About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

10.3.11

Cinta Lagu Kita 8 - Tidak Memiliki

Kelihatan dua gadis Spicy Girls sedang menangis teresak-esak di ruang tamu villa kepunyaan Dato’ Ridwan. Adira dan Mimie hanya mampu berpelukkan sambil ditenangkan oleh Amani. Aishah pula menemani Aqilah di dalam bilik. Dia merangkul kuat Aqilah yang hilang kawalan emosi. Dia meraung, menangis dan menjerit2 memanggil nama Aril bagai orang gila. Beberapa orang pihak polis sedang mendapatkan keterangan dari Mimie dan Adira. Mereka berdua cuba memberikan gambaran keadaan yang sebenar kepada pihak polis. Setelah itu, Inspektor Qhaud meminta bantuan dari balai untuk tugas menyelamat.

Kelihatan Aweera & Vince sedang mengacukan pistol sambil membawa Hafiz & Iwan keluar dari stor itu. Bukan sahaja Aril, Hafiz dan Iwan turut menjadi mangsa kes cemburu di antara Vince dan Aqilah. Namun, Vince kurang bernasib baik kerana Adira sempat mencatat nombor plat keretanya.

“ Mie, jom kita keluar dari sini sebelum diorang perasan kita. “ Adira cuba melangkah ke hadapan namun dia ditarik oleh Mimie.

“ Shhhh… Aril diorang tak bawak keluar lagi… Kau nak mati ke ha? “ Sejurus setelah Mimie berbisik, kelihatan Burn mengangkat Aril keluar lalu memasukkan Aril ke dalam kereta bersama dua lagi rakannya. Mimie dan Adira hanya menunggu masa untuk keluar dari kawasan stor itu.

Dua gadis genit ini bergerak mengundur ke belakang secara berhati-hati agar tidak dikesan. Mereka hampir dapat melarikan diri namun kelihatan Iwan dan Hafiz cuba melawan kuncu2 Vince. Pergelutan berlaku di antara mereka. Kedengaran dua das tembakan dilepaskan oleh Burn dan telah mencederakan kaki Iwan. Hafiz tidak mampu melawan sebaliknya hanya mampu mendiamkan diri atau nasibnya akan sama seperti Iwan.

“ Iwan ! “ Hampir saja Adira menjerit kuat namun mulutnya ditekup oleh Mimie.

“ Babe ! Kau memang nak mati ! Janganlah babe… Kita je harapan diorang… “ Mimie mula mengalirkan air matanya. Adira hanya mampu melihat kereta yang membawa Iwan berlalu meninggalkan kawasan villa. Air mata hangatnya mula membasahi pipi.

“ Iwan !!!!!! “ Adira meraung sekuat hatinya setelah dia betul2 pasti bahawa kereta itu telah hilang sepenuhnya dari pandangan mereka. Dia terduduk lemah dan Mimie memeluknya dari belakang, cuba menenangkan Adira.

************************

Aqilah sedang nyenyak tidur setelah disuntik ubat penenang oleh doktor Farish merangkap doktor keluarga Dato’ Eziani. Kelihatan Datin Juliana dan Stacy berada di sisinya. Stacy telah tertidur di samping adiknya, mungkin keletihan setelah seharian menguruskan dewan sekolah mereka. Maklumlah, STSA bakal menyambut ulangtahun pembukaannya yang ke-45. Stacy sebagai salah seorang AJK yang bertugas, terpaksa ke hulu ke hilir menghias dewan tersebut. Yang bakal datang ke acara gilang-gemilang itu bukan calang2 orang.

Kelihatan dua anak kecil sedang bermain-main di sekeliling rumah kampung yang terletak di Kampar itu.

“ Yaya ! Aril ! Sudah2 lah tu bermain… Sini, mummy ada coklat ni ! “

“ Ok mummy ! Jom Abang Bobo ! “ Aqilah memaut lengan Aril sambil menuju ke arah ibunya yang duduk di bawah pokok.

“ Haih anak mummy ni… Sayang betul kamu kat abang Bobo kamu ni ye… “ Datin Ju mengelap pipi puteri bongsunya yang comot kerana terkena sisa coklat yang dimakan.

“ Ish! Mestilah Yaya sayang… Abang Bobo je yang sayang kat Yaya… Along dengan Angah tu bukan boleh percaya! “ Begitu petahnya anak kecil yang berusia 8 tahun itu berkata-kata. Datin Ju sekadar ketawa kecil melayan kerenah anaknya itu. Aril sekadar diam, sememangnya dia seorang yang pendiam. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Tetapi kalau dia bersama dengan Aqilah dan Akim, lain pula pe’elnya. Sering mengusik dan menyakat.

Kenangan bersama Aril mula bermain-main di fikiran Datin Ju. Hatinya mula sebak apabila melihat gambar Aril tersimpan kemas di dalam purse kepunyaan Aqilah.

“ Aril… Mummy Ju harap kamu selamatlah hendak-Nya… “

Tiba2 kedengaran telefon Iphone berwarna jingga kepunyaan Stacy bordering, namun Stacy masih tidak terjaga dari tidurnya. Datin Ju mengangkat panggilan tersebut, dari Akim.

“ Kakak… Bangun kak… Akim call ni… “ Dia mengejut Stacy yang berada di alam mimpi. Sering juga dia melihat Stacy tersenyum dalam tidur, barangkali bermimpi tetang Nubhan.

Stacy berlalu keluar dari bilik untuk menjawab panggilan tersebut. Anak mata Datin Ju asyik mengekori anak gadisnya itu. Hampir saja Stacy terlanggar pintu yang tidak dibuka, membuatkan Datin Ju ketawa sendirian.

“ Mummy, HP Yaya mana? Akim kata dia call Yaya tak dapat je. “ Tanya Stacy dari sebalik pintu.

“ Ada kat luar agaknya. Dari tadi mummy tak nampak pun. “ Dengan segera Stacy berlalu keluar ke ruang tamu, HP adiknya terletak di atas meja.

“ Ha Akim… Patutlah tak dapat je… Bateri dia kong tahap king kong… “ Stacy memandang skrin Blackberry Bold itu, gelap…

***************************

Aqilah sudah terjaga dari tidurnya setelah tidur hampir 4 jam akibat penangan suntikan ubat penenang yang diberi Doktor Farish. Dia melihat sekeliling bilik itu, yang pasti itu bukan kamar tidurnya. Setelah beberapa ketika, baru dia teringat apa yang telah berlaku. Dia cuba menerima hakikat bahawa rakan baiknya sedang dalam kesusahan.

“ Mana pulak BB aku ni? Kat depan ke ha? “ Dia melangkah keluar dari kamar tersebut sambil mencari-cari telefon bimbitnya. Dia menutup pintu dengan perlahan-lahan agar tidak mengejutkan ibunya yang sedang dibuai mimpi.

Kelihatan Blackberry terletak di atas meja, fully charged. Di suatu sudut, Stacy telah ketiduran di atas sofa. Dengan segera dia mengambil selimut di bilik lalu menyelimutkan kakaknya memandangkan cuaca agak dingin pada malam itu.

Dia berdiri di muka pintu utama villa tersebut. Kelihatan Amani termenung sendirian sambil bersandar di kereta Mini Cooper kepunyaannya. Fikirannya melayang memikirkan keadaan Aril, jejaka yang telah mengisi ruang hatinya yang selama ini kosong. Bukan tiada lelaki yang cuba memikatnya, ramai sekali. Namun, perasaan ingin bercinta jauh sekali. Kini, Aril telah membuka pintu hatinya untuk mengenal erti cinta.

“ Mungkin ke, aku miliki cinta kau Aril? Sedangkan aku tau kau sayangkan Aqilah… Salahkah perasaan ini? Aku ni perampas kebahagiaan orang ke? Jahat sangatlah kau ni Amani… “ Amani berbicara sendirian sambil tersenyum dalam tangisan dan diperhatikanya bintang2 yang bertaburan di langit.

Sedang dia asyik bermonolog, dia terlihat kelibat seseorang di muka pintu. Namun tiada sesiapa di di situ. Mungkin sekadar khayalan saja fikirnya.

Tiada… Yang dapat ku ungkapkan derita ini

Sedalam-dalamnya cintaku padanya

Ku rasa tak mungkin dia ku miliki

Tanpa hembusan ku bernafas

Dengan bayangan ku merantai

Ku paksakan sebuah khayalan

Biar ku lelah, Biar ku lepas

Dia akan selalu ada

Meski ku puja dalam kesedihan

(Masih Tak Miliki-Akim)

“ Maafkan aku Amani… Aku tak sangka kau ada perasaan kat Abang Bobo. Kau terlalu baik dan kau layak untuk menemani Abang Bobo. Sedangkan aku, aku cuma membahayakan dia. Aku yang tak sepatutnya rampas kebahagiaan kau… “ Aqilah terduduk di belakang pintu, ada tangisan yang mengalir di pipinya.

************************

Sudah beberapa hari berlalu, masih tiada perkhabaran dari pihak polis. Subuh menjelang, mereka yang ada di villa tersebut solat secara berjemaah. Setelah selesai solat, mereka tidak lupa untuk berdoa agar segala urusan menyelamat yang sedang di usahakan oleh pihak polis akan berjalan lancar.

Selesai sahaja Aqilah melipat telekungnya, kedengaran telefon bimbit ibunya berdering. Jarang sekali telefon ibunya berdering jika bukan atas sebab2 penting. Dengan segera dia berlari ke arah ibunya, mungkin itu panggilan yang dinanti-nanti. Kelihatan ibunya tekun mendengar apa yang diperkatakan oleh orang yang menelefonnya.

“ Saya mewakili keluarga mereka bertiga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu dan kepada Inspektor juga. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Sekali lagi terima kasih… Assalamualaikum… “ Datin Ju tersenyum riang sambil memandang puteri2nya. Dengan segera dia memeluk Aqilah dan Stacy yang kelihatan terpinga-pinga.

“ Kenapa mummy happy semacam ni? Ada apa mummy? “ Stacy sedikit kehairanan dengan sikap ibunya.

“ Mummy, diorang dah selamat ke mummy? “ Belum sempat Datin Ju menjawab persoalan yang diajukan oleh Stacy, Aqilah menyampuk. Datin Ju sekadar mengangguk sambil tersenyum. Riak wajah yang sering bermuram kebelakangan ini bertukar ceria dengan serta merta.

“ Syukur Alhamdulillah diorang selamat… Tapi, Aril ok ke? “

0 comments:

Post a Comment