About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

24.4.11

Cinta Lagu Kita 11

Genap 3 bulan setelah Amani meninggalkan Spicy Girls....

“ Aduh… Aku dah lambat! Kena lari ni! “ Aqilah berlari2 anak untuk segera sampai ke kelas. Entah bagaimana dia boleh terlajak tidur, padahal dia sudah tidur awal.

“ Maaf cikgu, saya lambat! “ Aqilah berdiri di muka pintu kelas dengan keadaannya yang termengah-mengah.

“ Takpe lah… Lain kali jangan lambat lagi ye… Cepat masuk kelas… “

Aqilah menarik nafas lega, bersyukur tidak dimarahi Cikgu Linda yang sememangnya dikenali dengan kegarangannya di sekolah. Dengan segera dia mengambil tempat di sebelah Aishah. Seluruh ahli kumpulannya terkejut dengan penampilan baru Aqilah, berambut pendak paras bahu! Sememangnya mereka tahu Aqilah amat menyayangi rambutnya yang panjang, pernah juga dahulu dia menangis2 kerana ayahnya suruh memendekkan rambut.

“ Babe, kenapa you potong rambut? You kan sayang rambut you? “ Aishah mengerutkan dahinya, hairan.

“ Alah… Saja je… Lagipun rimas lah rambut panjang2 kat Malaysia, panas! Kat Christchurch dulu boleh la I tahan sebab suhu tak panas macam ni… Hehe… “ Aqilah tersenyum riang, seolah-olah tiada kisah hitam yang membelenggu hidupnya. Aishah mencurigai sikap Aqilah, sikapnya tidak seperti biasa.

“ Semua pelajar diminta berkumpul di dalam dewan selepas rehat… Sebuah persembahan istimewa akan diadakan khas pada petang ini. “ Satu pengumuman diberi oleh guru yang bertugas.

“ Persembahan? Yeah !!!! “ Hampir kesemua murid di sekolah itu menjerit keriangan. Mungkin kerana tidak perlu belajar dan ada pula persembahan istimewa.

***********************************

“ Eh korang… Tak rasa pelik ke dengan sikap Qila? “ Mimie mengetuk2 meja di bilik khas mereka dengan jarinya.

“ Gila tak pelik? Tiba2 je dia potong rambut… Eh you guys ingat tak, masa kat Christchurch dulu Qila pernah buat satu perjanjian dengan kita semua? “ Adira mula mengingati sesuatu.

“ Oh Ya! Sekarang I faham kenapa dia potong rambut! “ Aishah turut menyokong kata2 Aishah.

Di Christchurch, New Zealand…

“ Korang tau tak, I sayang sangat dekat rambut panjang I ni… Kalau boleh I nak simpan panjang lagi… Tapi akan ada satu perkara yang akan membuatkan I potong rambut I… “ Aqilah bersuara, seolah-olah serius.

“ Perkara apa babe? “ Aishah menjungkit keningnya.

“ Sama ada salah seorang dari korang berempat cuba mengkhianati kita semua or I memang dah berputus asa dalam hidup… Harap2 benda tu takkan terjadi la okay! “ Aqilah tersenyum ceria.

Tiga sekawan ini hanya mendiamkan diri. Bilik khas mereka tidak pernah sesunyi itu, biasanya Amani dan Aqilah yang banyak mulut.

********************************

“ Pengetua kami yang dihormati, Sir Ahmad. Cikgu2 yang dikasihi lagi disayangi. Kawan2 gadis dan jejaka. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini kita akan berhibur dengan 4 orang artis undangan dari Akademi Fantasia musim ke-9 !!! “ Dua orang murid yang sememangnya berbakat dalam bidang pengacaraan, Mimie dan Nubhan, mengacarakan showcase istimewa yang diadakan di sekolah tersebut.

Setelah para pelajar menjawab salam, dewan bergema dengan tepukan dan siulan dari kalangan pelajar. Bukan selalu mereka dapat melihat artis AF secara dekat dan secara percuma.

“ Babe… You tak excited ke? “ Aishah bertanyakan kepada Aqilah setelah dia melihat Aqilah hanya berdiam diri tanpa sebarang reaksi.

“ Erm… Entahlah… Kita balik Malaysia pun AF9 dah habis, manalah I tau siapa bintang2 dia… “ Aqilah memang kurang tertarik dengan showcase tersebut.

“ Kita persilakan Aida, Kay, Lena dan Erul !!!! “ Mimie dan Nubhan menyebut nama bintang2 tersebut secara serentak, membuatkan seluruh dewan menjadi tidak keruan. Sememangnya 4 bintang ini antara bintang2 pujaan yang diminati oleh hampir kesemua pelajar di STSA.

“ Erul? “ Aqilah sedikit tersentak mendengar nama tersebut.

“ Apa babe? You kenal ke Erul tu? “

“ Eh? Takdelah… Nama dia sama dengan kawan I dulu… Orangnya lain la kut… “ Aqilah sekadar menjawab perlahan namun dahinya tetap berkerut memikirkan sesuatu yang agak mengganggu fikirannya. Bagaimana jika itulah Erul yang pernah dikenalinya dahulu?

“ Hello2 dan Assalamualaikum STSA! “ 4 bintang ini muncul dari belakang pentas.

Sekali lagi suasana dewan tersebut menjadi riuh rendah. Aqilah terpaksa berdiri untuk melihat siapakah gerangan artis2 yang digilai ramai itu. Setelah dia dapat melihat wajah 4 bintang tersebut dengan jelas, dia kembali duduk. Mukanya sedikit kelat.

“ Babe, kenapa you duduk? Tak nak tengok ke? “

“ Malaslah… Rasa nak balik kelas je… Not interested pun… “ Aqilah bingkas bangun dari kerusinya, langkahnya menuju ke pintu dewan.

“ Yaya! Tunggu kejap Yaya! “ Kelihatan Akim termengah-mengah kerana dia berlari dari belakang pentas untuk mendapatkan Aqilah, lantas dia memegang lengan Aqilah.

“ Apa dia? Orang nak keluar la… Rimas kat dalam ni! “ Aqilah cuba melepaskan pegangan Akim namun tidak mampu.

“ Takde keluar2… Sekarang jugak kau ikut aku pergi backstage! “ Akim menarik Aqilah, Aqilah hanya menurut. Mahu tidak mahu, dia telah pun dipaksarela.

Setelah mereka tiba di belakang pentas, kelihatan Stacy sedang berbincang sesuatu bersama Lena dan Kay. Akim menolak Aqilah ke arah Stacy. Aqilah menjelir lidah kepada Akim, sedikit geram dengan tindakan Akim terhadap dirinya.

“ Haa… Datang pun kamu… Yaya, kakak nak minta tolong sikit ni… Please… “

“ Apa dia kak? Yaya rimas lah lama2 kat sini… Kakak tau kan Yaya paling tak suka tempat crowded? “

“ Hish… Jangan la macam tu… Kumpulan 3 beradik Selektaz tu tak dapat datang lah… “

“ So? Apa kena mengena Selektaz dengan Yaya? “

Belum sempat Stacy membalas pertanyaan adiknya, kelihatan Aishah dan Adira muncul bersama Aliff, Iwan dan Hafiz. Mimie pula segera turun dari pentas dan menuju ke belakang.

“ Apa lagi? Cepatlah tukar baju! “ Stacy menolak 4 gadis itu masuk ke dalam bilik persalinan khas yang ditempatkan di belakang pentas. Aqilah terkebil2 melihat kejadian sebegitu berlaku. Apa yang dah jadi?

**************************************

Lena naik ke atas pentas untuk memulakan persembahannya. Lagu yang rancak bertajuk “Jahat” membuatkan seluruh dewan bergema dengan bunyinya yang kuat. 5 orang gadis berpakaian ala2 kimono Jepun berwarna biru naik ke atas pentas (boleh merujuk kepada pakaian Stacy AF6 ketika AJL25). Lalu mereka memulakan rutin tarian untuk mengiringi persembahan Lena.

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Para pelajar galak memberi tepukan kepada persembahan tersebut. Walaupun penat namun mereka berlima agak berpuas hati dengan reaksi yang diterima. Belum sempat Mimie menukar pakaian kimononya, dia terus menyambung tugasannya sebagai pengacara.

“ Ye Mimie… Sekarang ni giliran Erul pula… Dengar kata, selepas dia menyanyikan lagu yang pertama ni, dia nak nyanyi lagu duet pulak! “ Nubhan cuba bermain dengan kata2 untuk memberi kesan suspen kepada para pelajar yang lain.

“ Iye ke Nubhan? Ish3… Siapalah pelajar kita yang bertuah untuk berduet dengan si Erul ni… Sekarang kita persilakan Erul dengan lagunya Ganas !!! “ Kelihatan pelajar2 perempuan tersenyum setelah mendengar kata2 Nubhan dan Mimie, berharap supaya mereka dipilih.

Erul kelihatan sungguh bertenaga ketika beraksi di atas pentas. Dia masih mengekalkan gaya K-Pop yang menjadi kegemarannya. Setelah selesai sahaja dia membuat persembahan pertama, tibalah saat yang ditunggu.

“ Erul nak pilih seseorang lah untuk berada di atas pentas ni dengan Erul… Siapa nak teman Erul? “ Hampir kesemua pelajar perempuan menjadi teruja dengan mengangkat tangan mereka untuk menawarkan diri.

“ Apa kata if Erul panggil… Alia Aqilah untuk naik ke pentas! “ Aqilah yang berada di belakang pentas tersentak apabila namanya dipanggil oleh Erul. Memang dia tidak menjangkakannya.

Aqilah melangkah lemah untuk naik ke atas pentas, cuba untuk tidak memandang wajah Erul. Erul memberikan mikrofon kepada Aqilah, bersedia untuk membuat persembahan.

“ Remember… You are still in my heart… “ Erul sempat berbisik perlahan di telinga Aqilah. Riak wajah Aqilah yang tadinya agak gembira bertukar kelat bercampur baur dengan perasaan terkejut.

Sebaik sahaja muzik dimainkan, Aqilah mula bersemangat. Sememangnya darah seni mengalir di tubuhnya. Mereka menyanyikan lagu “ Jahatnya Cinta “. Aqilah telah membuatkan ramai gadis cemburu terhadapnya terutama sekali SweetDoly yang kini dianggotai Amani.

“ Ela… Kau pergi buat apa yang patut… Aku nak dia malu sampai nak tunjuk muka pun susah. “ Deanna memberi arahan dan Ela pula hanya menurut.

Sedang asyik para pelajar berhibur, tiba2 tiada bunyi yang dikeluarkan dari mikrofon kepunyaan Aqilah. Dia menjadi tidak tentu arah. Sesetengah pelajar mula mem”boo”.

“ Erul! Macam mana ni? “ Aqilah hendak sahaja turun dari pentas tersebut namun dihalang Erul. Nampaknya Erul mempunyai rancangan.

“ Ish! Tak guna punya Erul! Kacau plan kita je! “ Deanna kesal kerana rancangannya tidak menjadi.

**********************************

“ Thanks Erul sebab kau tolong aku waktu mic aku tiba2 tak keluarkan bunyi… “ Aqilah berterima kasih kepada Erul setelah Erul mencadangkan supaya mereka berkongsi mikrofon agar tidak kelihatan janggal. Membuatkan makin ramai yang iri hati.

“ Not a big deal… Erm, Qila… “ Nada suara Erul berubah, seolah-olah meminta simpati.

“ Apa dia? “ Aqilah dengan segera berpaling ke arah lain, cuba untuk berkeras hati terhadap Erul.

“ Erm… Takde apa2 lah… Aku Cuma nak cakap, sorry… “

“ For what? “

“ Sebab aku dah lukakan hati kau dulu, aku tau aku tak sepatutnya curang. Dia pun dah takde dalam hidup aku. Cuma kau, ye kau je yang ada dalam hati aku sekarang ni… “ Erul bercakap dalam nada seolah-olah ingin menangis, membuatkan Aqilah sedikit tersentuh namun cuba untuk tidak memperdulikannya. Keadaan itu membuatkan Erul berlalu pergi meninggalkan Aqilah bersendirian.

*****************************

Cukup jangan tambah lagi
Luka ku didalam hati
Biarkan aku sendiri.. kasih..
Cukup jangan dusta lagi
Kau dah tidak mencintai
Biarkan aku menjadi ..penanggung sepi..

“ Hello, siapa tu? “ Aqilah menjawab panggilan yang masuk di BB kepunyaannya. Sedikit mamai setelah bangun dari tidur.

“ Apa ni B... Bangun lah… Dah nak maghrib tau tak… “

“ Oh ye ke… Tak sedar lah… By the way, kenapa call? “

“ Saja je, Cuma nak tanya… Nak tak ikut Boo jumpa Aril tak next week? “

“ Boleh jugak… Since dia pindah sekolah about 3 month ago, memang tak contact dia… “

“ Bagussss… Hehe… Ok lah, tata… Assalamualaikum B… “

“ Waalaikummussalam… “

Dia menamatkan panggilan tersebut, hatinya berbunga-bunga.

************************************

2 comments:

blogerz said...

hai awk boleh saya suka baca cite nih..masukkan kan lah nama semua budak af9..lagu background nih nera nyanyi kan?

Rabbit Prepix said...

hai... next novel sya try msukkan smua nma bdak af9... lgu ni asalnya kmpulan tilu tpi nera prnah bawa

Post a Comment