About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

23.4.11

Cinta Lagu Kita 10 - Batu Api

Aqilah berpeluk tubuh di dalam kereta, kedinginan. Kesejukkan yang melampau sehingga menyucuk ke tulang hitam. Dengan segera dia menutup penghawa dingin, tambahan pula hujan lebat di luar. Dia hanya memandang bangunan hospital yang serba putih itu. Jam menunjukkan pukul 1.30 petang, waktu melawat hampir tiba di penghujung.

“ Agaknya ada tak cara aku nak jenguk Abang Bobo? Tapi, hari ni aku tetap kena jenguk dia… Tak kira apa yang berlaku. “ Aqilah nekad, walaupun dia tahu berkemungkinan besar dia akan dihalau oleh Datin Wardah.

Dia melangkah keluar dari kereta tanpa payung mahupun baju hujan, membiarkan diri dibasahi hujan lebat. Dia berjalan ke arah pintu utama hospital namun nasibnya kurang baik.

“ Apa kau buat kat sini lagi? Bukan aku dah cakap ke, jangan jumpa anak aku lagi ! Tak faham bahasa ke?! “ Datin Wardah terserempak dengan Aqilah ketika dia hendak ke kantin untuk membeli sesuatu untuk dimakan.

“ S… Saya Cuma nak lawat Aril sekejap je Aunty… Dapat tengok dia dari luar bilik pun jadilah… Please Aunty… “

“ Tak payah ! Nyah dari sini ! Aku tak nak nampak muka kau lagi ! “ Datin Wardah menolak Aqilah sehingga terjatuh.

“ Takpe Aunty… Kalau Aunty tak nak bagi saya lawat dia, saya akan tunggu kat sini sampai Aunty berubah fikiran. Saya janji, bukan janji tapi pasti ! “ Aqilah bingkas bangun.

“ Suka hati kau lah… Aku tak kisah pun… Duduk la sini sampai esok pun… “ Datin Wardah masih berkeras hati. Lantas dia kembali ke dalam hospital.

“ Demi Abang Bobo, Yaya sanggup duduk kat sini sampai esok. “ Aqilah berdiri di tepi bangunan hospital tersebut yang tidak berbumbung sambil memeluk tubuhnya. Hujan semakin lebat dan lansung tiada tanda2 bahawa hujan akan berhenti.

***************************

“ Jom turun Mie… Eh2, ambik payung dulu… Agak2 lah nak lari pakai heels… “ Adira memberhentikan keretanya di tempat letak kereta yang berhampiran dengan pintu.

“ Dira, tu bukan kereta Qila ke? Aunty dah berbaik dengan dia ke ek? “

Sedang asyik dua gadis ini bergelak ketawa sambil menuju ke hospital, Adira terlihat kelibat seseorang yang agak mencurigakan.

“ Babe, siapa tu… I takutlah ! “ Adira menghentikan langkahnya.

“ Ish you ni ! Penakut sangat lah… You tunggu kat sini, biar I pergi tengok… “ Mimie sememangnya seorang gadis yang berani.

“ Adira !!! Cepat datang sini ! “ Mimie berteriak memanggil Adira. Dengan segera Adira berlari anak untuk mendapatkan Mimie.

“ Ya Allah Aqilah… Kenapa you duduk kat sini? “ Adira memeluk rakannya yang menggigil kesejukkan.

“ I, I tunggu Aunty ubah fikiran untuk… Terima I kembali… “ Kata2 Aqilah tersekat2, mungkin kerana kesejukkan.

“ Tell me, dari pukul berapa you tunggu kat sini? “

“ D… Dari pukul 1.30 tadi… “ Sebaik sahaja Aqilah menjawab, Adira melihat jam tangannya. Pukul 6.30 petang. Lantas dia mengalirkan air matanya.

“ Babe, jangan macam ni… You boleh sakit tau ! “ Mimie turut memeluk Aqilah. Cuba berkongsi kehangatan dengannya.

“ I… I tak kisah… Bi… Biar I sakit, janji I dapat tengok dengan mata sendiri yang Abang ok… “

“ Ok, ok… I faham… Tapi kita berteduh dulu ok… This time, jangan degil. You kena berteduh jugak. “ Adira memapah Aqilah untuk berteduh di dalam hospital.

Mimie sudah tidak tahan dengan sikap Datin Wardah yang keras kepala. Lantas dia meninggalkan Aqilah dan Adira untuk menuju ke wad di mana Aril ditempatkan. Dia membuka pintu bilik tersebut dengan kasar, barannya sudah menguasai diri.

“ Mie, kenapa kau basah kuyup ni? “ Aril menyapa Mimie namun Mimie lansung tidak membalas. Dia merenung tajam ke arah Datin Wardah yang sedang menyuap bubur ke mulut Aril.

“ Aunty ! Apa semua ni? Aunty tau tak? Aqilah ada penyakit paru2 berair ! Sanggup Aunty biarkan dia duduk dalam hujan lebat macam tu ! Aunty memang tak berhati perut lansung ! “ Mimie sedikit menengking dan membuatkan Aril terkejut dengan kata2 Mimie.

“ Mie… Apa… Apa yang kau cakap ni? “ Aril cuba mendapatkan kepastian.

“ Aril, kau tak pelik ke kenapa Qila lansung tak lawat kau since kau masuk hospital? “ Sebaik sahaja Mimie berkata sedemikian, Aril memandang ibunya. Datin Wardah hanya mampu tertunduk.

“ Mimie… Dia kat mana sekarang ni? “ Aril cuba bangun dari katil.

“ D… Dia ada kat bawah… Kat pintu masuk… “ Mimie sedikit terkejut dengan tindakan Aril.

“ Aril… Jangan jadi bodoh… Kamu tu tak sihat lagi, jangan banyak bergerak. “ Datin Wardah cuba menghalang puteranya.

“ Mama, Aril minta maaf jika perbuatan Aril ni kurang ajar tapi tolong jangan halang Aril. Cukuplah apa yang mama dah buat kat Yaya… Dia tak patut terima semua ni ! “ Aril menepis tangan Datin Wardah yang cuba menghalangnya.

Aril berlalu keluar sambil dipapah oleh Mimie setelah meminta kebenaran dari nurse yang bertugas. Setelah mereka tiba di pintu masuk, kelihatan Aqilah bersandar di bahu Adira. Langkah Aril tiba2 terhenti, seolah-olah tidak membenarkan dia untuk meneruskan perjalanannya ke arah Aqilah.

“ Babe… I tak rasa I sanggup tunggu Abang Aril lagi… Semua ni terlalu berat untuk I lalui… I tak kuat Dira… I tak berdaya… “ Aqilah menangis tersedu sedan. Suaranya tersekat-sekat dan dadanya berombak menahan pilu.

“ I faham perasaan you, tapi please… Jangan putus asa… Kalaupun you dah tak sanggup nak menunggu, sekurang-kurangnnya you berdoa… Mudah-mudahan hati Aunty akan lembut dan akan terima you semula… “ Adira memeluk erat rakannya itu.

Dari jauh Aril hanya mampu memerhati, dirinya seakan tiada daya untuk memujuk gadis itu. Dengan segera dia melepaskan pegangan Mimie dan menuju ke tandas lelaki. Mungkin cuba untuk melepaskan geramnya di sana. Dia terduduk sendirian di bawah sinki, hatinya seakan dicucuk 1000 batang jarum. Kesal dengan tindakan ibunya sendiri.

“ Mama… Kenapa mama sanggup buat semua ni? “ Dia menggoncang-goncang rambutnya sehingga kusut masai.

****************************

“ Dira, jom pergi hospital. Jenguk Iwan dengan Hafiz… “

“ Shhh… Senyaplah sikit Mie… Kalau Qila dengar, kecik hati pulak dia kalau dengar… “

“ Oopss… Sorry… “ Mimie menekup mulutnya sambil memandang ke arah Aqilah yang sedang membelek buku rujukan Kimia kepunyaannya.

“ Apa je la korang ni… I tak kisah la korang nak lawat diorang pun… Bukannya I ada hak nak halang… “ Aqilah cuba tersenyum namun jelas kelihatan riak wajah sedihnya.

“ Are you sure babe… Muka you tak nampak okay la… “ Adira menatap wajah Aqilah yang kelihatan pucat.

“ I okay la… Tak sihat sikit je… I pun dah minta permission Senior Isma untuk skip latihan hari ni… Lepas berehat I okay la… “

“ Babe, you are not okay… It’s burning ! Suhu you panas sangat lah ! Jom jumpa Doktor Farish. “ Mimie cuba menarik lengan Aqilah untuk membawanya ke bilik rawatan.

“ I’m okay… Serius… “ Sejurus sahaja dia menghabiskan ayat, dia berlari ke tandas. Tekaknya terasa loya dan terus sahaja dia muntah di sinki tandas.

“ Babe, please… Jom pergi bilik rawatan… I’m so worried about you. “ Mimie menepuk2 belakang Aqilah.

“ I tak larat… Kaki I rasa lembik sangat… Pening… “ Dunia menjadi gelap.

“ Babe !!! Tolong ! Sesiapa kat luar ! “ Dengan segera Adira berlari keluar dari tandas meninggalkan Mimie untuk memangku Aqilah.

Kelihatan dua orang jejaka meluru masuk ke dalam tandas, tidak diperdulikan oleh mereka itu tandas pelajar perempuan. Yang pasti mereka hanya hendak membantu.

“ Biar aku angkat dia… “ Kata Akim.

“ Tak boleh… Biar aku je yang angkat… “ Arif cuba menghalang.

“ Sudah3… Korang angkat sama2… Gaduh lagi aku siku dua2… “ Mimie menunjukkan sikunya seakan-akan menggertak.

“ Kenapa semua orang mesti pedulikan sangat dengan dia? Sampai 3 lelaki sayangkan dia? “ Bicara hati seorang gadis yang sibuk memerhatikan gelagat mereka yang sedang cemas dari belakang tiang.

“ Kau kenapa? Jealous tengok dia tu? Kesian lah kat kau ni… Nama je satu geng, tapi selalu kena pinggir… Hahaha… “ Kata Ela yang berjalan ke arah gadis tersebut sambil berpeluk tubuh.

“ A… Apa maksud kau ? Aku tak fahamlah… “

“ Jangan buat2 bodoh lah Amani… “ Ela menunjal dahi Amani membuatkan Amani mengundur selangkah ke belakang.

“ Aku tau, kau cemburu tengok semua orang pedulikan ketua geng kau tu… Sedangkan takde sorang pun yang ambil berat pasal kau… And aku juga tau yang kau simpan perasaan kat Senior Aril, kawan baik Senior Akim… Tapi kau tau, Senior Aril sayangkan budak bajet tu… “ Ela seolah-olah mengapi-apikan perasaan Amani yang sedang bercelaru.

“ S… Senior Aril? Mana kau tau pasal dia? Kan kau tak pernah jumpa dia kat sekolah ni? “ Amani sedikit kaget.

“ Mana aku tau? Tiap2 hari aku nampak kau kat galeri sekolah yang menyimpan semua gambar2 bersejarah sekolah… Dan aku perhatikan kau selalu pergi ke bahagian gambar2 pasukan ragbi sekolah. Dan aku tau, kau selalu perhatikan gambar setiap seorang ahli pasukan ragbi tetapi kau akan berhenti di depan gambar Senior Aril… “

Amani terkelu untuk berkata apa2. Dia tidak mampu membohongi Ela kerana segala2nya telah dibongkar oleh gadis baru itu. Dia hanya mampu mengangguk dan mengiakan segala yang diperkatakan oleh Ela.

“ Aku boleh tolong kau dapat apa2 je yang kau nak… Sebenarnya kau pun suka kat sepupu aku kan? “ Ela tersenyum sinis dan dia mencuit dagu Amani.

“ Sepupu kau? Siapa? “ Amani terpinga-pinga, siapa pula yang sedang diperkatakan oleh Ela ini?

“ Hairul Zarif… Jangan terkejut… Ya, dia memang sepupu aku… Dan aku juga anak saudara Cikgu Linda… Aku boleh tolong kau tarik semua perhatian lelaki yang ada kat sekolah ni… Petik jari je, semua boleh settle… Nak terima tawaran aku ni? “ Ela memandang Amani dengan satu pandangan yang tajam namun tetap mengekalkan senyuman sinisnya.

*************************

“ Echah, mana Amani? Time2 macam ni la jugak dia nak hilang… “ Adira mencari2 kelibat Amani, lalu dia meninjau ke luar bilik rawatan tersebut.

“ Tu ha dia… Eh? Apa dia buat dengan dubuk2 Lion King tu? “ Aishah terkejut melihat Amani sedang bergelak ketawa bersama Ela yang baru menyertai Kumpulan SweetDoly atau lebih digelar sebagai dubuk2 Lion King di sekolah mereka. Dengan segera Aishah, Adira serta Mimie mendapatkan Amani.

“ Eh hello… Buta ke tak nampak kitorang nak lalu ni… Suka hati nenek moyang korang je… “ Deanna, Selina, Natasya, Ela serta Amani menghentikan langkah mereka.

“ Eh… Apa pulak main keturunan2 pulak ni… Kitorang taknak jumpa korang pun la… Perasan… Huh !! “ Mimie dengan segera menarik muka 14.

“ Ke tepi lah korang… Sibuk je tau tak… Kitorang nak jumpa Amani je lah ! “ Aishah menggunakan tenaganya untuk menolak empat gadis itu ke tepi untuk mendapatkan Amani.

“ Babe, apa hal you ni? You tau kan Qila tengah tak sihat? Boleh pulak you hangout dengan dubuk2 Lion King ni? “ Aishah memegang bahu Amani, cuba mendapatkan kepastian.

“ Ya! I tau! So what? Dia siapa sampai I kena pedulikan sangat? “ Amani sedikit menengking, membuatkan ahli2 SweetDoly tersenyum sinis setelah mendengar jawapan yang keluar dari mulut Amani.

“ Hei! Syaitan apa dah rasuk you ni? You dah lupa segala benda yang Qila dah bagi kat you? Kesenangan, kemewahan semasa kat Christchurch! “ Aishah mengoncang2 tubuh Amani yang hanya berdiri kaku dan hanya memandang lantai.

“ Oh… Mengungkit? Suka sangat nak mengungkit? You ingat I hadap sangat dengan harta dia? Sedar lah! I tak miskin okay! Ke tepilah! “ Amani menolak Aishah ke lantai untuk melepaskan pegangan Aishah darinya. Dengan segera mereka berlima berlalu dari situ dengan penuh hilai tawa, hanya Amani yang berdiam diri.

“ Apa dah jadi ni? Kenapa Amani jadi macam tu? “ Aishah hanya mampu terduduk, kecewa dengan sikap rakan baik mereka sendiri.

****************************

“ Apa dah jadi dengan Amani? Kenapa dia tiba2 benci aku? Aku ada buat salah dengan dia ke? Ya Allah, beratnya dugaan yang diberikan kepadaku… “ Aqilah bermonolog sendirian di atas bumbung sekolah yang diratakan. Dia memeluk lututnya.

“ Ya! I tau! So what? Dia siapa sampai I kena pedulikan sangat? “ “ Oh… Mengungkit? Suka sangat nak mengungkit? You ingat I hadap sangat dengan harta dia? Sedar lah! I tak miskin okay! Ke tepilah! “ Bayangan itu bermain – main di fikirannya. Menyesal juga dia cuba keluar dari bilik rawatan setelah mendengar keadaan yang riuh rendah di bahagian luar bilik tersebut. Jika tidak, mungkin dia tidak perlu melihat atau mendengar kejadian tersebut.

“ Jangan sedih2 macam ni… Mana pergi Yaya yang Abang kenal dulu? Suka ketawa, suka kacau orang, suka marah2 orang, suka adventure, suka shopping… Abang tak sukalah tengok Yaya macam ni… “ Satu suara yang amat dirindui seolah-olah bermain-main di telinganya.

“ Abang Aril?! “ Aqilah tersentak apabila dia seolah-olah terdengar suara Aril. Namun hampa, hanya khayalannya sahaja.

“ Hahaha… Abang Bobo? Tak mungkin… Mungkin memang aku akan dibenci oleh ramai orang… Hehehe… “ Aqilah ketawa dalam tangisannya.

“ Kenapa semua ni mesti terjadi kat aku?!!!! “ Dia menjerit sekuat hatinya, melepaskan geram yang sudah lama terbuku di hatinya. Kemudian dia menangis sepuasnya.

“ Jangan menangis… Aku taknak tengok kau menangis… “

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

(Hanyut-Faizal Tahir)

******************************

1 comments:

Adelah Adel said...

aku akan musnahkan kau amani ! hahahaha *gelak jahat

Post a Comment