About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

26.3.11

Cinta Lagu Kita 9 - Kawan Baru @ Kawan Lama ?

Semua ahli keluarga Hafiz dan Iwan berkumpul di dalam wad, bersyukur kerana mereka berdua terselamat walaupun kecederaan kaki Iwan akibat tembakan yang dilepaskan Burn agak parah namun tidak separah Aril yang terpaksa ditahan di ICU akibat terkena tikaman yang agak dalam oleh Vince.

“ Wardah, bawak bertenang… I’m sure anak you akan selamat… “ Datin Ju cuba menenangkan sahabatnya, Datin Wardah Haris.

“ Macam mana I nak bertenang Ju… Doktor kata, peluang dia untuk sembuh sepenuhnya Cuma 50% sebab tikaman tu hampir dengan jantung. Dia mungkin lumpuh atau koma ! “ Datin Wardah separuh menjerit.

Aqilah, Amani, Stacy, Aishah, Mimie dan Adira kelihatan menuju ke arah wad ICU. Mereka bersalaman dengan Datin Wardah dan Datin Ju. Apabila tiba giliran Aqilah yang bersalaman dengan Datin Wardah, Datin Wardah bersikap agresif dengan menolak Aqilah.

“ Kenapa ni Aunty? Apa yang saya dah buat? “ Aqilah agak terkejut dengan tindakan Datin Wardah.

“ Kau boleh tanya lagi apa yang kau dah buat? Kau yang dah buat anak aku jadi sampai macam ni ! Kalau kau tak pernah wujud dalam hidup dia, mungkin dia tak jadi macam ni ! Kau pergi dari sini ! Aku tak nak anak aku berkawan dengan kau lagi ! “ Datin Wardah menengking dengan sekuat hatinya sehingga mengejutkan beberapa orang yang ingin menjenguk ahli keluarga mereka.

“ Aunty ! Ni semua bukan salah dia ! Ni semua takdir-Nya ! “ Aishah memeluk Aqilah sekuat hatinya. Walaupun cemuhan itu ditujukan bukan kepadanya, namun hatinya bagai direntap setelah mendengar kata2 sebegitu rupa dilepaskan kepada rakannya. Aqilah hanya mampu berdiam diri, air matanya ditahan supaya tidak mengalir. Dia tidak mahu kelihatan lemah dalam keadaan tegang sebegini.

“ Tapi siapa yang buat semua ni kat anak Aunty? Ex-boyfriend dia ! Segalanya berpunca dari dia ! “ Datin Wardah masih tetap dengan pendiriannya.

“ Baiklah Aunty… Kalau tu yang Aunty nak… Saya beralah. Lagipun dia anak Aunty, Aunty ada hak nak tentukan kehidupan dia. Saya Cuma kawan dia, oopss, bekas kawan dia… Saya pergi dulu, Assalamualaikum… “

“ Waalaikummussalam… “ Mereka semua bersalaman sebelum Aqilah melangkah pergi entah ke mana. Yang pasti, tidak mungkin dia ke wad Hafiz dan Iwan kerana setelah mendengar kata2 Datin Wardah, dia mula serba salah terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Memang semua ini berpunca dari dirinya.

Tanpa di sini

Tanpa berdiri

Tanpa ku kau cintai

Ku hilang, hilang…

Dalam kekosongan, aku…

Tanpa kamu di sisi

Tanpa aku di hati

Mungkinkah ku mati

Ku hilang, hilang…

(Ku Hilang - Akim)

*********************

Aqilah melangkah keluar dari pejabat ayahnya dengan satu tujuan yang tetap, keluar dari Selangor ! Dia memecut laju Lotus Evora kepunyaannya untuk pulang ke rumah.

“ Eh, Yaya dah balik? “ Shahir yang sedang menonton televisyen menegur adiknya yang baru pulang namun dia tidak diendahkan. Aqilah terus menuju ke kamar tidurnya. Sikapnya membuatkan Shahir terpinga-pinga.

“ Angah, kenapa dengan Yaya tu? “ Shahir bertanya kepada Amar.

“ Entah… Ada masalah kut. Jom pergi tengok dia, risau la pulak… “ Itulah sikap dua abang yang sering mengambil berat terhadap adik mereka. Baik Aqilah mahupun Stacy.

Mereka berdua masuk ke dalam kamar serba biru itu, terpapar gambar2 aksi comel dan kelakar Aqilah bersama mereka adik beradik dan rakan2. Kelihatan Aqilah sedang sibuk mengemas baju untuk di masukkan ke dalam sebuah bagasi besar.

“ Yaya, apa Yaya buat ni? Kemas2 beg ni Yaya nak pergi mana? “ Amar kelihatan gelisah dengan kelakuan adiknya.

“ Yaya nak pergi uma Mak Ngah… Jangan halang Yaya nak buat apa2 sekarang ni… “

“ Rumah Mak Ngah? Yaya! Buang tebiat ke apa? Rumah Mak Ngah kat sempadan Siam! Naik apa? Along nak ikut! “ Shahir bertegas, risau akan keadaan tersebut.

“ Naik train… Along! Tolonglah, Yaya bukan budak2 kecik lagi! Lagipun Yaya dah cakap dengan papa. “ Air matanya mengalir. Lantas dia memeluk kedua-dua abang kesayangannya.

*****************************

“ Angah, mana daddy dengan mummy ni… Dah mengantuk lah… Lambatnya balik… “ Shahir melihat ke arah jam dinding, telah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk menunggu seluruh ahli keluarga pulang sebelum tidur di kamar masing2. Namun entah mengapa, lewat pula ibu bapa mereka pulang pada hari ini.

“ Entah la Along… Yaya pun dah tidur… Kita tidur je lah… “ Amar mengusap rambut panjang adiknya yang tertidur di pangkuannya setelah adiknya itu bercerita tentang masalah yang dihadapinya kepada mereka berdua.

“ Erm… Stacy ni pun… Masuk2 rumah terus baring atas riba Along… Kesian pulak Along tengok dia, sibuk sangat uruskan majlis tu… “ Shahir memandang wajah Stacy yang sedang nyenyak tidur di ribaannya. Sememangnya mereka 4 beradik amat rapat.

Amar menguap buat kali ke-5. Dia membuat keputusan untuk tidur kerana terlalu letih. Belum sempat dia mengangkat adiknya untuk dihantar ke bilik, ibu bapa mereka pulang setelah sekian lama mereka menunggu.

“ Assalamualaikum… Sorry mummy dengan daddy lewat sikit balik… Tok Wan kamu masuk wad semalam…Kami baru tau tadi, terus mummy ajak daddy pergi rumah Aunty Eliza kamu tu… “ Sir Eziani menjelaskan keadaan sebenar.

“ Waalaikummussalam… “ Amar dan Shahir sekadar mengangguk tanda faham.

“ Kenapa kamu berdua tak tidur je dulu… Tengok Yaya dengan Stacy tu, dengan tak mandinya… Hish budak2 ni… Yaya, kakak… Bangun, bersihkan diri, baru tidur balik ya… “ Datin Ju mula membebel namun dia memahami keadaan yang dihadapi anak2nya.

Aqilah dan Stacy lantas bangun lalu bersalaman dengan ibu bapa mereka sebelum melangkah masuk ke bilik dan bersiap untuk beradu semula, begitu juga dengan Amar dan Shahir. Sir Eziani serta Datin Ju hanya tersenyum.

************************

“ Hmm… Tak boleh tidur balik la pulak… Lama sangat aku tidur agaknya… Online kejap lah… “ Aqilah segera duduk di meja belajarnya lalu dibukanya laptop Acer AspireOne yang berwarna biru. Dengan segera dia membuka Facebooknya.

“ Facebook… Hermm… Boring… “ Dengan segera dia menekan butang log out di Facebook lalu dibukanya YM.

“ Heee… Dia online, dia online… “ Aqilah tersenyum apabila kelihatan nama seseorang terpapar di list onlinenya di YM, Mr. Skunkz.

Ms. Blubby : Assalamualaikum… Hye2… Masih online ye pagi2 ni… (^_^)

Mr. Skunkz : Waalaikummussalam… Eh2… Rumah orang tu lansung takde jam ke? Ha3

Ms. Blubby : Amboi ! Perli ke? He3… Jahat gila !

Mr. Skunkz : Terasa ke? Siapa makan cili, dia la terasa nak minum air. Ha3

Ms. Blubby : Amboi ! Lepaskan tembakan berdas-das nampaknya ! Ha2 Tak boleh jadi ni !

Mr. Skunkz : Ha3 Suka hati Blubby la… By the way, Isnin ni Skunky dengan cousin Skunky nak pindah sekolah kat Rawang tau. Maybe itulah chance kita akan jumpa face to face. He3

Ms. Blubby : Oh really? So Skunky masuk sekolah apa nanti? Wait, Skunky pun anak Dato so Skunky mesti masuk sekolah elite. Setahu Blubby satu2nya sekolah elite near by Rawang, OMG ! STSA! Don’t tell me that you will be studying in that school?

Mr. Skunkz : Err… Betulah tu… Sekolah Tinggi Sir Ahmad right? Kenapa Blubby terkejut semacam ek? Jangan cakap yang kita akan belajar dalam sekolah yang sama?

Ms. Blubby : Ha3 Just wait and see… Okay lah Skunky… Mengantuk lah pulak… Good night, oops, good morning. (^_^) Assalamualaikum…

Mr. Skunkz : Sleep well… Waalaikummussalam…

Nampaknya Aqilah begitu gembira sekali setelah ber’chatting’ dengan jejaka yang dikenalinya dari Facebook. Tidak pernah sekalipun mereka bersua muka, namun jejaka itulah yang sering membuat Aqilah tersenyum. Seolah-olah tiada sebarang masalah yang melandanya sepanjang hari tersebut. Sempat lagi dia meng’update’ blog kesayangannya yang serba biru.

Hari ni iolls gembira sangat… Walaupun banyak hal yang tak best berlaku tapi hidup mesti ceria ! Akhirnya iolls akan jumpa kawan siber iolls yang selama ni kenal dari Facebook je. Rupanya esok kami akan berjumpa kat sekolah sebab dia akan pindah ke sekolah iolls… Happynya !!!

XOXO
Love Skunky

Lalu dia menutup laptopnya dan menuju ke katil. Dia menutup lampu tidur kecil dan bersedia untuk melangkah ke alam mimpi.

“ Nanti kita jumpa hari2 kat sekolah ye Skunky… Nite2… “ Aqilah mencubit2 hidung patung beruang hitam yang dihadiahkan oleh kedua-dua abangnya khas dari Paris.

***********************

Hari Ahad sememangnya hari untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan2. Seluruh ahli keluarga Sir Ahmad berkumpul di meja makan untuk menikmati sarapan pagi bersama2, hanya Aqilah yang lansung tidak kelihatan.

“ Angah, pergi panggil Yaya turun… Makan sekali ramai2… Bukan senang daddy kamu semua ni nak cuti walaupun Ahad. “ Datin Ju mengarahkan Amar. Belum sempat Amar bangun dari kerusi, wangian Lola dari Marc Jacob menusuk ke rongga hidung mereka.

“ Good Morning semua !!! What a beautiful day ! “ Sempat lagi dia berpusing2 di anak tangga seolah-olah sedang menari. Bait2 lagu “Inilah Cinta” ciptaan rakan baiknya sendiri, Akim, dinyanyikannya sepanjang dia menuruni anak tangga.

“ Morning Daddy, Mummy… Sayang daddy dengan mummy ! “ Aqilah mendapatkan kedua-dua ibu bapanya, mereka bersalaman lalu Aqilah mencium pipi mereka tanda sayangnya Aqilah kepada ibu bapanya. Kemudian dia mengambil tempatnya di samping Amar.

“ Morning sweetie… Wah2… Nampaknya cik adik kita ni baik sangat mood dia… Ada apa2 ke ni? “ Aqilah tidak menjawab soalan bapanya, sebaliknya hanya tersengih.

“ Dia nak jumpa ‘kawan siber’ dia kat sekolah esok… Seronok la tu… “ Kata Shahir lalu disuapnya nasi goreng ke dalam mulutnya dengan menggunakan sudu.

“ Aduh… Mana Along tau ni? Jangan2 dia ceroboh diari aku ! “ Wajah Aqilah menjadi sedikit kelat, mula memikirkan pelbagai kemungkinan yang dilakukan oleh abang sulungnya.

**************************

“ Along, mana Along tau kenapa Yaya happy harini? Along baca diari Yaya ek? “ Aqilah bertanyakan kepada Shahir yang asyik berehat di tepi kolam renang sambil membaca majalah.

“ Curlastt Deh… “ Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Shahir.

“ Curlastt Deh? Tu nama blog aku, macam mana Along tau tu aku? “ Aqilah mengomel sendirian.

“ Apa? Pelik kenapa Along tau tu blog Yaya? Biarlah Rahsia… Haha… “ Shahir ketawa mengekek.

“ Alah Along ni… Mengada-ngada ! “ Aqilah mencebik.

“ Alololo… Merajuk? Haha… Gedik sangat… Yaya happy, Along pun happy… “

“ Thanks Along ! Along memang abang yang terbaik dari ZIMBABWE !!! “ LAntas Aqilah memeluk abangnya.

“ Cilakak budak kecik ni… Bila masa pulak aku dari Zimbabwe? Takpelah… “ Shahir sekadar tersenyum.

*************************

Hari yang ditunggu-tunggu oleh gadis itu sudah tiba, dia menyembur minyak wangi kesukaannya ke seluruh badan. Lalu dia turun dan bersalaman dengan seluruh ahli keluarganya. Kali ini dia pergi bersendirian dan hanya akan makan tengah hari di kafe sekolah.

“ Macam manalah agaknya rupa si Skunky ni ek? Hehehe… “ Aqilah memecut laju ke sekolah tetapi masih mematuhi had laju yang ditetapkan.

Setelah 10 minit dia memandu ke sekolah, akhirnya dia tiba di perkarangan sekolah yang tersergam indah itu. Kelihatan seorang jejaka dan seorang gadis terpinga-pinga melihat sekolah itu.

“ Assalamualaikum… Boleh saya tolong? “ Aqilah menyapa mereka berdua, mungkin pelajar baru.

“ Waalaikummussalam, kami pelajar baru. Kat mana bilik pengetua ye? “ Jejaka tersebut membalas namun gadis yang di sampingnya sekadar menggerakan mulut apabila menjawab salam. Mungkin masih malu2.

“ Oh… Jom ikut saya… “ Aqilah mempelawa mereka untuk pergi bersamanya kerana kelasnya berdekatan dengan bilik pengetua.

“ Terima kasih kak, kami masuk dulu ya… “

“ Kak dia panggil aku? Muka aku nampak tua sangat ke? Kurang hasam betol le ! Sabar Aqilah, budak baru lagi tuh… Tak kenal lagi kau siapa… “ Aqilah mengecilkan matanya apabila jejaka tersebut memanggilnya dengan panggilan “kak” namun dibiarkan saja. Lantas dia ke kelasnya.

*****************************

“ Kamu semua, hari ni ada murid baru kat kelas kita. Amanda Adelah. Be nice with her. “ Spicy girls cuba tersenyum kepadanya namun dia tetap dengan muka kelatnya.

“ Adui… Sombong la dia tu… “ Aishah berbisik kepada Aqilah yang duduk di sebelahnya.

“ Alah… Budak baru… Standard la tu… Malu2 kucing lagi… “

“ Ela… Pergi duduk kat tempat kosong tu… “ Adelah melangkah ke tempat duduk yang kosong di sebelah Mimie.

“ Aqilah, sini kejap… Cikgu nak minta tolong. “ Cikgu Linda Jasmine memanggil Aqilah ke hadapan.

“ Ye cikgu? Ada apa? “

“ Saya nak minta tolong kamu cari anak sedara saya kat kelas 6A Slytherin. Dia pelajar baru kat sini, nama dia Hairul Zarif. Panggil dia ke sini ye. “

“ Jauhnya cikgu… Erm, baiklah cikgu… Saya keluar dulu. “ Dengan segera Aqilah mencapai pas keluar kelas yang tergantung berselahan dengan pintu. Dia melangkah lemah, sememangnya kelas tersebut agak jauh dari kelasnya yang berada di blok A dan kelas 6A Slytherin berada di blok E. Dia terpaksa melalui 5 blok yang jauh.

“ Longgar la lutut aku… Sampai sana ambik masa yang lama, nak panggil dia kejap je. Nak jalan balik kelas lagi… Adui… “ Aqilah mengeluh sendirian.

“ Salam Sejahtera Teacher Sandy. Cikgu Linda Jasmine nak jumpa dengan Hairul Zarif. Boleh cikgu? “ Aqilah mengetuk pintu kelas tersebut lalu dia meminta kebenaran dari guru yang berada di kelas tersebut, Teacher Sandy Wong Pei Feng.

“ Baik, silakan ikut dia Arif. “ Teacher Sandy mengangguk.

Aqilah mencari2 siapakah gerangan Hairul Zarif itu. Sesekali dia terlihat Akim dan Aliff melambaikan tangan kepadanya. (Alah… Gedik!) Kemudian seorang jejaka bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arahnya.

“ Hello… Jom la pergi… Mengelamun pulak… “

“ Eh? Kau ni bukan ke yang ikut aku pergi pejabat pengetua? “

“ Ye la… Aku la tu… Sorry sebab aku panggil kau kak tadi. Hihihi ! “ Arif ketawa mengekek.

“ Ah pape je lah… Jom pergi… Jauh aku jalan tau tak, penat ! “ Lantas mereka berdua memulakan perjalanan yang jauh ke kelas 5 Slytherin.

Mereka berjalan bersebelahan, sunyi tanpa sebarang bicara.

“ Kau selalu online Yahoo Messenger tak? “ Aqilah mula berbicara.

“ Erm… Selalu jugak ah… Kau rasa apa nama YM aku? Ada kena mengena dengan binatang yang bau busuk. Haha… “

“ Mr. Skunkz… Hahahaha… Tibai je lah nama2 yang ada kat list YM aku… Aku selalu chatting dengan dia… “

“ Mana kau tau? Betul la tu nama aku? Selalu chatting dengan aku? Ms. Blubby??? “

“ Ok… This is weird… Hahaha… Kau rupanya Mr. Skunkz !!! Jumpa jugak kita akhirnya… “ Aqilah tersenyum ceria.

“ Hahaha… Patutlah time chatting kau tak nak bagitau kau sekolah apa, rupanya kau bakal jadi junior aku. “

Mereka berdua ketawa serentak, barangkali teringat kejadian apabila Arif memanggil Aqilah dengan panggilan “kak”. Mereka tiba di kelas 5 Slytherin dengan gelak ketawa, membuatkan Cikgu Linda sedikit terkejut.

“ Amboi Arif, Aqilah… Gelak sakan nampak… “ Teguran Cikgu Linda membuatkan mereka tersipu malu.

Akhirnya, dua rakan siber ini bertemu. Dalam diam Aqilah mula memendam perasaan kepada Arif yang sering menceriakan dirinya. Namun adakah Aqilah akan melupakan cintanya yang sebelum ini?

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora

Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

(Ku Ada Kamu – Adira)

0 comments:

Post a Comment