About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

29.1.11

Cinta Lagu Kita 5 - Janji


“ Vince, please… Leave him alone ! Dia takde kena mengena dengan hal kita ni ! If you nak sangat bunuh orang, bunuh je I !!! “ Aqilah menarik pisau yang diacukan ke Akim dan mengacukan ke dirinya sendiri. Dia redha jika Vince benar2 melakukannya. (Abang Aril… Where are you when we need you?)

“ Ok fine ! This time I mengalah… But remember ! I’ll Be Back ! Ingat ni, kalau you berani report polis, hidup you takkan tenteram ! “ Hendak sahaja Vince mencederakan Akim tetapi kasihan pula dia melihat keadaan mantan kekasihnya yang menangis tiada henti. Masih ada sisa sayang Vince kepada Aqilah.

Sebaik sahaja Vince beredar, dengan serta-merta Akim rebah. Aqilah dengan segera mendapat Akim apabila terlihat darah yang mengalir dari tangan Akim. Rupanya Vince sempat mencederakan Akim ketika Vince dan Akim bertemu seketika tadi.

“ Daddy… Daddy please help me… Panggil sesiapa naik atas ni untuk tolong Yaya bawak Akim pergi hospital, daddy… Akim cedera, daddy… Hurry !!! “ Dalam keadaan kelam-kabut, Aqilah menelefon Dato’ Eziani sambil memangku Akim yang lansung tidak bermaya. Semakin banyak darah mengalir dari tangan Akim, semakin banyaklah air mata yang menitis dari mata Aqilah.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Aqilah hanya mampu memegang erat tangan rakan karibnya yang sudah dianggap seperti abang sendiri. Kemudian, dia dimasukkan ke ICU, doktor mengesahkan Akim telah kehilangan banyak darah namun nasibnya baik kerana hospital banyak simpanan darah. Aqilah hanya mampu duduk di bahagian luar unit itu dan menunggu.

**************************

“ Cepatlah Aliff… You ni lambat sangat lah… “ Aishah menarik lengan Aliff sambil berlari-lari anak ke butik Gucci. Tangan Aliff penuh dengan beg shopping.

“ Mampus aku… Dapat awek SHOPAHOLIC la pulak… “ Keluh Aliff dalam hatinya. Entah macam mana, hatinya terpaut pada kemanisan Aishah, membuatnya sukar untuk melupakan raut wajah yang ala2 barbie doll itu. Jadi dia memberanikan diri untuk meluahkan perasaan. Dia amat bernasib baik kerana Aishah turut mempunyai perasaan yang sama terhadapnya.

“ You, baju ni padan tak dengan I ? Baju ni sweet lah, “ Always Loving Him Until My Last Breath “… Awww… “

“ Hahah… Ok lah tu… Tapi nak beli baju tu ada syarat, kena ikut apa yang baju tu tulis. Hehehe… “ Aliff mencuit pipi Aishah yang gebu itu. Dia tidak pernah jemu melayan kerenah Aishah.

Girl, I need a girl…

Mweolhaedo eeppeun

Mommaedo eeppeun
Girl, I need a girl
Baby, I need you
Girl, you need me, too

“ Hello… Waalaikummussalam… Ha? Ok2… I’ll be there in 10 minutes ! “ Dengan segera Aishah mengajak Aliff untuk keluar dari Pavillion dan menuju ke hospital.

*************************

“ Babe !!! Sorry I’m late ! “ Aishah dan Aliff berlari-lari anak ke arah Aqilah. Kelihatan rakan2 mereka yang lain sudah berada di sana kecuali Aril. Aqilah yang bermata bengkak hanya mampu tersenyum kelat, bagai tiada gula dalam kopi.

“ Bro, Aril mana? “ Aliff menegur Hafiz yang berdiri di samping Iwan.

“ Entah… Berapa banyak kali dah aku call and text dia, tapi phone dia off. “

“ Aku pelik la dia ni… Hilang macam tu je… At least bagitau lah dia ada kat mana ! Benci pulak aku dengan perangai dia yang suka hilang macam tu je ! “ Iwan berasa agak marah dan kecewa dengan perangai rakannya itu. Sepatutnya Aril orang yang pertama tiba di situ kerana Akim ialah rakannya yang paling karib, bukannya orang lain.

“ Mana kau pergi Ril ? Akim dengan Aqilah really needs you now… “ Bicara Aliff sendirian.

*********************

Di sebuah villa yang using dan terpencil, kelihatan dua lelaki bertubuh sasa berdiri di hadapan salah sebuah bilik di villa tersebut.

“ Ambik kau ! “ Kelihatan seseorang sedang membelasah seorang lelaki. Bertubi-tubi tumbukan dan sepakkan hinggap di pipi dan perut lelaki tersebut. Darah mengalir dari setiap tempat yang dibelasah.

“ Baru puas hati aku… Korang jaga tempat ni betul2… “ Dia melangkah keluar dari bilik tersebut setelah lelaki yang dibelasahnya itu pengsan.

****************************

“ Yaya… Pergilah makan dulu… Dari tadi Yaya kat sini… Kakak tak nak Yaya pulak yang sakit nanti… “ Stacy Cuba memujuk adiknya untuk makan walaupun Cuma sesuap. Sedih dia melihat adiknya dalam keadaan begitu.

“ Nanti2lah kak… Yaya takde seleralah… Kalau Yaya lapar, Yaya makan ok… “ Aqilah masih enggan makan. Sejak Akim dipindahkan ke wad biasa, dia asyik menanti Akim untuk sedar sehingga tidak perasan waktu telah hampir 4 jam dia berada di situ dan dia lansung tidak makan sebelum dia ke pejabat ayahnya petang tadi.

“ Yaya… Please… Kakak merayu kat Yaya, jangan macam ni… Akim mesti tak suka if dia tahu Yaya sakit sebab nak tunggu dia kan? “ Stacy memeluk erat adiknya, tiada kakak yang sanggup melihat adik sendiri dalam kesakitan.

“ Ok kak… Akak jangan la sampai nak nangis macam ni… Buat Yaya bersalah je… “ Aqilah mencebik, konon2nya merajuk. Tindakan Aqilah mengundang tawa dari Stacy dan Nubhan.

“ Hahaha… Apalah korang ni… Dah, you pergi teman Yaya makan. Biar I tunggu Akim kat sini… Yaya jangan risau lah, Abang An ada je ni… “ Nubhan menepuk perlahan kepala Aqilah. Aqilah sekadar mengangguk tanda setuju.

Aqilah dan Stacy melangkah keluar dari wad tersebut dan menuju ke sebuah kedai kecil. Stacy berjalan lebih cepat dan Aqilah hanya mengekori dari belakang.

“ Yaya nak makan apa? Hari ni kakak belanja… “ Sunyi, tiada sebarang jawapan. Dengan segera Stacy menoleh ke belakang, kelihatan Aqilah sudah rebah ke tanah.

**************************

“ Uhh… Kat mana ni ? “

“ Sedar pun… Syukur… “ Stacy memeluk erat adik kesayangannya itu. Sempat lagi dia mencubit lengan Aqilah.

“ Aduhh… Kenapa cubit orang ni? “

“ Tu la kamu, degil sangat ! Dah tau diri tu ada penyakit, jangan tambah lagi penyakit ! Kakak takut tau tak ! “ Air mata jernih mengalir di pipi Stacy ketika dia memeluk Aqilah.

“ I’m so sorry kak… I’m stressed out ! “

“ Takpe, sekarang Yaya pergi makan. Lepas tu pergi wad Akim balik… “

“ Astro dah sedar kak? Yeah !!! “ Aqilah menjerit kegirangan, Stacy hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Masih terserlah sifat keanak-anakkan gadis itu. Dengan segera Aqilah makan tetapi hanya sekadar mengalas perut, kemudian dia berlari-lari anak ke dalam wad Akim.

“ Assalamualaikum… “ Aqilah memberi salam kepada Akim, Nubhan dan Datin Aminah merangkap ibu kepada Akim yang berada di dalam wad tersebut.

“ Waalaikummussalam… Masuklah Yaya… “

“ Mummy, Akim nak cakap sikit dengan Yaya… Personal… “ Dengan segera Nubhan serta ibunya keluar dari wad tersebut, memberi ruang kepada dua rakan itu untuk berbincang.

“ Yaya, betul ke apa yang Iwan cakap ? Korang lansung tak nampak bayang Aril harini ? “ Akim bertanya dengan serius, Aqilah sekadar mengangguk perlahan. Akim kelihatan kecewa, dia mengharapkan rakan karibnya untuk berada di sisinya.

“ Yaya boleh janji dengan Astro ? “

“ Apa dia ? I will try to fulfill the promise if I’m strong enough… “

“ Takde apa sebenarnya, actually lepas kejadian dengan Vince tadi Astro jadi risau sangat… Sampai bawak2 nama Aril segala… Astro takut if Aril menghilang ni ada kena mengena dengan dia. So promise me, Yaya akan stay away from Vince. Astro sangat sure yang dia akan cari Yaya. Tadi tu kira bernasib baik je, entah nanti apa lagi plan dia. For sure, keep this from sesiapa pun terutama sekali pihak polis. Astro tak nak nanti Vince akan buat orang lain cedera termasuk kita bertiga. So, Janji ? “ Akim meluahkan segala isi hati yang membebankan dirinya, akhirnya dia berasa lega dapat memberitahu perkara ini kepada Aqilah.

“ Ok, Yaya promise… And Astro pun kena janji yang Astro takkan bahayakan diri dengan try untuk lawan Vince. “ Akim mengangguk. Aqilah hanya tersenyum sambil mengait jari kelingking Akim tanda perjanjian.

Setelah berbual panjang lebar, dia membuat keputusan untuk menjaga Akim di wad dan telah mendapat kebenaran dari kakaknya dan Datin Aminah. Setelah beberapa ketika, Akim pun terlena. Aqilah menarik selimut ke atas untuk menyelimuti Akim lalu dia beransur ke sofa yang disediakan di dalam wad tersebut.

“ Abang Aril… Where are you ? “ Aqilah berasa semakin mengantuk, lalu dia turut mengikut jejak Akim. Mereka berdua tidur dalam keadaan yang sunyi, hanya kedengaran bunyi titisan hujan renyai2.

***********************

Di Villa Usang…

“ Yaya… Akim… Please help me… Aku dah tak boleh tahan...“

0 comments:

Post a Comment