About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

7.5.11

Cinta Lagu Kita 13

“ Assalamualaikum Cikgu Linda! Saya bawak perutusan dari ayahanda saya Sir Ahmad yang tercinta untuk bawak Aqilah balik! “ Akim yang tiba2 muncul dari luar kelas 5 Slytherin sambil mengangkat tangannya membuatkan seluruh kelas tersebut terkejut terutama sekali Cikgu Linda. ( Nak wakil pemuda Umno ke apa budak ni? )

“ Bawak aku balik? Awal lagi kot? “ Aqilah menggalas beg lalu menuju ke Cikgu Linda untuk bersalaman dengannya.

“ Apa buat muka pelik? “ Akim bertanyakan kepada Aqilah yang daripada tadi seolah-olah kehairanan. Mereka jalan beriringan menuju ke kereta Jaguar kepunyaan Akim.

“ Kejap, kenapa balik awal ah? “

“ Aku tepuk jugak kepala budak ni nanti… Our daddy kan ada event penting kat Genting Highland malam esok… Event penting untuk Kak Stacy dengan Abang An jugak kan… “

“ Ya Allah… Macam mana boleh lupa ni!!! Baju tak packing lagi… “ Langkah Aqilah terhenti secara tiba2 lalu dia menepuk dahinya. Dia mengosok2 dahinya, sakit pula tetapi sakitnya ditambah lagi setelah Akim menjentik telinganya.

“ Tengok tu! Lupa2… Eee, dia ni… Jom cepat lah! “ Akim lantas menarik tangannya Aqilah lalu mereka masuk ke dalam kereta. Akim lantas memecut laju keluar dari perkarangan sekolah mereka.

**********************************

“ Mak Inah!!! Mana baju2 Yaya? “ Aqilah memanggil pembantu rumah mereka yang asyik berehat di biliknya.

“ Semua Mak Inah dah kemaskan… Sekarang Yaya tinggal mandi, bersiap-siap, tunggu Along dengan Angah balik… Lepastu kita bertolak pergi Genting Highland. “

“ Laa… Susahkan Mak Inah pula dah kemaskan semuanya… Terima kasih… Sayang Mak Inah… “ Aqilah memeluk Mak Inah. Sememangnya Aqilah amat rapat dengan pembantu rumahnya kerana Mak Inah telah bekerja bersama keluarga Sir Eziani sejak Aqilah berumur 3 tahun lagi.

Aqilah asyik membelek almarinya, takut ada baju yang tertinggal manakala Mak Inah hanya duduk dan memerhatikan sahaja dan sekadar tersenyum. Aqilah terlihat sesuatu yang menarik di dalam almari tersebut, 2 pasang gaun yang masih disimpan di dalam plastik.

“ Wahh… Cantiknya gaun2 ni… Siapa belikan? “ Aqilah mengeluarkan sepasang gaun panjang berwarna biru cair dan sepasang gaun putih paras bawah lutut.

“ Yang putih tu abang2 kamu belikan, yang biru tu Akim… “

“ Oh ye? Cantik… Esok dengan lusa Yaya akan gaun2 ni… Mak Inah, tema untuk event daddy nanti warna apa? “

“ Tak silap Mak Inah warna putih… Pakailah yang tu… “

Aqilah tersenyum, gaun biru tersebut seolah-olah gaun Cinderella wannabe. Gaun putih yang dihadiahkan abang2nya memang sudah lama dia mengimpikan baju seperti itu.

“ Sayang Along dengan Angah!!! Dan my boo of course… Hehe… “

**************************

Stacy dan Aqilah sedang berehat di dalam salah sebuah kamar di First World Hotel, Genting Highland. Jam menunjukkan angka 8 malam, awal lagi untuk mereka berdua melangkah ke alam mimpi kerana sudah cukup lama mereka tidur di dalam kereta ketika dalam perjalanan.

“ Kakak, bosan lah… Jom keluar nak? “

“ Yaya nak pergi mana je malam2 macam ni? Sejuk lah… “

“ Entah, Yaya pun tak tau… Kita kan 1st time datang sini, mana tau tempat2 kat sini… Tak pun, cuba call Abang An yang ada kat bilik sebelah. Haha. Mana tau kut2 dia tau mana2 tempat ke, tempat makan pun jadilah. Janji kita keluar dari sini. “ Aqilah bercakap seolah-olah dia bersungguh-sungguh mahu keluar dari hotel tersebut.

“ Gila la Yaya ni… Hotel ni berapa banyak restoran dia ada. Tu pun nak pergi keluar ke? “

“ Oh ea? Macamtu, jomlah pergi. Jomlah kakak… “ Aqilah menarik2 tangan Stacy. Mahu tak mahu, Stacy menurut juga kata2 adiknya. Diikutkan hati, memang dia bosan.

Belum sempat Stacy menelefon Nubhan untuk mengajaknya keluar, sudah ada yang mengetuk pintu.

“ Cy, Yaya… Jom makan! Lapar lah… “ Nubhan seakan-akan membaca apa yang ada di fikiran buah hatinya serta bakal adik iparnya.

“ Yeay! Abang An pandai! Tau2 je yang kitorang memang lapar dan bosan… 100 markah untuk Abang An! Hahahaha… “ Gelagat Aqilah mengundang tawa dari Nubhan membuatkan Nubhan menepuk perlahan kepala Aqilah.

***********************************

Jam sudah menunjukkan angka 10, namun Aqilah, Stacy, Nubhan dan Akim masih belum pulang ke bilik masing2. Malah, mereka bersantai pula bersama Shahir dan Amar di dalam bilik sambil berbual-bual. Sesekali terdengar juga gelak tawa dari mereka yang asyik menonton gelagat Miley Cyrus dalam “Hannah Montana”.

“ Kak, jaga HP Yaya sekejap. Need the toilet. “ Aqilah meminta diri untuk ke bilik air. Tidak lama kemudian, HPnya berdering menandakan mesej baru.

Stacy seolah-olah ingin tahu apa isi kandungan mesej tersebut, lalu dia menggunakan kuasanya sebagai seorang kakak untuk membaca mesej tersebut. Dia menjungkit keningnya sebagai tanda tidak faham apa yang ditulis di dalam mesej tersebut. Apa yang dia tahu hanyalah siapa penghantar mesej tersebut namun dia berdiam diri apabila 4 jejaka yang lain bertanya tentang mesej tersebut.

你好?我想让你知道,我仍然爱你。我希望你能原我,我过去的错误。我知道 我做了很多错误。但要住,我会永远爱你
爱的
Erul

“ Kak, mesej dari siapa? “ Aqilah keluar dari tandas dengan kadar segera setelah mendengar bunyi dari HPnya.

“ Err… Dari Erul… Tapi apa yang dia tulis akak pun tak tahu.“ Stacy menyerahkan kembali HP tersebut kepada Aqilah. Memandangkan Aqilah pernah belajar bahasa Cina, dia sedikit terkejut dengan mesej yang dihantar Erul.

How are you? I want you to know that i still love you. I hope you will forgive me for my past mistake. I know I had done many mistakes. But remember, I will always love you.
Your love one,
Erul

Sebaik sahaja dia membaca mesej tersebut, dia lantas keluar dari bilik kedua-dua abangnya. Tindakan Aqilah membuatkan Akim ingin tahu apa isi kandungan mesej tersebut. Bibit2 cemburu mula mekar di dalam hati Akim.

***********************************

Sudah hampir setengah jam Aqilah pulang ke bilik, membuatkan adik-beradiknya yang lain menjadi khuatir. Lalu Shahir menyuruh Stacy untuk mencarinya.

“ Yaya… Where are you? “ Stacy mengambil keputusan untuk mencari adiknya dengan pulang ke bilik terlebih dahulu.

Tiada lansung kelibat Aqilah di dalam bilik tersebut, Stacy menjadi semakin khuatir. Ke mana agaknya adiknya itu menghilangkan diri? Setelah dia mengunci semula bilik tersebut, Stacy mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik abang-abangnya semula.

“ Along, Angah… Yaya takde kat bilik! “

Shahir dan Amar lantas berdiri, sedikit terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Stacy.

“ Jom pergi bilik Mummy dengan Daddy. Mana tau dia ada kat sana ke? “ Shahir segera mencapai barang2 penting yang diletakkan di atas meja seperti jam, kunci bilik serta dompet. Mereka berlima dengan segera menuju ke bilik Sir Eziani memandangkan bilik tersebut agak jauh dari mereka.

Setibanya di bilik tersebut, Amar mengetuk pintu. Ketukannya agak kuat, mungkin dia berasa sedikit cemas. Sir Eziani membuka pintu dan hairan akan kehadiran mereka.

“ Ada apa kamu semua datang sini? Kakak, mana Yaya? “

“ Eh? Yaya takde kat sini ke? Kami semua tengah cari dia ni. “ Shahir menjadi semakin bimbang. Sir Eziani membulatkan matanya setelah mendengar kata2 Shahir.

Perbualan mereka semua tiba2 sahaja tertumpu kepada siaran berita. Shahir tiba2 sahaja rasa tidak sedap hati. Dia dengan segera berlari meninggalkan mereka yang lain. Dia ingin memastikan sesuatu. Mungkin itulah yang diperkatakan firasat seorang abang. Dia melangkah dengan pantas ke arah tempat letak kereta yang seakan-akan menjauh dari dirinya walaupun hakikatnya dia semakin hampir. Tepat sekali kata hatinya, tanpa disedari dia mengalirkan air matanya.

0 comments:

Post a Comment