About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

28.5.11

Cinta Lagu Kita 14

P/S Sorry coz dah lme sgat x update.... Please forgive me & enjoy the story... (^_^)

Rancangan yang sedang disiarkan terpaksa kami ganggu seketika untuk menyiarkan berita terbaru. Genting Highland, Pahang. 5 buah kereta terlibat di dalam sebuah kejadian tanah runtuh yang tiba2 sahaja berlaku kerana hujan yang agak lebat kira2 setengah jam yang lalu. Kelima-lima buah kereta tersebut tertimbus di dalam runtuhan tersebut. Kesemua mangsa telah Berjaya dikeluarkan dari runtuhan. 6 orang mangsa disahkan meninggal dunia manakala 3 orang lagi cedera parah manakala hanya seorang mangsa yang mengalami cedera ringan dan mereka telah dihantar ke hospital untuk dirawat. Menurut saksi, perlanggaran di antara dua buah kereta itu berlaku sebelum berlakunya kejadian tanah runtuh. Kemalangan tersebut telah menyebabkan 3 buah kereta yang berada di belakang terpaksa diberhentikan.

Siaran berita tersebut masih terngiang-ngiang di telinga Shahir, bagaimana dia boleh tidak sedar bahawa adiknya itu telah mengambil kunci keretanya yang terletak di atas meja? Dia duduk di atas kerusi yang disediakan di hospital sementara ibu bapanya menguruskan urusan hospital. Dia cuba menghangatkan dirinya dengan memegang bahu adiknya yang sedang nyenyak tidur dengan berselimut tebal kerana kesejukan.

“ Yaya, Yaya… Kenapalah adik Along sorang ni suka buat kerja gila? Untunglah nasib kamu baik, sebelum tanah tu hempap kereta, kamu sempat keluar ikut tingkap kereta dulu. Kalaulah kamu tak sempat…… “ Shahir tidak mampu melanjutkan kata-katanya. Di dadanya muncul satu perasaan hiba yang tidak pernah di alaminya.

“ Along, jom kita balik. “ Stacy memanggil Shahir yang seolah-olah berada di dunianya sendiri. Dia dengan segera mendukung Aqilah di belakangnya dan menuju ke arah keluarganya.

Satu persoalan asyik bermain-main di fikiran Shahir, apa yang menyebabkan adiknya nekad keluar memandu sendirian pada waktu malam begini? Setahu dirinya, adiknya tidak berani keluar memandu pada waktu malam sebegitu, hendak pula di tempat yang asing bagi dirinya.

*************************

Stacy membelek2 IPhone kepunyaannya, masih tidak boleh melelapkan matanya walaupun sudah larut malam. Dia membelek2 pula galeri gambar di HP kepunyaan Aqilah, makin bosan. Apa yang dilihatnya Cuma Akim dan B2ST. Itu sahaja yang memenuhi ruang galeri HP tersebut. Namun, beberapa gambar di galeri tersebut telah mencuri perhatiannya.

“ Erul? Yaya… Dia masih sayangkan Erul ke? “

Stacy mengeluh. Sukar untuk memahami hati adiknya. Mencintai dua orang dalam satu masa, bagaimana agaknya perasaan tersebut? Dia cuba memahami namun tidak mampu, hatinya hanya untuk Nubhan. Baginya perasaan itu boleh dikatakan tamak, atau mungkin tidak? Sekali lagi dia mengeluh. Stacy cuba melupakan apa yang sedang difikirnya, lalu dia membuka catatan panggilan di BlackBerry tersebut.

“ Wanted? “ Dia sedikit terkejut dengan apa yang dilihatnya. ‘Wanted’ dan itu bukan nombor kepunyaan Akim atau sesiapa sahaja dalam keluarga mereka. Dia tahu, nama2 yang pelik hanya akan diletak oleh adiknya jika seseorang itu sangat bermakna bagi diri adiknya. Jadi, siapa pula gerangan ‘Wanted’ ini? ‘Wanted’ mungkin bermakna adiknya itu memerlukan orang tersebut. Pelbagai persoalan timbul di mindanya, dia cuba merungkai misteri tersebut dengan bertanyakan kepada Shahir.

“ Along, tau tak tu nombor siapa? Sebab Stacy rasa curigalah. “

“ Hmm… Along rasa kalau difikir-fikirkan balik, Stacy pun tahu tu nombor siapa. Baik kamu fikir sendiri. “

Kata-kata Shahir membuatkan Stacy berfikir sejenak. Wajah Erul berlegar-legar di fikirannya. Dia hanya mampu berdiam diri setelah mengetahui siapakah di sebalik nama ‘Wanted’.

“ Erul…… Along rasa dialah puncanya. “ Shahir mengerutkan dahinya, timbul perasaan geram di dadanya. Menggenggam buku limanya dan menumbuk dinding.

*************************************

Malam yang dinantikan tiba. Hari yang penting untuk Sir Eziani dan Sir Ahmad kerana mereka telah mengadakan Majlis Reunion bersama rakan2 lama mereka ketika mereka semua belajar bersama. Semua tetamu tampil elegan dan bergaya dengan mengenakan busana putih. Keluarga Sir Eziani dan keluarga Sir Ahmad adalah yang terakhir tiba di majlis tersebut.

“ Babe! Miss you… Hey, what happened? “ Aishah berpelukan dengan Aqilah, sedikit terkejut dengan pergelangan tangan Aqilah yang berbalut.

“ Tercedera sikit je ni… Ni kes tak tengok berita la ea? “

“ Berita? OMG, you terlibat dalam kejadian semalam ke? “ Aishah seolah-olah risau, Aqilah hanya mengeluh kecil. Dia Cuba tersenyum dan mengangkat ibu jarinya menandakan dia ok.

“ Babe, Amani should be here today right? So, mana dia? “ Aqilah melihat sekeliling, cuba mencari ‘bekas’ rakannya. Dia sendiri tidak pasti sama ada dia sudah bersedia untuk berdepan dengan Amani, yang kini menganggotai kumpulan SweetDoly, kumpulan perempuan yang agak gangster di sekolah mereka.

“ Yaya, sini kejap. Daddy nak kamu jumpa kawan-kawan daddy ni. “ Sir Ahmad memanggil puteri bongsunya supaya bersama adik-beradiknya yang lain. Mungkin sudah adat orang-orang kenamaan untuk berjabat tangan tidak kira bersama yang tua atau muda. Selesai sahaja abang dan kakaknya bersalaman bersama rakan bapa mereka, tiba gilirannya pula. Dia cuba menyembunyikan kepedihan yang dirasai apabila dia bersalaman dengan kesemua rakan bapanya.

“ Yaya, ok ke ni? “ Amar menjadi sedikit cemas ketika adiknya tiba2 sahaja menarik tangan ketika bersalaman, mungkin masih sakit. Membuatkan rakan bapanya berasa sedikit bersalah.

“ Takpe, takpe… Sikit je ni. Angah, Yaya pergi toilet kejap ye. “ Aqilah berlalu pergi sambil memegang tangannya yang tercedera itu.

Ketika berada di dalam tandas wanita, Aqilah mengeluh panjang. Dia bersandar di sinki, nampaknya terpaksalah dia menukar balutan tangannya supaya tiada yang perasan bahawa lukanya berdarah semula. Dia mengeluarkan ubat dan pembalut baru dari beg tangannya.

“ Nampaknya ada orang cedera… Kesian dia. Tu lah, keluar malam2 buta Cuma sebab nak jumpa kekasih lama. Tak sangka kan? Ada jugak orang bodoh macam kau ni. “ Tidak disangka-sangka Ela memasuki tandas itu, lalu dia menunjal dahi Aqilah.

“ Yang kau nak spy aku kenapa? Sayang sangat kat aku sampai semua benda aku buat kau tau? “ Kata-kata Aqilah membuatkan Ela terdiam seketika.

0 comments:

Post a Comment