About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

2.5.11

Cinta Lagu Kita 12


Sebuah kafe, Sogo…

2 orang gadis sedang membuka laman web kegemaran di laptop masing2 sambil bergosip tentang apa yang dibaca.

“ Dira, you nak order apa2? I tiba2 rasa lapar la pulak… Hehe… “

“ Boleh juga… Apa2 yang you order, jadikan 2 set… Easy… “

Aqilah bingkas bangun dan mengatur langkah ke kaunter pembelian untuk memesan makanan. Sesudah itu, dia membawa dulang yang berisi makanan ke meja. Sempat lagi dia melanggar seseorang, semua makanan itu jatuh ke lantai dan sedikit sos terkena di bajunya.

“ Alah… Leceh la macam ni… Mata tu pandang depan, jangan pandang skrin HP je… “ Aqilah bersuara dengan sedikit kesal.

“ Sorry la dik… Mesej penting tu… Janganlah marah… Biar aku gantikan, free… “ Jejaka tersebut meminta maaf.

“ Yela2… Ganti pun tetap aku dah bayar tadi… “ Cepat sahaja langkahnya menuju ke meja di mana Adira berada.

Tidak lama kemudian, jejaka tersebut membawa sedulang makanan. Sekali lagi dia meminta maaf dan dengan segera dia berlalu pergi.

“ Eh, mana you jumpa dia tu? Cute jugak ek? “

“ Gatal… Cute tak cute, baju I tetap kotor… So, ada I kesah dia cute ke tak? “

“ Garang betul kawan aku ni… Hish… Eh? Kunci siapa pulak ni? “ Adira membelek kunci yang dijumpai di bawah meja mereka. Yang pasti bukan kepunyaan mereka berdua.

“ Kunci mamat tadi la tu… Macam la ada orang lain yang datang sini selain kita dengan dia? “

“ Dah tu? Jom la cari dia! “ Lantas Adira menutup laptopnya dan menarik lengan Aqilah. Aqilah memang sudah lama menutup laptopnya, tiada mood untuk bergosip setelah berlaku perlanggaran tadi.

Adira dan Aqilah mencari2 tuan empunya kunci tersebut di seluruh pelosok Sogo. Tiba2 mereka terdengar satu pengumuman.

“ Sesiapa yang terjumpa kunci kereta, sila datang ke kaunter pertanyaan. Terima kasih. “

Dengan segera mereka menuju ke kaunter pertanyaan yang berada agak jauh dari mereka. Mereka terlihat jejaka yang sama yang melanggar Aqilah sebentar tadi namun lain benar pakaian yang dipakainya. Tadi dia berpakaian ala2 kadar sahaja, kini dia sudah tampak bergaya dengan penampilan ala2 korean style.

“ Err… Bang… Kunci kereta abang ke ni? “ Gadis berusia 16 tahun yang balik ke Malaysia untuk bercuti itu tergagap-gagap ketika hendak berbicara dengan jejaka yang berada di hadapannya itu. Tadi bukan main pula dia memarahinya.

“ Terima kasih dik…Nama abang Khairul Najmuddin tapi panggil je Abang Erul. Haha… Kamu berdua ni pandai bergaya lah… Pernah terfikir nak jadi model tak? “ Erul menunjukkan senyuman comelnya kepada mereka berdua.

“ Model? Hmm… Tak pernah terfikir pulak abang… Kenapa? Abang Erul ni ejen model ke? “ Adira lantas menjawab pertanyaan Erul setelah dia melihat Aqilah hanya membisu.

“ Ejen model dan sekaligus abanglah model… Hahah… Nak try tak jadi model tak? Kalau bukan model iklan pun model fotografi pun okay juga… “ Erul berfikir sejenak.

“ Boleh je bang! Tapi masalahnya kami balik Malaysia ni pun untuk bercuti je… Kami kat sini lebih kurang sebulan setengah je… “

“ Boleh la tu… Jadi model sementara apa salahnya… Lagipun kami memang tengah kekurangan model remaja… Boleh la ye adik berdua oi… “ Erul seolah-olah merayu.

“ Tengoklah dulu bang… “ Aqilah menarik tangan Adira untuk beredar, mukanya kemerah-merahan. (Apa jadi dengan aku ni?)

“ Kejap2, kalau jadi please contact me… “ Erul lantas memberi kad perniagaanya kepada Adira.

“ Thanks bang, nanti Dira call… Bye2! “ Adira melambai2 dari jauh, Aqilah nampaknya beria-ia mahu segera keluar.

Aqilah mula terkenang bagaimana dia dan Erul boleh bertemu ketika duduk bersendirian di dalam biliknya, menatap gambar2 kenangan dirinya bersama Erul. Turut dibeleknya beberapa buah majalah fesyen yang pernah dia berkerjasama sebagai model. Atas usaha Erul, dia dan Adira hampir menjadi terkenal namun apakan daya, mereka terpaksa pulang ke New Zealand. Dari rakan ke tahap rakan baik, akhirnya mereka mula bertaut hati.

“ Babe, miss Erul? Kenapa tak call je? Sekarang kita dah balik ke Malaysia untuk selama-lamanya. Korang berdua memang takkan berpisah dah… “ Adira masuk ke dalam bilik setelah agak lama dia mengintai gelagat Aqilah bersama album gambar. Dia terpaksa bermalam di rumah Aqilah untuk beberapa hari kerana keluarganya tiada di rumah.

“ Tapi apa I nak jawab dengan Akim? I dah tersepit di antara Akim dan Erul, Dira! “ Aqilah menunjukkan jari manisnya, sebentuk cincin terletak kemas.

“ Ya… Sebenarnya apa mimpi si Akim tu? And you tak risau ke gosip2 you dengan Aril dan Arif mengganggu hubungan korang? “ Adira juga sedikit terkejut apabila Akim tiba2 sahaja memberi cincin kepada Aqilah mungkin atas dasar suka2 kerana tiada lagi untuk menuju ke arah ikatan yang lebih serius seperti pertunangan apatah lagi perkahwinan.

“ Pasal cincin ni, maybe sebagai tanda semalam dah genap 3 bulan. You pun tau I dengan Akim dah couple since Abang Aril dijumpai kan? About gossip I dengan Abang Aril tu, I memang sayang Abang Aril tapi tak lebih dari sayang seorang adik ke seorang abang. Arif? Hahaha… Memang taklah, kawan je kut… Tapi Erul… “ Aqilah memang seorang yang kuat berahsia, sehinggakan kisah percintaan dia dan Akim lansung tidak diketahui oleh sesiapa pun. Hanya Adira sahaja yang cerdik pandai suka membuka inbox di BB kepunyaan Aqilah yang penuh dengan mesej Akim dan segalanya telah terbongkar, namun Adira telah berjanji untuk merahsiakan segala yang diketahuinya.

“ Kenapa? Sebab Erul curang dengan Nera? Hei, jangan lupa babe… Nera dah kahwin lah… “ Queenera atau sering dipanggil Nera ialah penyebab ikatan percintaan di antara Aqilah dan Erul terputus. Menyebabkan Aqilah melupakan niatnya untuk pulang ke Malaysia untuk bercuti walaupun tujuaan sebenar mahu melepaskan rindu. Sanggup juga Erul pergi ke Christchurch semata-mata mahu menjelaskan segala-galanya. Namun segala kebencian terhadap Erul mula pudar setelah Adira terbaca artikel di sebuah majalah bahawa Nera telah pun menikahi lelaki lain.

“ Sudahlah! I nak tidur… Runsing je I fikir… “

“ Alah… Masih rindu Erul la tu… Letak album gambar dia kat sebelah pulak… “

“ Shhh… Tidur2… Sebelum tidur pergi call Iwan, nanti tak tidur malam pulak dia… Hehehe… “

“ Eh? Cepuk karang baru tau… “

***************************

“ Assalamualaikum… Assalamualaikum… “

“ Waalaikummussalam… Siapa pulak yang datang pagi2 ni Angah? “ Shahir yang sedang bersarapan bersama Amar sedikit hairan. Pagi2 buta sudah ada yang bertandang ke rumah mereka. Sememangnya pagi2 hanya Shahir dan Amar yang ada memandangkan Stacy, Aqilah dan Adira masih enak dibuai mimpi dan ibubapa mereka telah pun keluar bekerja.

“ Entahlah… Kejap, Angah pergi bukak pintu. “ Amar lantas ke pintu utama rumah, alangkah terkejutnya dia apabila yang berdiri di pintu tersebut ialah rakannya baiknya ketika mereka sama2 melanjutkan pelajaran di Paris.

“ Along! Mr. Model kita datang! “ Amar berteriak memanggil Shahir yang berada di dapur. Dia lantas memeluk sahabat baiknya itu.

“ Ya Allah… Lamanya kita tak jumpa… Dah famous kau sekarang ye. “ Shahir turut memeluk rakannya. Melepaskan rindu setelah agak lama mereka tidak berjumpa. Kali terakhir ialah ketika mereka berpisah di KLIA untuk pulang ke rumah masing-masing tahun yang lalu. Setelah itu Shahir dan Amar pulang ke Paris untuk melancong walaupun mereka telah tamat belajar.

Mereka bertiga berborak panjang lebar, diselang-seli dengan gelak tawa mungkin sedang berbual tentang pengalaman lucu mereka ketika belajar di Paris.

“ Along, Angah! Bisinglah! Orang nak tidur pun kacau je! “ Stacy menjerit dari dalam biliknya. Sememangnya jika Stacy mula menjerit, seluruh rumah yang besar itu mampu mendengar suaranya. Aqilah dan Adira yang tadinya enak dibuai mimpi lantas terjaga manakala tiga jejaka yang berada di ruang tamu lansung terdiam, akhirnya mereka ketawa serentak.

“ Alah Kakak ni… Nak tidur kacau je… “ Aqilah lantas turun ke tingkat bawah untuk mencuci mukanya. Teserlah sifat kebudak-budakkannya apabila dia turun ke bawah dengan baju tidur bergambar teddybear dan menggosok-gosok matanya. Tangannya masih memegang erat teddybear kesayangannya. Dia lansung tidak menyedari bahawa abang2nya sedang menerima seorang tetamu.

“ Yaya… Macam budak2lah… Sedarlah kamu tu nak SPM tahun ni… Malulah sikit ada kawan Along ni. “ Shahir berjalan ke arah adiknya.

“ Kawan? Siapa Along? “ Aqilah masih dalam keadaan sedikit mamai, dia menggosok-gosok matanya untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.

“ Ni kawan Along dengan Angah… Kami sama2 belajar kat Paris dulu… “

Aqilah membulatkan matanya setelah dia dapat mengenal pasti siapakah yang dikatakan oleh abangnya itu, dengan segera dia bersembunyi di belakang Shahir, tidak mahu berjumpa dengan orang tersebut.

“ Hahah… Aku dah agak dah… Dia mesti menyorok kalau jumpa aku… “

“ Kenapa pulak macam tu? Korang memang pernah kenal ek sebelum ni? “ Amar mula mencurigai sesuatu.

“ Lebih dari kenal Amar oi… Ingat tak dulu adik korang tu pernah jadi model sambilan dengan Adira? “

“ Ya, so apa kena mengena dengan kau? “ Amar mengecilkan matanya, Shahir pula hanya menanti jawapan dari rakannya itu. Aqilah berdiam diri di belakang Shahir, biarlah jejaka tersebut yang memberitahu semuanya kepada abang2nya.

“ Apa kena mengena dengan aku? Akulah agen yang tawarkan job tu kat diorang dulu. And aku… Hmm… Baik korang tanya siapa aku sebenarnya kat adik korang tu… “ Erul mula memberitahu siapa dirinya sebelum dia melanjutkan pelajaran.

Shahir mula melontarkan pelbagai soalan kepada adiknya, Amar dan Erul hanya memerhati dari jauh. Membuatkan Aqilah berasa kurang senang dengan sifat ingin tahu abangnya itu.

“ Along… Stop tanya macam2 kat Yaya lah! Rimas! Alah, Erul tu Ex-Bf Yaya je… Kitorang couple tak sampai dua tahun pun… Jarak jauh mana nak kekal… “ Jawapan Aqilah membuatkan Shahir membulatkan matanya, dua tahun? Shahir mendapati ada sesuatu yang menarik perhatiannya di jari Aqilah.

“ Yaya, ni cincin apa ni? Siapa bagi? “ Shahir memegang tangan adiknya, membuatkan Aqilah hilang kata2nya. (Apa aku nak jawab ni?)

“ Cincin tu dari Akim, Abang Shahir… Dira pun terkejut tiba2 semalam Akim bagi cincin tu kat Qila… Macam orang nak melamar je… Tak ke gila… Hehe… “ Adira memang selalu menyelamatkan Aqilah ketika dia hilang kata2. Kata2 Adira memang membuatkan Erul panas hati.

“ Kejap2… Apa pulak hubungan Yaya dengan Akim? “ Amar menjadi semakin ingin tahu, banyak pula rahsia2 adiknya yang tidak pernah diketahuinya.

“ Diorang couple Abang Amar oi… Since Aril dijumpai about 3 month ago… Tapi bukan masalah yang besar pun kan? Diorang dah berkawan dari kecik, takde apa yang mengejutkan. “ Adira melangkah turun ke bawah melalui tangga sambil menjelaskan.

Shahir dan Amar kelihatan terkejut, dua sahabat yang sering bertekak akhirnya menjadi pasangan kekasih. Mereka menjangkakan mungkin Aqilah akan bersama Aril kerana dari kecil mereka memang sangat rapat. Mungkin itu yang diperkatakan oleh orang2 tua, mula2 bergaduh lama2 sayang.

“ Aku balik dulu lah… Ada photoshoot… Assalamualaikum… “ Erul memberi salam dan melangkah keluar dari rumah tersebut.

“ Waalaikummussalam… “ Mereka hanya memerhatikan kereta kepunyaan Erul memecut keluar dari perkarangan rumah tersebut.

Apa yang terjadi kepada Erul?

0 comments:

Post a Comment