu je… Tak jauh kan dari rumah awak? “ Iwan menunjuk ke arah sebuah rumah yang di depannya berdiri megah sebatang pokok manggis dan tergantungnya sebuah buaian.

“ Hahaha… Selang dua rumah je rupanya… Kita kawan ok ! “ Adira memberikan senyumannya kepada Iwan sehingga menampakkan giginya yang comel dan rata. Entah kenapa, tangan Iwan gatal sahaja menarik sehelai rambut Adira.

“ Aduh… Apa pulak main tarik2 rambut ni Iwan? “ Adira menggosok2 kepalanya, sakit rasanya bila rambutnya tercabut walaupun Cuma sehelai.

“ Emm, rambut awak perang… Nanti Iwan masukkan rambut Dira dalam frame gambar yang kecik dan comel. Supaya bila Iwan dah balik semananjung nanti, Iwan akan sentiasa ingat kat Dira. Hehehe… “ Iwan tersengih dan menampakkan giginya yang putih tetapi tidak cukup sebatang.

Iwan dan Adira ketawa apabila teringat kisah bagaimana mereka berdua boleh bertemu. Memang lucu jika diingat kembali kisah lalu.

“ Hahaha… So, Dira masih ingatkan dengan rambut ni? “ Iwan mengeluarkan sebuah frame yang kecil lagi comel dari beg sandangnya.

“ Laa… Dira ingat dulu Iwan bergurau je pasal nak framekan rambut tu… Betul2 rupanya… “ Adira sedikit terkejut dengan apa yang ditunjukkan oleh Iwan namun masih bisa tersenyum.

“ Iwan akan simpan rambut ni sampai bila2… Sebab, Iwan nak ingat Adira sampai bila2. “ Iwan bersuara perlahan.

“ Eh? Kenapa pulak? “ Adira sedikit terkejut.

“ Sebab… Iwan sayang Dira… Iwan suka Dira… Dira suka Iwan tak? “ Iwan mendekati Adira dan berbisik perlahan. Membuatkan Adira menjadi serba tak kena, mukanya merah dengan serta merta. Lidahnya kelu untuk membalas.

“ Dira… Hello… Dira… Dira ! “ Iwan melambai-lambaikan tangannya di hadapan Adira yang asyik termenung jauh ke penghujung tasik itu. Akibat tiada tindak balas, Iwan menepuk tangannya dengan agak kuat, membuatkan Adira terkejut dan hampir melompat ke dalam tasik yang agak dalam itu.

“ Ish Iwan ni… Pukul kang ! Buat Dira terkejut je tau ! “ Adira mencebik. Risau juga jika dirinya terjatuh ke dalam tasik, tak tahu berenang pulak tu.

“ Dah tu… Dira termenung je bila Iwan tanya… So Iwan buat la macam tu… Dira, please answer me… “ Dengan spontan, Iwan memegang erat tangan Adira. Matanya yang bersinar memandang tepat ke dalam mata Adira.

“ Iwan… Hmm… How should I tell you… Honestly, I don’t like you… “ Adira bersuara perlahan. Iwan tergamam dengan jawapan Adira. Dilepaskannya tangan Adira secara perlahan. Hancur hatinya, ingin sahaja dia menangis di situ. Melihat keadaan Iwan, dengan segera Adira pula yang memegang erat tangan Iwan.

“ Hey, I don’t like you.... Because I love you… “ Adira bersuara seakan-akan memujuk. Dia memegang perlahan pipi Iwan yang sejuk dengan tangannya yang hangat. Hati Iwan kembali berbunga, gadis impiannya kini bukan lagi impiannya namun miliknya.

“ Adira Anina Hak Milik Kekal Jimmy Hazwan !!!!!!!!!!!!! Yahoooo !!!!! “ Iwan menjerit ke arah tasik, membuatkan Adira ketawa. ( Senget lah dia ni ) Tanpa disedari, rupanya Hafiz dan Mimie sudah lama memerhatikan mereka berdua dari belakang pokok. Masing2 tersenyum kegembiraan.

“ ADIWAN !!! Jom la tolong kitorang angkat barang ! Jangan la asyik dating je ! “ Hafiz memanggil mereka dari tempat simpanan barang di keretanya yang sarat dengan barang.

“ Eh2? Adiwan? Sedap pulak nama tu… Haha… Okeh bro ! “ Iwan mengangkat ibu jarinya tanda setuju.

Mereka berempat saling bantu – membantu untuk mengangkat barang2 perhiasan serta barang2 keperluan untuk villa tersebut. Memang sudah menjadi niat Dato’ Ridwan merangkap ayah kepada Hafiz untuk membaik pulih villa using itu. Villa itu mempunyai banyak perkara pahit manis yang dilalui oleh mereka sekeluarga. Kini, di hadapan villa itu juga menjadi tempat bersejarah Iwan dan Adira.

“ Fuhh… Siap jugak akhirnya… Rasa nak tercabut pinggang aku ni… Haha… “ Hafiz melepaskan lelahnya.

“ Tu la pasalnya Fiz… Eh, Mie… Dira mana? “ Iwan sedikit hairan, ke mana pula si Adira ni merayau?

“ Tadi dia kata dia nak pusing2 kat villa ni… Tapi aku rasa dah terlebih lama dah ni… “ Mimie bersuara sedikit cemas.

“ Alah… Rilex la Wan… Kejap lagi pandai2 lah dia balik sini. Kau ingat villa kitorang ni kota sesat ke apa? “

Setelah hampir sejam berlalu, mereka masih tidak nampak bayang Adira. Suasana menjadi agak cemas.

“ Fiz, jom la cari dia… Aku risau lah… Lama sangat dah ni… “ Iwan mula cemas. Lalu mereka bertiga memulakan langkah untuk keluar.

“ Wan, Fiz, Mimie… Tolong ! “ Kedengaran suara Adira dari luar pintu. Dia kelihatan termengah – mengah, baju dan tangannya ada kesan2 darah.

“ Dira, what happened? “

0 comments:

Post a Comment