About me

My Photo
Rabbit Prepix
Assalamualaikum n Annyeonghaseyo! Jom2 ah follow blog neh... Nothing special... Juz bout my simple life. *Bwara miss simple simple.... Oopss...* Kekeke... I;m a total kpop lovers, if tanya aku psal lgu malay n english... Mmang aq xkan tau punye ah... Hehehe... So stay coolz 4evah! Annyeonggaseyo! Pai Pai!!!
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

YoSeob

31.1.11

Cinta Lagu Kita 6 - Gadis Impianku


“ Senior !!! My god… What happened to our beloved prince, girls? “ Deanna, Selina dan Natasya berlari masuk ke dalam wad. Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Akim, membuatkan Akim menelan air liurnya. (Ergh ! Dubuk2 Lion King dah sampai !) Tidak lama kemudian, seseorang melangkah masuk ke dalam wad tersebut, namun langkahnya terhenti apabila melihat tiga gadis itu berada di samping Akim.

“ Eh? Apa betina ni buat kat sini? Dia cuba nak goda you ke, Senior? “ Kata2 Natasya membuat Aqilah bengang, namun dia cuba mengawal perasaannya. Jika bukan Akim atau Aril yang berada di wad itu, sudah lama 3 sekawan itu dibelasahnya.

“ Ehem… Siapa goda? Aku? Takde kerja aku nak goda mamat senget ni… Baiklah aku goda pak guard ke, tukang kebun ke, beruk ke… Semua lagi handsome dari dia ni lah… Setakat apa, ‘Prince’ korang ni… Aku pandang sebelah mata je pun tak layak tau ! “ Aqilah duduk di kerusi yang berada di samping Akim sambil mengupas epal dengan sebilah pisau. Kata2 Aqilah membuatkan Akim terkedu. (Amboi… Melampau adik aku sorang ni… Nak mengelak pun agak2 ler beruk lagi handsome dari aku… Caittt !!!)

“ Eleh… Cakap je lah yang kau tu, gila bayang ! Senior tak hadap lah dengan kau ni… By the way, yang kau sibuk2 sangat datang sini buat apa? Kau bukannya rapat dengan dia pun… Menyibuk je ! Lain la dengan kitorang, kitorang ni girlfriends dia. “ kata Selina dengan angkuh sambil merenung tajam ke arah Aqilah.

“ Girlfriends? Gila ke abang aku ni? “ Bicara Aqilah perlahan. Dengan sengaja Aqilah mengacukan pisau ke leher Akim.

“ Ooh… Girlfriends? Layak betul… Lelakinya gila, perempuannya sewel… Aku? Aku bukan siapa2, aku Cuma kawan dia since baby. Korang ada? Tapi, agak2 nak dia mati cepat tak? Kalau tak nak, dipersilakan keluar dari sini… “ Jawab Aqilah dengan tenang namun ada nada geram. Akim semakin resah apabila pisau itu semakin dekat dengan lehernya. (Dia ni nak ganti Vince ke? Tak guna punya Vince, sebarkan virus kejam kat ex kau ni!)

“ Ergh ! Kau jangan ingat ayah korang kawan baik, kau boleh buat suka hati je ! “ Deanna menunjal dahi Aqilah.

“ Korang betul2 tak sayang dia kan? Aku cakap keluar lah… If tak nak, sila pilih antara nak aku kelar kat leher ke kat tangan lagi sebelah tu? “ Aqilah bermain-main dengan pisau yang dipegangnya sambil mengacu ke arah Akim.

“ Ya Allah… Apa dah jadi? Kekejaman menular… Vince ! Ni semua kau punya pasal ! “ Akim terkedu melihat Aqilah yang asyik bermain dengan pisau itu. Sesekali dia membulatkan matanya setiap kali mata pisau itu hampir sahaja terkena matanya.

Dengan segera mereka bertiga keluar lalu memberitahu hal ini kepada jururawat yang berada di bahagian kaunter.

“ Nurse, tolong… Ada orang nak bunuh pesakit kat wad ni… Kat bilik hujung tu… “ Deanna berharap agar Aqilah akan diheret keluar apabila dia memberitahu hal ini. Dengan segera beberapa orang jururawat pergi ke bilik di mana Akim dan Aqilah berada.

“ Padan muka kau… Biar kau kena halau keluar ! “ Detik hati Deanna sambil terseringai. Namun rancangannya gagal apabila melihat kemesraan dua rakan itu yang asyik bergurau. Terkebil – kebil mata Aqilah melihat begitu ramai jururawat yang masuk.

“ Ada apa ni nurse? “ Kata Akim yang sedang terpinga-pinga itu.

“ Cik ni kata, cik tu nak bunuh encik… Betul ke? “ kata salah seorang daripada mereka sambil menunjukkan ke arah Aqilah.

“ Eh? Hahah… Dia nak bunuh saya? Pijak semut pun tak mati la jawabnya kalau dia ni… “ Kata Akim sambil ketawa berdekah-dekah.

“ Awak jangan pandai2 buat cerita ya. Jangan sampai awak yang kami suruh keluar sebab mengganggu ketenteraman pesakit. “ Marah jururawat itu. Kesal dengan tindakan Deanna dan rakan-rakannya.

“ Padan dengan muka diorang… Hehehe… “ Bisik Akim kepada Aqilah. Aqilah sekadar terseringai. (Hohoho… Hamikkkk !!!)

***************************

“ Mie, papa I suruh I ambik kunci villa kat Uncle Sam ah… Teman I jom ! “ Hafiz mengajak Mimie untuk menemaninya ke villa lamanya di pinggir Kuala Lumpur.

“ Alah… Kalau pergi berdua je malaslah… Ajak orang lain ok? “

“ Ermm… Ajaklah Adira ke, Amani ke, Aishah ke… The more, the marrier ! “

“ Emm… Kejap, biar I call diorang. “ Dengan segera Mimie menelefon rakan2nya.

“ Hello, babe… Teman I dengan Hafiz… Alah, date ke… Takpe lah… “ Sedikit kecewa dengan jawapan Aishah.

“ So? Siapa yang boleh ikut? “

“ That’s mean, Adira je la… Aishah date dengan Aliff, Amani pulak buzy tolong papa dia. Alang2 ada Adira, ajaklah Iwan kan? Hehehe… “ Mimie mengangkat-angkat keningnya sambil tersenyum kepada Hafiz. Sejak akhir2 ini, dirinya mula rapat dengan Hafiz. Aliff sudah Berjaya disatukan dengan Aishah, jadi memang mereka berempat pernah merancang untuk menyatukan Adira dan Iwan kerana sudah sekian lama Iwan memendam perasaan terhadap gadis kecil itu.

“ Hello bro… Teman aku dengan Mimie pergi villa lama tu. Boleh kan? “ Dengan segera Hafiz mencapai telefonnya dan menelefon Iwan.

“ Ah? Ala… Malaslah bro… Kau pun satu, nak kacau time aku tidur… Lagipun, malaslah nak kacau kau dengan Mimie dating… “ Kedengaran Iwan masih mamai lagi.

“ Eh? Dating pulak… Pandai2 je… Bila masa kitorang dating ha? Tak nak ikut takpe… Biar aku kebas awek kau sekali… “ Hafiz cuba mempermainkan Iwan.

“ Awek aku? Siapa? “

“ Kau kata tak nak ikut… So, Adira aku punyalah ! Hahahah ! “

“ Ahhh !!! Takde2 ! Dia hak milik kekal aku ! 10 minit aku siap ! “ Sengaja Hafiz membiarkan loudspeaker terpasang, memudahkan Mimie untuk mendengar kekecohan mamat skateboard itu. Dengan tidak semena-mena Mimie dan Hafiz ketawa berdekah-dekah.

**************************

Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang, tiada suara yang keluar dari mulut Adira. Jika ditanya, jawapannya hanya mengangguk atau menggeleng.

“ Dira sihat? “ Iwan cuba menegur. Adira sekadar mengangguk perlahan. Mimie yang berada di sebelah Adira menepuk dahinya. (Aduh kawan aku ni… Pemalu sangat !)

“ Payah betul la dia ni, Fiz… Apa lagi aku nak tanya ha? Mati akal dah ni… “

“ Rilex dulu bro… Jangan gopoh, nanti kat sana ada port baik punya… Cantik… Boleh la jadi tempat sesi luah perasaan… Hahaha… “

Setibanya di sana, Mimie dan Hafiz segera ke pejabat di mana tersimpannya kunci2 bilik villa tersebut dan meninggalkan Adira dan Iwan berdua-duaan. Dengan segera Iwan mengajak Adira ke tasik yang terletak di tepi villa tersebut.

“ Dira… Dira orang Sabah kan? “ Iwan memulakan perbualan namun Adira tetap sekadar mengangguk.

“ Iwan suka orang Sabah. Baik je… Dulu masa umur Iwan 10 tahun, Iwan pernah stay 2 tahun kat K.Kinabalu sebab mama ada urusan. And mungkin Adira lupa, yang kita pernah jadi kawan kat K.K. and Iwan sure budak comel tu Adira. “ Iwan tersengih apabila dia teringat kisahnya di K.Kinabalu.

“ Iwan ni budak gila skateboard tu ke? Yang suka tarik rambut Dira dulu? Betul ke ni? “ Adira membulatkan matanya yang memang sudah sediakala bulat.

“ Dira masih ingat parut ni tak? “ Iwan menyelak rambut depannya lalu menampakkan bekas parut di dahinya.

Di kawasan pendalaman Kota Kinabalu, Sabah…

Seorang budak lelaki asyik merendam kakinya di dalam air sungai yang sejuk itu sambil memeluk skateboard yang baru saja dihadiahkan oleh ayahnya.

“ Wei budak, bagi kami itu skateboard bha. Cantik seyh… “ Sekumpulan remaja lelaki menghampiri Iwan.

“ Ah ! Tak boleh ! Ni aku punya ! “ Iwan memeluk seerat-eratnya skateboard itu seolah-olah lansung tidak mahu melepaskannya.

“ Wah, budak ni mesti budak semenanjung… Berani dia bha mau lawan kita… Kalau kamu nda mau bagi, kami rampas saja ! “ Salah seorang dari mereka mula mencekak kolar leher Iwan namun Iwan tetap enggan melepaskannya. Tindakan Iwan membuatkan salah seorang dari mereka bertindak agesif dengan menolak Iwan. Ada pula yang membaling batu dan menyebabkan dahi Iwan berdarah.

“ Eh kamu semua ! Lepaskan dia lah ! Nanti aku report kamu semua ama datuk aku bha ! “ Muncul seorang gadis kecil molek yang beraut wajah cina.

“ Eh… Cucu ketua kampung lah ! Maaf Dira, kami semua nda buat apa2 bha ama dia… Nda usah bilang ama ketua kampung bha ! “ Dengan segera mereka semua melarikan diri. Sememangnya gadis itu dihormati kerana berstatus cucu kepada ketua kampung mereka.

“ Awak ok ke? Biar saya tolong lapkan. “ Dengan segera Adira membasahkan sapu tangannya dengan air sungai lalu mengelap darah yang mengalir dari dahi Iwan.

“ Saya ok je… Nama awak siapa? Saya Hazwan, panggil je Iwan… Dari Negeri Sembilan. “ Iwan menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“ Saya Adira, panggil Dira cukup… Jadi awaklah budak semenanjung yang datuk saya cakap tu… Jomlah saya teman awak balik. Kat sini memang ramai budak2 jahat, tapi takpe, diorang semua takut dengan saya sebab saya cucu ketua kampung ni… Awak tinggal kat mana? “ Adira menyambut tangan Iwan lalu membantunya untuk bangun.

“ Saya tinggal kat sana tu je… Tak jauh kan dari rumah awak? “ Iwan menunjuk ke arah sebuah rumah yang di depannya berdiri megah sebatang pokok manggis dan tergantungnya sebuah buaian.

“ Hahaha… Selang dua rumah je rupanya… Kita kawan ok ! “ Adira memberikan senyumannya kepada Iwan sehingga menampakkan giginya yang comel dan rata. Entah kenapa, tangan Iwan gatal sahaja menarik sehelai rambut Adira.

“ Aduh… Apa pulak main tarik2 rambut ni Iwan? “ Adira menggosok2 kepalanya, sakit rasanya bila rambutnya tercabut walaupun Cuma sehelai.

“ Emm, rambut awak perang… Nanti Iwan masukkan rambut Dira dalam frame gambar yang kecik dan comel. Supaya bila Iwan dah balik semananjung nanti, Iwan akan sentiasa ingat kat Dira. Hehehe… “ Iwan tersengih dan menampakkan giginya yang putih tetapi tidak cukup sebatang.

Iwan dan Adira ketawa apabila teringat kisah bagaimana mereka berdua boleh bertemu. Memang lucu jika diingat kembali kisah lalu.

“ Hahaha… So, Dira masih ingatkan dengan rambut ni? “ Iwan mengeluarkan sebuah frame yang kecil lagi comel dari beg sandangnya.

“ Laa… Dira ingat dulu Iwan bergurau je pasal nak framekan rambut tu… Betul2 rupanya… “ Adira sedikit terkejut dengan apa yang ditunjukkan oleh Iwan namun masih bisa tersenyum.

“ Iwan akan simpan rambut ni sampai bila2… Sebab, Iwan nak ingat Adira sampai bila2. “ Iwan bersuara perlahan.

“ Eh? Kenapa pulak? “ Adira sedikit terkejut.

“ Sebab… Iwan sayang Dira… Iwan suka Dira… Dira suka Iwan tak? “ Iwan mendekati Adira dan berbisik perlahan. Membuatkan Adira menjadi serba tak kena, mukanya merah dengan serta merta. Lidahnya kelu untuk membalas.

“ Dira… Hello… Dira… Dira ! “ Iwan melambai-lambaikan tangannya di hadapan Adira yang asyik termenung jauh ke penghujung tasik itu. Akibat tiada tindak balas, Iwan menepuk tangannya dengan agak kuat, membuatkan Adira terkejut dan hampir melompat ke dalam tasik yang agak dalam itu.

“ Ish Iwan ni… Pukul kang ! Buat Dira terkejut je tau ! “ Adira mencebik. Risau juga jika dirinya terjatuh ke dalam tasik, tak tahu berenang pulak tu.

“ Dah tu… Dira termenung je bila Iwan tanya… So Iwan buat la macam tu… Dira, please answer me… “ Dengan spontan, Iwan memegang erat tangan Adira. Matanya yang bersinar memandang tepat ke dalam mata Adira.

“ Iwan… Hmm… How should I tell you… Honestly, I don’t like you… “ Adira bersuara perlahan. Iwan tergamam dengan jawapan Adira. Dilepaskannya tangan Adira secara perlahan. Hancur hatinya, ingin sahaja dia menangis di situ. Melihat keadaan Iwan, dengan segera Adira pula yang memegang erat tangan Iwan.

“ Hey, I don’t like you.... Because I love you… “ Adira bersuara seakan-akan memujuk. Dia memegang perlahan pipi Iwan yang sejuk dengan tangannya yang hangat. Hati Iwan kembali berbunga, gadis impiannya kini bukan lagi impiannya namun miliknya.

“ Adira Anina Hak Milik Kekal Jimmy Hazwan !!!!!!!!!!!!! Yahoooo !!!!! “ Iwan menjerit ke arah tasik, membuatkan Adira ketawa. ( Senget lah dia ni ) Tanpa disedari, rupanya Hafiz dan Mimie sudah lama memerhatikan mereka berdua dari belakang pokok. Masing2 tersenyum kegembiraan.

“ ADIWAN !!! Jom la tolong kitorang angkat barang ! Jangan la asyik dating je ! “ Hafiz memanggil mereka dari tempat simpanan barang di keretanya yang sarat dengan barang.

“ Eh2? Adiwan? Sedap pulak nama tu… Haha… Okeh bro ! “ Iwan mengangkat ibu jarinya tanda setuju.

Mereka berempat saling bantu – membantu untuk mengangkat barang2 perhiasan serta barang2 keperluan untuk villa tersebut. Memang sudah menjadi niat Dato’ Ridwan merangkap ayah kepada Hafiz untuk membaik pulih villa using itu. Villa itu mempunyai banyak perkara pahit manis yang dilalui oleh mereka sekeluarga. Kini, di hadapan villa itu juga menjadi tempat bersejarah Iwan dan Adira.

“ Fuhh… Siap jugak akhirnya… Rasa nak tercabut pinggang aku ni… Haha… “ Hafiz melepaskan lelahnya.

“ Tu la pasalnya Fiz… Eh, Mie… Dira mana? “ Iwan sedikit hairan, ke mana pula si Adira ni merayau?

“ Tadi dia kata dia nak pusing2 kat villa ni… Tapi aku rasa dah terlebih lama dah ni… “ Mimie bersuara sedikit cemas.

“ Alah… Rilex la Wan… Kejap lagi pandai2 lah dia balik sini. Kau ingat villa kitorang ni kota sesat ke apa? “

Setelah hampir sejam berlalu, mereka masih tidak nampak bayang Adira. Suasana menjadi agak cemas.

“ Fiz, jom la cari dia… Aku risau lah… Lama sangat dah ni… “ Iwan mula cemas. Lalu mereka bertiga memulakan langkah untuk keluar.

“ Wan, Fiz, Mimie… Tolong ! “ Kedengaran suara Adira dari luar pintu. Dia kelihatan termengah – mengah, baju dan tangannya ada kesan2 darah.

“ Dira, what happened? “

29.1.11

Cinta Lagu Kita 5 - Janji


“ Vince, please… Leave him alone ! Dia takde kena mengena dengan hal kita ni ! If you nak sangat bunuh orang, bunuh je I !!! “ Aqilah menarik pisau yang diacukan ke Akim dan mengacukan ke dirinya sendiri. Dia redha jika Vince benar2 melakukannya. (Abang Aril… Where are you when we need you?)

“ Ok fine ! This time I mengalah… But remember ! I’ll Be Back ! Ingat ni, kalau you berani report polis, hidup you takkan tenteram ! “ Hendak sahaja Vince mencederakan Akim tetapi kasihan pula dia melihat keadaan mantan kekasihnya yang menangis tiada henti. Masih ada sisa sayang Vince kepada Aqilah.

Sebaik sahaja Vince beredar, dengan serta-merta Akim rebah. Aqilah dengan segera mendapat Akim apabila terlihat darah yang mengalir dari tangan Akim. Rupanya Vince sempat mencederakan Akim ketika Vince dan Akim bertemu seketika tadi.

“ Daddy… Daddy please help me… Panggil sesiapa naik atas ni untuk tolong Yaya bawak Akim pergi hospital, daddy… Akim cedera, daddy… Hurry !!! “ Dalam keadaan kelam-kabut, Aqilah menelefon Dato’ Eziani sambil memangku Akim yang lansung tidak bermaya. Semakin banyak darah mengalir dari tangan Akim, semakin banyaklah air mata yang menitis dari mata Aqilah.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Aqilah hanya mampu memegang erat tangan rakan karibnya yang sudah dianggap seperti abang sendiri. Kemudian, dia dimasukkan ke ICU, doktor mengesahkan Akim telah kehilangan banyak darah namun nasibnya baik kerana hospital banyak simpanan darah. Aqilah hanya mampu duduk di bahagian luar unit itu dan menunggu.

**************************

“ Cepatlah Aliff… You ni lambat sangat lah… “ Aishah menarik lengan Aliff sambil berlari-lari anak ke butik Gucci. Tangan Aliff penuh dengan beg shopping.

“ Mampus aku… Dapat awek SHOPAHOLIC la pulak… “ Keluh Aliff dalam hatinya. Entah macam mana, hatinya terpaut pada kemanisan Aishah, membuatnya sukar untuk melupakan raut wajah yang ala2 barbie doll itu. Jadi dia memberanikan diri untuk meluahkan perasaan. Dia amat bernasib baik kerana Aishah turut mempunyai perasaan yang sama terhadapnya.

“ You, baju ni padan tak dengan I ? Baju ni sweet lah, “ Always Loving Him Until My Last Breath “… Awww… “

“ Hahah… Ok lah tu… Tapi nak beli baju tu ada syarat, kena ikut apa yang baju tu tulis. Hehehe… “ Aliff mencuit pipi Aishah yang gebu itu. Dia tidak pernah jemu melayan kerenah Aishah.

Girl, I need a girl…

Mweolhaedo eeppeun

Mommaedo eeppeun
Girl, I need a girl
Baby, I need you
Girl, you need me, too

“ Hello… Waalaikummussalam… Ha? Ok2… I’ll be there in 10 minutes ! “ Dengan segera Aishah mengajak Aliff untuk keluar dari Pavillion dan menuju ke hospital.

*************************

“ Babe !!! Sorry I’m late ! “ Aishah dan Aliff berlari-lari anak ke arah Aqilah. Kelihatan rakan2 mereka yang lain sudah berada di sana kecuali Aril. Aqilah yang bermata bengkak hanya mampu tersenyum kelat, bagai tiada gula dalam kopi.

“ Bro, Aril mana? “ Aliff menegur Hafiz yang berdiri di samping Iwan.

“ Entah… Berapa banyak kali dah aku call and text dia, tapi phone dia off. “

“ Aku pelik la dia ni… Hilang macam tu je… At least bagitau lah dia ada kat mana ! Benci pulak aku dengan perangai dia yang suka hilang macam tu je ! “ Iwan berasa agak marah dan kecewa dengan perangai rakannya itu. Sepatutnya Aril orang yang pertama tiba di situ kerana Akim ialah rakannya yang paling karib, bukannya orang lain.

“ Mana kau pergi Ril ? Akim dengan Aqilah really needs you now… “ Bicara Aliff sendirian.

*********************

Di sebuah villa yang using dan terpencil, kelihatan dua lelaki bertubuh sasa berdiri di hadapan salah sebuah bilik di villa tersebut.

“ Ambik kau ! “ Kelihatan seseorang sedang membelasah seorang lelaki. Bertubi-tubi tumbukan dan sepakkan hinggap di pipi dan perut lelaki tersebut. Darah mengalir dari setiap tempat yang dibelasah.

“ Baru puas hati aku… Korang jaga tempat ni betul2… “ Dia melangkah keluar dari bilik tersebut setelah lelaki yang dibelasahnya itu pengsan.

****************************

“ Yaya… Pergilah makan dulu… Dari tadi Yaya kat sini… Kakak tak nak Yaya pulak yang sakit nanti… “ Stacy Cuba memujuk adiknya untuk makan walaupun Cuma sesuap. Sedih dia melihat adiknya dalam keadaan begitu.

“ Nanti2lah kak… Yaya takde seleralah… Kalau Yaya lapar, Yaya makan ok… “ Aqilah masih enggan makan. Sejak Akim dipindahkan ke wad biasa, dia asyik menanti Akim untuk sedar sehingga tidak perasan waktu telah hampir 4 jam dia berada di situ dan dia lansung tidak makan sebelum dia ke pejabat ayahnya petang tadi.

“ Yaya… Please… Kakak merayu kat Yaya, jangan macam ni… Akim mesti tak suka if dia tahu Yaya sakit sebab nak tunggu dia kan? “ Stacy memeluk erat adiknya, tiada kakak yang sanggup melihat adik sendiri dalam kesakitan.

“ Ok kak… Akak jangan la sampai nak nangis macam ni… Buat Yaya bersalah je… “ Aqilah mencebik, konon2nya merajuk. Tindakan Aqilah mengundang tawa dari Stacy dan Nubhan.

“ Hahaha… Apalah korang ni… Dah, you pergi teman Yaya makan. Biar I tunggu Akim kat sini… Yaya jangan risau lah, Abang An ada je ni… “ Nubhan menepuk perlahan kepala Aqilah. Aqilah sekadar mengangguk tanda setuju.

Aqilah dan Stacy melangkah keluar dari wad tersebut dan menuju ke sebuah kedai kecil. Stacy berjalan lebih cepat dan Aqilah hanya mengekori dari belakang.

“ Yaya nak makan apa? Hari ni kakak belanja… “ Sunyi, tiada sebarang jawapan. Dengan segera Stacy menoleh ke belakang, kelihatan Aqilah sudah rebah ke tanah.

**************************

“ Uhh… Kat mana ni ? “

“ Sedar pun… Syukur… “ Stacy memeluk erat adik kesayangannya itu. Sempat lagi dia mencubit lengan Aqilah.

“ Aduhh… Kenapa cubit orang ni? “

“ Tu la kamu, degil sangat ! Dah tau diri tu ada penyakit, jangan tambah lagi penyakit ! Kakak takut tau tak ! “ Air mata jernih mengalir di pipi Stacy ketika dia memeluk Aqilah.

“ I’m so sorry kak… I’m stressed out ! “

“ Takpe, sekarang Yaya pergi makan. Lepas tu pergi wad Akim balik… “

“ Astro dah sedar kak? Yeah !!! “ Aqilah menjerit kegirangan, Stacy hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Masih terserlah sifat keanak-anakkan gadis itu. Dengan segera Aqilah makan tetapi hanya sekadar mengalas perut, kemudian dia berlari-lari anak ke dalam wad Akim.

“ Assalamualaikum… “ Aqilah memberi salam kepada Akim, Nubhan dan Datin Aminah merangkap ibu kepada Akim yang berada di dalam wad tersebut.

“ Waalaikummussalam… Masuklah Yaya… “

“ Mummy, Akim nak cakap sikit dengan Yaya… Personal… “ Dengan segera Nubhan serta ibunya keluar dari wad tersebut, memberi ruang kepada dua rakan itu untuk berbincang.

“ Yaya, betul ke apa yang Iwan cakap ? Korang lansung tak nampak bayang Aril harini ? “ Akim bertanya dengan serius, Aqilah sekadar mengangguk perlahan. Akim kelihatan kecewa, dia mengharapkan rakan karibnya untuk berada di sisinya.

“ Yaya boleh janji dengan Astro ? “

“ Apa dia ? I will try to fulfill the promise if I’m strong enough… “

“ Takde apa sebenarnya, actually lepas kejadian dengan Vince tadi Astro jadi risau sangat… Sampai bawak2 nama Aril segala… Astro takut if Aril menghilang ni ada kena mengena dengan dia. So promise me, Yaya akan stay away from Vince. Astro sangat sure yang dia akan cari Yaya. Tadi tu kira bernasib baik je, entah nanti apa lagi plan dia. For sure, keep this from sesiapa pun terutama sekali pihak polis. Astro tak nak nanti Vince akan buat orang lain cedera termasuk kita bertiga. So, Janji ? “ Akim meluahkan segala isi hati yang membebankan dirinya, akhirnya dia berasa lega dapat memberitahu perkara ini kepada Aqilah.

“ Ok, Yaya promise… And Astro pun kena janji yang Astro takkan bahayakan diri dengan try untuk lawan Vince. “ Akim mengangguk. Aqilah hanya tersenyum sambil mengait jari kelingking Akim tanda perjanjian.

Setelah berbual panjang lebar, dia membuat keputusan untuk menjaga Akim di wad dan telah mendapat kebenaran dari kakaknya dan Datin Aminah. Setelah beberapa ketika, Akim pun terlena. Aqilah menarik selimut ke atas untuk menyelimuti Akim lalu dia beransur ke sofa yang disediakan di dalam wad tersebut.

“ Abang Aril… Where are you ? “ Aqilah berasa semakin mengantuk, lalu dia turut mengikut jejak Akim. Mereka berdua tidur dalam keadaan yang sunyi, hanya kedengaran bunyi titisan hujan renyai2.

***********************

Di Villa Usang…

“ Yaya… Akim… Please help me… Aku dah tak boleh tahan...“

23.1.11

Cinta Lagu Kita 4 - Hati Yang Telah Kau Sakiti ~


“ Assalamualaikum babe… OMG ! Are you okay ? “ Aishah berlari-lari anak mendaptkan rakannya, diikuti oleh Mimie, Amani dan Adira. Dia kelihatan lebih cemas dari Datin Juliana sendiri.

“ Waalaikummussalam… Hei… I okay je la… Cuma kaki I ni ha, kena hukuman gantung sampai sembuh ! Aduhh… Janganlah peluk I kuat sangat Echah oi… “ Aishah memeluk Aqilah yang boleh di ketegorikan parah kerana tangannya harus dibedah kerana serpihan kaca terbenam di dalam tangannya dan sukar untuk dikeluarkan. Dahinya turut berbalut kerana terhantuk di bahagian cermin hadapan kereta.

“ You kena cepat sembuh ok! Kitorang sumpah bosan bila takde you ! Oh ya, I’m wondering kenapa Senior Aril boleh terlibat dengan kemalangan ni sekali? Actually korang pergi mana sebenarnya ? You hilang, dengan dia, dia sekali hilang… “ Mimie tertanya-tanya dengan keadaan sebenar.

“ Err… Pasal tu… “ Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, seseorang mencelah.

“ Kau balik kampung, Aril risau. Abang Amar bagitau dia kau kat mana dan korang kononnya sama2 mengharungi detik2 sedih… Wow ! Terharunya… “ Akim dan rakan2nya masuk ke dalam wad itu dengan muka toya dan seolah-olah terharu dengan apa yang Aril ceritakan kepadanya.

“ Amboi you ni… Aril jugak yang tolong you… Oh, meaning you guys dah kenal dari dulu la ni… “ Kata Aishah sambil mencubit pipi Aqilah.

“ Ya… Jangankan dari dulu, dari kitorang baby pun babysitter yang sama jaga kitorang bertiga… Antara I dengan Akim, gaduh bukan benda yang pelik pun… Siblings kitorang semua dah faham, but yang I geram sangat ni… Kenapalah ada minah gila fanatic kat seseorang tu sampai attack I haritu ! “ Aqilah sedikit menekankan ayatnya yang terakhir, membuatkan Akim menelan air liurnya. Perbuatan itu mengundang tawa dari rakan2 mereka.

“ Ok la babe, kitorang nak lawat Senior Aril kejap… Nanti if sempat kitorang datang balik, if tak sempat nanti masa melawat kedua baru kitorang visit you lagi. You take a rest ok, babe… Daa~ “ Mereka bersalaman dengan Datin Juliana. Kemudian mereka berpelukan dan berlaga pipi dengan rakan mereka itu, lalu empat sekawan itu pergi ke bahagian wad lelaki.

“ Kitorang pun balik dulu ok, Ya… Tengok lah kalau aku ada masa, aku lawatlah… “ Akim turut meminta izin untuk pulang.

“ Ok Astro… Thanks for the visit… Daa~ “ Akim, Hafiz, Iwan serta Aliff juga bersalaman dengan Datin Juliana lalu meninggalkan hospital tersebut.

***************************

Setelah hampir sebulan Aqilah dan Aril terkurung di hospital, mereka dibenarkan untuk pulang namun mereka tetap harus menjalani terapi kerana pergerakkan mereka masih kurang lancar akibat keretakkan tulang.

“ Thanks Along sebab hantar Adik… Pick me up at 6.30 ok… Daa ~ “ Aqilah melambaikan tangannya ke arah Shahir yang menghantarnya lalu berjalan masuk ke kawasan sekolah pada pukul 12.50 tengah hari. Walaupun sesi pembelajaran bermula pada pukul 12.20 tengah hari, namun dia diberi kebenaran oleh Sir Ahmad untuk datang lewat sedikit atas alasan menjalani sesi terapi yang Cuma akan berakhir pada pukul 12.40 tengah hari.

“ Assalamualaikum teacher… Sorry sebab lewat, ada sesi terapi again. “ Dia melangkah masuk ke dalam kelas dengan kakinya yang sakit, menyukarkannya untuk berjalan dengan betul. Ada beberapa “rakannya” di dalam kelas mula mentertawakannya.

“ Ooo… Teacher ! Ada orang tu, kaki dah cacat sebelah… Hahah ! “ Seperti biasa, Deanna Shakira dan Aina Selina serta Farah Natasya mula cari pasal.

“ Quiet girls ! Hormat sikit dekat orang ! Kamu semua suppose mendoakan kesihatan kawan sekelas, bukannya ketawakan. Ok, terima kasih kelas. “ Cikgu Linda Jasmine bersiap sedia untuk keluar.

“ Ok2… Kami minta maaf… “ Deanna melangkah ke hadapan kelas di mana Aqilah berada sebaik sahaja guru mereka keluar dari kelas. Dia menghulurkan tangannya seolah-olah mahu bersalaman. Sebaik sahaja Aqilah menyambut tangannya, Deanna menarik Aqilah sehingga dia terjatuh ke lantai. Seluruh kelas mentertawakan Aqilah yang cuba menahan kesakitan kakinya. Aishah, Adira, Mimie serta Amani bergegas membantu rakan mereka itu.

“ DEANNA ! “ Satu suara dari pintu belakang kelas mereka memanggil Deanna yang asyik ketawa, membuatkan tawanya terhenti.

“ S… Sir Ahmad… “ Deanna gagap untuk menyebut nama pengetua mereka itu. Dalam keadaan ketakutan, dia memulakan langkahnya ke bahagian belakang kelas. Bersiap sedia untuk dileteri.

“ Deanna, Selina, Natasya… Dari tadi saya perhatikan kamu bertiga. Follow me to my office now ! “ Mereka bertiga akur dengan keputusan itu kerana itu bukan kali pertama mereka dipanggil atas alasan membuli atau menimbulkan pelbagai masalah. Sebelum mereka mengekori pengetua mereka itu, Deanna sempat menjeling tajam ke arah Aqilah.

*************************

Pada hujung minggu, sudah menjadi kebiasaan Aril untuk berehat di rumah. Sedang asyik Aril membaca komik sambil mendengar lagu melalui Iphone kepunyaannya di dalam bilik, HPnya mendendangkan lagu Jangan Nakal di bahagian korus sebagai menandakan satu mesej telah masuk.

Aril, ko igt ni ! Jgn igt aq akn biarkn ko trlpas, lpas ko dh rmpas sgala hak milik aq ! Aq akn wat hdup ko lbih sngsara ! Lpas accident yg aritu, bnyk lgi kmalangan yg aq dh rncangkn utk ko ! IGT ! Tggalkn dy atau ko dan dy sme2 jdi mngsa !

“ Mak aih… So dia ni la yang rancang accident kitorang haritu… Siapakah ? “ Aril terkedu setelah membaca mesej yang diterima itu. Terbantut hajatnya mahu membaca komik yang baru sahaja diberikan kepadanya.

Setelah berfikir sejenak, dia tergerak hati untuk berjumpa dengan Aqilah serta Akim. Dengan segera dia menaip mesej kepada mereka berdua.

Ptg ni kt tmpat biase kte jmpe dlu… URGENT !!! Pkul 2 ptg nie…

Setelah itu, dengan segera dia bersiap untuk keluar.

*************************

Aqilah kelihatan kemas walaupun berpakaian kasual, baju t-shirt berlengan pendek berwarna putih dipadankan dengan cardigan half berwarna baby blue serta seluar jeans DKNY. Clutch Gucci yang berwarna hitam dipegang kemas. Dia melangkah keluar dari keretanya lalu menuju ke pejabat ayahnya. Memang dari dulu lagi, bumbung pejabat itu telah menjadi tempat untuk Aqilah, Akim dan Aril melepak. Rambutnya ditiup angin yang agak kencang, membuatkan dia berasa kurang selesa.

“ Assalamualaikum daddy… Buzy ke? “ Aqilah melangkah masuk ke dalam pejabat bapanya yang tercinta. Dia bersalaman dan mencium tangan bapanya. Turut diberi ciuman manja di pipi bapanya.

“ Waalaikummussalam… Tak lah… Daddy pun tengah berehat sekejap ni… Yaya datang sini mesti nak jumpa Akim dengan Aril kan? “ Dato’ Eziani tidak pernah jemu melayan kerenah anak bongsunya itu.

“ Eh2… Mana daddy tau ni? Daddy spy Yaya eh ? Hehehe… “ Aqilah bermanja dengan bapanya itu, bukan selalu dia dapat meluangkan masa dengan bapanya yang sibuk itu. Biasalah, ahli perniagaan yang maju.

“ Spy apanya… Akim dah sampai dah tadi… Dia ada kat bumbung tu… Baik kamu cepat pergi atas… Kamu kenal je la Akim tu, he doesn’t like to wait… “ Dato’ Eziani menggosok-gosok kepala Aqilah.

“ Laaa… Ye ke… Tak perasan pun kereta dia… Ok2 daddy… Yaya naik atas sekarang… Daaa~ “ Dengan segera Aqilah melangkah naik ke tingkat paling atas bangunan itu.

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Aqilah menghayati setiap bait lagu yang didendangkan oleh jejaka yang sedang bermain gitar di atas bumbung itu. Sememangnya itu lagu yang menjadi kegemarannya sejak kecil.

” Astro boy… Lama tak dengar lagu tu… Nyanyilah lagi… “ Aqilah menegur Akim yang asyik memetik gitarnya.

“ Muncul pun… Dah rasa nak balik je tau tak ! Ni awok mana ni ? Panas ni… “ Akim mengelap peluhnya dengan tangannya.

“ Laa… Jom la duduk sini… Ada tempat redup tak nak duduk… Apa lah… “ Aqilah duduk di kerusi yang berada di laman santai itu sambil menepuk kerusi yang berada di sampingnya. Dia memanggil-manggil Akim yang berada nun di sana. Dengan segera Akim melangkah ke tempat di mana Aqilah sedang duduk.

“ Hmmm… Mana Abang Aril ni… Panas lah tunggu lama2 kat sini… “

Sedang asyik mereka berdua berborak, kedengan bunyi pintu dibuka. Aqilah menjangka bahawa Aril yang bakal muncul di sebalik pintu itu, Akim lantas menuju ke pintu itu kerana setelah agak lama pintu itu dibuka, tiada siapa yang muncul.

“ Haih… Mana pulak si Astro ni… Dia pulak yang hilang… “ Aqilah bingkas bangun kerana lansung tiada kelibat Akim atau Aril. Baru sahaja dia menoleh ke belakang, dia berasa kaget dengan kehadiran seseorang.

“ Hai… Seronok berdua-duaan dengan dia ni tadi ? “ Kelihatan di hadapannya seorang lelaki sedang mengacu pisau di leher Akim.

“V… Vi… Vince… Kenapa you ada kat sini ? Vince… Please, letak pisau tu… I beg you… “ Aqilah terkedu apabila melihat bekas teman lelakinya, Louise Vincent di Christchurch telah pulang ke Malaysia.

“ No wonder you nak break dengan I bila you dah balik sini… Rupa-rupanya you dah ada lelaki lain !!! “ Vince mula menengking, semakin dekat pisau itu ke leher Akim.

“ Vince !!! Please jangan buat kerja gila !!! Dia kawan I je la ! We’re friends since we’re babies !!! “ Aqilah mula kecut perut dengan kejadian ini. Air matanya yang jernih mula berlinangan, bimbang jika terjadi apa2 kepada rakannya itu.

“ Tell me the truth ! Apa sebab sebenar you nak putus dengan I ?! Atau you memang dah sayang sangat kat dia ni ?! “ Vince seolah-olah hilang kawalan perasaan. Akim telah merasakan pisau yang agak panas itu di lehernya.

“ Ya ! I dah ada orang lain !! Tapi bukan dia !! Let him go Vince… Please… “

“ Aril kan? You know what? I yang rancang accident yang dah buat you dengan Aril nyaris hilang nyawa ! Remember ! If I tak dapat you, tak ada siapa yang boleh dapatkan you ! “ Kata2 Vince membuatkan tangisan Aqilah semakin deras, tidak menyangka orang yang pernah dia sayangi hampir membunuh dirinya.

“ Ya Allah… Lindungilah kami… “ Bicara Akim di dalam hatinya.

22.1.11

Cinta Lagu Kita 3 - Bangun Semula


Seorang gadis duduk di tepi sungai yang sejuk itu sambil merendam kaki seraya kakinya bermain-main dengan air. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup manja rambutnya yang panjang dan tidak diikat. Sesekali rambut depannya jatuh dan menutupi matanya yang agak sepet itu. Riak wajahnya suram, air mata bergenang di kelopak matanya. Hanya menunggu masa untuk jatuh.

“ Assalamualaikum… Boleh join duduk sekali ? “ Seorang lelaki memberi salam sambil tersenyum.

“ Waalaikummussalam… “ Dengan segera Aqilah memalingkan mukanya ke arah lelaki tersebut, riak wajahnya yang suram menjadi kosong dan terkejut. Lidahnya terkelu untuk berkata-kata.

“ Kenapa buat muka macam tu? Terkejut? “ Kata lelaki itu sambil tersenyum lantas dia duduk di sisi Aqilah.

“ S… Senior Aril… Macam mana senior boleh ada kat sini? “

“ Janganlah formal sangat… Kita bukannya kat sekolah sekarang ni… Just call Abang or Bobo macam biasa Yaya panggil… Mak Su yang bagitau Yaya ada kat sini… Tapi kalau pasal macam mana Abang boleh tau Yaya ada kat kampung… “ Belum sempat Aril menghabiskan kata-katanya…

“ Angah right? Yaya yakin Angah yang bagitau Abang… Beware, Yaya ada mata kat mana2 je… Heheh… “ Aqilah memandang Aril sambil ketawa kecil namun hanya untuk seketika waktu. Lalu dia kembali melihat ke dalam air, wajahnya mula kosong tanpa emosi.

“ Yaya… Yang dah lepas tu, lepaskan aje… Kita dah tak boleh nak tangkap balik… Setiap yang ada di samping kita, akan tinggalkan kita suatu hari nanti… Jangan sedih2 macam ni… Mana pergi Yaya yang Abang kenal dulu? Suka ketawa, suka kacau orang, suka marah2 orang, suka adventure, suka shopping… Abang tak sukalah tengok Yaya macam ni… “ Aril mengusap perlahan rambut Aqilah, dia dapati rambut yang dulu lembut dan senang dibelai mula tidak terurus.

“ Yaya yang tu tengah duduk diam2 dalam hati Yaya yang sekarang… Dia tak ready lagi nak keluar… Mungkin ambik masa yang lama baru Yaya yang tu nak muncul balik… Sekarang Yaya yang suka nangis, suka duduk diam, suka berkurung akan ganti Yaya yang dulu… “ Ada nada sedih dalam kata2 itu.

“ Eee… Budak ni… Buat lawak… Takde2… Sekarang jugak Abang nak Yaya yang dulu keluar… “ Kata Aril sambil mencubit kedua-dua pipi Aqilah yang tembam itu.

“ Eee… Sakitlah ! Apa ni, main cubit2 pipi orang pulak… Lepuk kepala tu satgi baru tau… Apa pulak nak paksa2 orang, ingat robot ke boleh arah2 je… Heish… “ Aqilah mencebik dan mulutnya dimuncungkan sebagai tanda merajuk kerana dicubit.

“ Hahaha… Dah terserlah pun sifat garang macam singa tu… Ni baru Yaya yang betul… “

“ Hah… Usik orang lagi… Mengadu kat Along nanti… Biar Along kejar Abang macam kecik2 dulu, padan muka… Wekkk… =P “ Aqilah menjelir lidahnya, itu membuatkan Aril merasa jengkel. Lantas Aril memercikkan air yang sejuk itu ke muka Aqilah. Dengan segera dia bangun dan berlari dari situ.

“ Boborozu tak guna !!!! Habis basah baju orang tau ! “ Aqilah lantas bangun dan mengejar Aril yang kelihatan sudah agak jauh. Setelah Aqilah mendapatkan Aril, dia menarik sesuatu dari poket seluar Aril lantas dia berlalu dari situ. Apabila sudah agak jauh dari Aril…

“ Abang tak nak ke Iphone kesayangan abang ni? “ Aqilah melambaikan-lambaikan tangannya sambil menunjuk Iphone Aril yang diambilnya secara senyap. Aril meraba-raba poket seluarnya, kosong…

“ Yaya !!! Jangan lari !!! “ Dengan segera Aril berlari mendapatkan Aqilah yang sudah jauh lalu bermulalah adegan kejar – mengejar.

*******************

Pagi Ahad yang hening dan sunyi, hanya kedengaran bunyi kicauan burung peliharan orang2 kampung. Haji Sulaiman dan Hajah Derisah duduk di tempat berehat di bawah rumah kampung itu. Pagi2 lagi kelibat cucu mereka sudah hilang entah ke mana.

“ Awak tengoklah cucu awak sorang tu, ikut perangai awak lah tu. Dari kecik sampai ke besar, merayau je kerjanya, tak reti2 nak duduk rumah. “ Hajah Derisah atau sering dipanggil Mak Esah oleh orang kampung mengomel kepada suaminya.

“ Awak ni Sah… Biarlah dia, dia pun baru je bersemangat. Daripada dia asyik berkurung dan asyik pergi ke kubur tu, baiklah dia pergi mana2… “ Pak Man membalas sambil menghisap rokok daun yang baru digulung.

Belum sempat Mak Esah membalas, kelihatan sebuah kereta MPV memasuki kawasan rumah kampung itu. Alangkah gembiranya Mak Esah serta Pak Man apabila melihat keluarga itu pulang ke kampung.

“ Assalamualaikum! “ Seluruh ahli keluarga itu memberi salam dengan serentak lalu mereka bersalaman.

“ Waalaikummussalam… “

“ Tok Wan, opah… Kak Ila ada kat kampung ke? “ Seorang anak gadis kecil yang baru berumur 5 tahun namun petah berkata-kata dan rupanya yang mirip pelakon cilik (Mia Sara Nasuha) meninjau-ninjau ke dalam rumah.

“ A’ah, dia ada. Tapi sekarang entah ke mana merayaunya. “ Jawab Mak Esah sambil melipat pakaian. Gadis itu tersenyum sendirian, faham benar dia dengan perangai kakak saudaranya yang tak reti duduk diam itu.

“ Tapi opah, dia merayau naik apa? Kereta dia elok je ada kat situ. “ Tanya gadis itu sambil memerhatikan mama, papa serta abangnya mengangkat barang2 yang dibawa masuk ke dalam rumah.

“ Nanti kamu tau lah… Tunggu dan lihat… “ Pak Man memotong kata2 Mak Esah. Dia seolah-olah mahu berteka-teki dengan cucu kecilnya itu.

“ Alah Tok Wan ni… Sibuk je tau ! “ Gadis itu memuncungkan mulutnya sebagai tanda merajuk. Baru saja gadis itu hendak memulakan langkah untuk naik ke rumah, sebuah kerata memasuki ke perkarangan rumah itu sambil membunyikan hon. Gadis itu terpinga-pinga, siapakah gerangan yang berada di dalam kereta itu?

“ Assalamualaikum… “ Gadis dan jejaka yang baru melangkah keluar dari kereta itu memberi salam.

“ Waalaikummussalam… “

“ KAK ILA !!!! “ Gadis kecil tadi dengan segera mendapatkan kakak saudaranya setelah sekian lama tidak berjumpa. Aqilah lantas mendukung gadis tersebut.

“ Aduh… Syifa dah makin berat lah… Kat sana banyak makan ea? Hehe… “ Aqilah mencuit hidung adik saudaranya, Nurul Syifa Qasyirah. Syifa tidak memperdulikan gurauan sepupunya itu, dia mencium pipi Aqilah untuk melepaskan rindu setelah sekian lama mereka berpisah kerana keluarga Syifa terpaksa berpindah ke Rotterdam, Netherland selama setahun.

“ Kak… Siapa abang ni ? Macam pernah jumpa je… “ Syifa hanya memerhatikan Aril dengan matanya yang terkebil2.

“ Eh? Syifa kat sana baru setahun dah lupakan abang? Sampai hati betul Syifa ni… “ Kata Aril dengan nada sedih yang dibuat-buat.

“ Hahaha… Alalalala… Syifa tak lupalah ! Abang Aril ! “ Syifa berpindah dari dukungan Aqilah ke dukungan Aril. Dia turut memberi Aril satu ciuman manja di pipi.

“ Eeee… Syifa gatal eh ! Report kat papa Syifa nanti baru tau ! “ Aqilah sekali lagi mengusik adik saudaranya itu.

“ Reportlah ! Sumpah Syifa tak takut ! “

“ Pak Usu ! Tengok anak Pak Usu ni ! Dia cium pipi Aril ! “ Jerit Aqilah dari luar rumah. Encik Shafiq yang sering dipanggil Pak Usu faham benar dengan perangai Aqilah yang suka menyakat. Sekali sekala dia bersubahat juga dengan anak saudaranya itu.

“ SYIFA ! Jangan nak gatal ! “ Encik Shafiq berpura-pura bersuara keras.

Dengan serta merta riak wajah Syifa berubah. Kelu gadis petah itu untuk berkata-kata lagi. (Padan muka kau Syifa…)

Dari jauh, kelihatan seorang jejaka sedang memerhatikan mereka bertiga yang asyik usik-mengusik dengan penuh perasaan dendam yang membuak-buak. Buku limanya digenggam lalu dia menumbuk pokok yang berhampiran dengannya. (Jaga Kau !)

************************

Setelah hampir seminggu Aril berada di kampung, dia dan Aqilah mengambil untuk pulang ke KL lalu terus ke sekolah mereka yang dimulakan pada sesi petang untuk menyambung pembelajaran yang sudah agak lama ditinggalkan. Walaupun mereka berada di dalam kereta yang berasingan, mereka tetap berbual dengan menggunakan HP masing2 untuk mengelak daripada mengantuk kerana mereka tidur lewat malam.

“ Eh, Abang. Perasan something yang pelik tak? Daripada kat kampung, sampai sekarang. Kereta Accord yang kat belakang tu asyik follow kita je. “

“ Alah Yaya… Maybe dia pun nak balik KL jugak… Jangan nak main tuduh je ok… “

Sedang asyik mereka berbual, Honda Accord itu tiba2 memecut laju dan memotong dari kiri. Kereta Aqilah yang berada di lorong kiri cuba mengelak namun dia melanggar kereta Aril yang berada di lorong kanan, menyebabkan Aril merempuh penghadang jalan. Kereta Aqilah pula berpusing-pusing ketika cuba dikawal namun akhirnya kereta tersebut terbalik setelah tayar hadapannya masuk ke dalam longkang.

“ Abang… Abang… “ Aqilah semakin lama semakin lemah, lalu dia rebah di dalam keretanya.

Beberapa buah ambulans datang dengan kadar segera untuk membantu mangsa2 kemalangan. Pihak polis pula mengawal keadaan lalu lintas supaya tidak menjadi sesak. Aqilah dan Aril yang cedera parah dikeluarkan dari kereta dengan segera. Kedengaran bunyi riuh-rendah dari mangsa2 lain serta pihak bomba & pasukan penyelamat sedang giat membantu. Mereka semua dibawa ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Siapakah gerangan yang menyebabkan kemalangan yang mungkin membawa maut ini? Mungkinkah secara sengaja atau memang Cuma sekadar satu kemalangan?

Cinta Lagu Kita 2 - Di Mana Dia Princess Charming ?!


Telah seminggu gadis tinggi lampai itu tidak datang ke sekolah. Rakan2nya mula bimbang. Telefon tidak diangkat, mesej tidak di reply…

“ Babe, mana dia ni? Takkan la just sebab Lotus dia tu, sampai tak datang sekolah… “ Amani mula mundar-mandir di bilik khas mereka.

“ Hei… Chill la babe… Aqilah tak mungkin macam tu right? Time kat Christchurch dulu pun, demam2 sanggup dia datang kolej. No way sebab kereta je dia tak nak datang. “ Aishah tidak bersetuju dengan kata2 Amani, Mmie dan Adira sekadar mengangguk lemah. Sunyi tanpa kehadiran ketua mereka.

Tiba2 5 jejaka muncul di pintu bilik khas mereka, The Fabulous…

“ Apa korang nak? Puas hati dapat remukkan kereta kesayangan orang lain? “ Mimie mula menengking mereka. Seperti tidak percaya, dia mula menyukai mereka namun perasaan itu mula berkurangan sejak kejadian di hospital minggu lalu.

“ Tak payah la nak marah kitorang… Sir Ahmad yang suruh kitorang datang sini untuk tanya korang pasal Aqilah, kalau tak memang tak ingin kitorang jejak kaki kat sini… Korang ni harap muka cantik tapi perangai macam jantan ! “ Hafiz kembali menengking Mimie. Ini membuatkan mereka berang.

“ Siapa jantan sebenar kat sini? Kitorang ke korang? Dasar donut ! “ Kata2 Mimie membuatkan Aishah, Adira serta Amani ketawa. ( Donut… Lembut aje… Aww aww… Haha )

Pertelagahan mereka membuatkan Akim berasa kurang senang. ( Aduh… Aku luku sorang2 baru tau… Gaduh ajer, kawinkan baru tau ! Gaduhlah korang hari2… )

“ Dah3 ! Diam… Gaduh2, aku kurung korang berdua dalam bilik detention kang ! Sekarang fikirkan cara nak contact Aqilah. My dad dapat call Sir Eziani but every time dia tanya pasal budak tu, Sir mesti tukar topic or tak bagitau… “

“ Err… Boleh aku suggest something? Kenapa korang tak try contact siblings dia? “ Aliff si pendiam mula bersuara.

“ Abang An dah try dah contact Senior Stacy tapi sama je macam Sir… Siapa lagi kita nak contact? “ Akim sedikit kecewa.

“ Aku rasa korang dah tertinggal memori lah… Ish3… “ Aril tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Kata2 Aril membuatkan mereka semua berfikir sejenak. Tiba2 wajah2 yang amat dikenali muncul di minda Aishah, Adira, Amani, Mimie serta Akim. Aliff, Iwan serta Hafiz yang tidak mengenali keluarga Sir Eziani hanya berdiam diri.

“ Abang Shahir dengan Abang Amar ! “ Nama2 itu disebut serentak oleh mereka berlima membuatkan senyuman Aril bertambah lebar. ( Haha… Ingat pun dua jejaka hensem tu… )

“ Eh awok… Bukan ke diorang ada kat Paris? Macam mana nak contact? “

“ Semalam Abang Amar ada contact aku… But aku tak terfikir lak nak tanya sal family yang lain… Lagipun dia contact aku sekejap je… Tak sampai 10 minit just nak cakap dia dengan Abang Shahir dah balik Malaysia… Apa kata kita pergi rumah diorang, petang ni maybe? “

“ Hmm… But kita ada latihan ragbi, 2 minggu lagi kita nak lawan Sekolah Tinggi Aweera. Korang pun ada latihan cheerleading kan? So macam mana ni? “ Mimie dan Aishah sekadar mengangguk lemah. Ketika ketiadaan Aqilah, banyak kesukaran berlaku dalam latihan kerana tiada lead cheer.

“ Chill la Kim, kalau kita skip ragbi demi budak tu pun, confirm Sir Ahmad tak marah kan? Hei, lagipun takkan kau tak yakin kot nak lawan dengan STA… “ Aril cuba memujuk.

“ Hei… Tolong sikit… Kalau setakat STA tu, tak payah cerita la… Petik gitar je la wok… Ok2, petang ni kita skip… Oh ya, Spicy Girls… Kalau boleh korang join… Skip je latihan korang… Aku tahu Isma takkan marah… “ Akim mula mengarah. Aril tersenyum gembira, pujukannya berhasil.

“ Heheh… Dapatlah aku jumpa adik aku yang sorang ni… ^_^ “ Fikir salah seorang dari 5 jejaka tersebut. ( Siapakah??? Tungguuuuuu…… )

*****************************

Kereta Skyline berwarna biru, AAP 2709, memecut masuk ke dalam kawasan perkarangan rumah banglo mewah di atas bukit. Setibanya di tempat letak kereta, dia tidak terus keluar dari kereta sebaliknya merendahkan bahagian belakang seat dan berbaring untuk seketika.

“ Hurmm… Petang ni nak pergi rumah dia, but, sure ke yang dia ada kat rumah ea? “ Jejaka tersebut berbaring sambil berfikir. Lantas, dia menekan2 nombor di IPhone 4g kepunyaannya.

“ Hello… Assalamualaikum… Kenapa call abang ni? “ Amar menjawab panggilan tersebut.

“ Waalaikummussalam abang… Just nak tanya ni… Actually Yaya ada kat rumah ke? Lama tak nampak dia datang sekolah… “

“ Kau masih panggil dia dengan nama tu? Hahah… Yaya tak de… Boleh kau rahsiakan something? Kalau kau nak jumpa dia, baik kau pergi sorang. Jangan ngada2 pulak pergi bagitau member2 Spice Girls dia tu… Abang dah janji yang abang takkan bagitau orang lain dia kat mana. Promise? “ Amar mula memperlahankan suara, mungkin dia bimbang jika Shahir atau Mak Leha (pembantu rumah) mendengar perbualan antara dia dan jejaka tersebut.

“ Oh… Ok2, promise… Yaya ada kat mana abang? Nak sangat jumpa dia ni, risau pulak sampai tak datang sekolah ni… “

“ Actually, Abang Sidi baru je meninggal… Kemalangan… Kau tau je la macam mana hubungan Yaya dengan arwah, tak boleh nak renggang. So dia sekarang ada kat Kampar lagi, tengah tenangkan diri. Dia masih tak boleh nak terima pemergian arwah. Abang harap ada seseorang dapat tenangkan dia… “ Amar bersuara sayu.

“ Innalillahi wainnaillaihi raji’un… Hmm… Nak mintak izin dengan Abang untuk pergi jumpa dia boleh? Please… Kalau boleh, sekarang jugak packing barang. “ Jejaka tersebut seakan-akan merayu.

“ Hmm… Kau janji kau sorang je yang pergi ok? Jangan inform siapa2 pasal ni… “

“ Janji… Okeh Abang Muscle… Nak packing barang… Oh ya, hampir lupa… Petang ni, yang lain nak ke rumah korang sebab nak tanya pasal Yaya… Make sure Abang tak bagitahu yang saya pergi cari dia ok? “

“ Okeh ! No hal la bro… Abang takkan inform kat Yaya pun, pandai2 lah kau jelaskan kat dia kenapa kau ada… Jangan libatkan abang pulak… Oh ya, if kau dah dapat pujuk dia, please inform me A.S.A.P. “

“ Ok, ok… Gerak dulu… Assalamualaikum… “

“ Waalaikummussalam… “

Setelah panggilan ditamatkan, sekali lagi jejaka ini menggunakan IPhone kepunyaannya… Kali ini dia sekadar menghantar SMS.

As’salam… Aq xjdy ar ikot korang ptg nie… Aq ader hal urgent… Xleh nk elak… So korang pegi without me… Mybe aq xdtg skula 4 a few day… Anything juz text me…

Lantas jejaka tersebut masuk ke dalam rumah dan terus mengemaskan barang2 yang hendak dibawa bersama dalam perjalanannya nanti.

*****************

“ Haih dia ni… Terpaksa la kita pergi berlapan je… Aliff, kau kata rupanya si Aishah tu duduk dekat je dengan rumah kau kan? So sekarang kau call cousin kau merangkap kawan baik si Aishah tu. Inform yang kita akan gather kat rumah dia. Suruh Spicy Girls tunggu kita kat sana… “ Iwan memberi cadangan.

Dengan segera Aliff mencari nombor seseorang di Blackberry Torchnya. Seorang gadis menjawab dengan lembut. Lantas Aliff memberitahu tentang rancangan mereka. Gadis itu bersetuju dan hanya mengikut arahan.

“ Ok… Dah settle… Sekarang just follow the plan… “ Aliff sekadar tersenyum.

************************

Kereta Jaguar serta Mazda RX8 meluncur masuk ke dalam kawasan rumah banglo mewah 5 tingkat yang terletak di atas bukit.

“ Assalamualaikum… Ada orang tak ? “ Adira memberi salam.

“ Waalaikummussalam… Oh, kamu semua… Marilah masuk dulu… “ Kedengaran suara Mak Leha menjawab.

“ Datin ! Kawan2 Cik Aqilah datang ! “ Dengan segera Mak Leha memanggil Datin Juliana Aziz yang berada di dalam bilik.

“ Baik2… Nanti saya turun ke bawah… Suruh mereka duduk2 dulu ye Mak Leha… “

“ Kamu semua pergi dulu ke living hall ye… Kejap lagi Datin turun… Mak Leha pergi buat air sekejap… “

Beberapa ketika setelah Mak Leha ke dapur, seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an turun dari tingkat 2. Namun wajahnya masih kelihatan muda dan tidak ditelan usia. Aliff, Iwan dan Hafiz kelihatan terpegun. Mereka semua bersalam dengan Datin Juliana sebagai tanda hormat.

“ Oh ya… Kamu berdua ni siapa ya? Aunty kurang kenal lah… “ Datin Ju bersuara lembut.

“ Saya Hairie Hafiz Dato' Ridwan, tu Aliff Shafuan Dato' Shuhaimie Aziz dan yang ni Jimmy Hazwan Dato' Zulazrin Chew… Kami kawan Akim dengan Aril… “

“ Oh… Ini rupanya anak2 Dato' yang dua bujang tu selalu cerita kat aunty… Yang kamu ni pula, bukan ke papa kamu pemilik Universal Studio kita tu? “ Hafiz sekadar mengangguk perlahan.

“ Mummy Ju… Qila mana? Lama tak nampak dia… Contact pun tak dapat… Echah risau la… Lagipun itu tujuan sebenar kami datang… “ Aishah menyatakan tujuan mereka.

“ Actually Yaya tak ada… Dia ada kat tempat yang terpaksa Mummy Ju rahsiakan… Dia nak tenangkan fikiran. “

“ But why kena rahsiakan Mummy Ju? Kami kan BFF dia… And kenapa dia perlu tenangkan diri? Did something happened to her? Please tell us… “ Mimie mula memujuk Datin Ju.

“ Actually, sorry sebab Mummy Ju rahsiakan something dari kamu berempat… Ada yang Mummy Ju belum sempat bagitau kamu… “ Datin Ju bersuara kesal.

“ Apa dia Mummy Ju? Bagitau je lah… Takpe, kami tak marah pun sebab Mummy Ju tak sempat bagitau… “ Adira membalas serta memaafkan.

“ Sebenarnya, Abang Sidi kamu tu baru je meninggal minggu lepas. Arwah kemalangan sebab ada lori brek secara mengejut. Kamu tau je lah Yaya tu rapat dengan arwah… Diorang tak nak berenggang kalau berjumpa… For sure korang tau kan? “

“Innalillahi wainnaillaihi raji’un… “ Mereka berdukacita terhadap berita yang mereka dengar itu.

“ So Mummy Ju, tell us mana Qila… For sure dia masih tak dapat terima lagi pemergian arwah… Kami bertiga nak jumpa dia… “ Amani bersuara sayu lantas salah seorang dari jejaka berempat itu berdehem.

“ I mean kami semua… Please Mummy Ju… “

“ I’m sorry dear… Yaya suruh Mummy Ju rahsiakan dari pengetahuan orang lain… But Mummy Ju betul2 berharap ada orang dapat pujuk dia untuk kembali bersemangat… “ Datin Ju bersuara sayu apabila mengenangkan puteri bongsunya yang masih bersedih.

“ Kalau macam tu takpe lah ye aunty… Kalau macam tu kami balik dulu lah ye… Dah nak maghrib ni… Assalamualaikum… “ Mereka meminta izin untuk pulang lalu bersalaman sebagai tanda hormat.

“ Waalaikummussalam… “

Cinta Lagu Kita 1 - Back to Malaysia !!!


“ Ish! Benci betul la kita kena transfer masuk sekolah kat Malaysia… Nothing special ok… “ Seorang gadis, Alia Aqilah membebel kepada rakan2nya.

“ Rilex beb, nothing can be worst than going back to Malaysia kan? “ Rakannya, Amani Mieysha cuba memujuk.

“ Ye la beb… Sir Eziani, I mean your dad dah buat keputusan muktamad nak hantar kita balik Malaysia time cuti ni… I hate it too but kita tak boleh nak lawan… “ Riana Aishah turut bersetuju dengan kata2 Amani.

Aqilah hanya memasamkan mukanya, susah untuk menerima hakikat bahawa dia akan pulang ke Malaysia pada minggu hadapan. Setelah 6 tahun dia bersama rakan2nya menetap di Christchurch, New Zealand, baru kini ayahnya mahu menghantar mereka pulang ke Malaysia.

******************************

“ Weh Aril, aku dengar ada budak baru nak masuk sekolah kita ni… Betul ke? “ Hairie Hafiz bertanya kepada rakannya, Khairil Shukri .

“ Manalah aku tau Hafiz oi… Kau tanyalah si Akim tu, mesti Sir Ahmad at least ada bagitau dia something kan? “

“ Ye… Daddy ada bagitau aku… Adik senior Stacy and the gang nak transfer sini… “ Arif Hakim menjelaskan.

“ Huh? Aku tak tau pulak Senior Stacy ada adik… “ Jimmy Hazwan kehairanan. Mereka rapat dengan Stacy Batrisyah namun mereka tidak mengetahui bahawa senior mereka itu mempunyai seorang adik selain dari dua orang abang yang entah ke mana.

“ Ouh… Kau maksudkan budak manja yang kat Christchurch tu ke, Kim? “ Aril mula mengingati sesuatu.

“ Ye… Budak poyo bajet bagus tu la… Benci aku… Dia tu seolah-olah benci aku dengan Abang An. Dari dia kecik sampai sekarang, tak habis2 nak menyusahkan kitorang. Dah tu, manja dengan bapak aku pulak tu… Heishh… Benci gila ah ! Nasiblah Senior Stacy tu awek Abang An, kalau tak dah lama dah budak tu kena lepuk dengan aku… “ Akim seolah-olah geram ketika teringat kejadian2 ketika bersama abangnya, Shaheizy Nubhan.

“ Haha… Aku tau kau memang benci dia sejak kita kecik dulu kan? “ Aril cuba memerli.

“ Haha… Benci tandanya sayang… “ Aliff Shafuan cuba mengusik. Aril dan Hafiz serta Iwan lantas ketawa setelah mendengar kata2 Aliff.

“ Eh? Err… Mana adalah! Korang ni… Aku belasah sorang2 karang! “ Suara Akim meninggi namun mukanya kemerah-merahan. Marah? Atau malu?

***********************

5 sekawan cuba berlagak manis namun dalam sifat kemanisan itu, lambat-laun akan terserlah juga sikap mereka yang gedik namun kasar itu. Spicy Girls tiba di perkarangan sekolah dengan kereta masing2, dengan segera mereka meletakkan kereta2 kebanggaan mereka di tempat khas yang telah diluluskan oleh Sir Ahmad.

“ Okay… Girls… Be nice in our first day in this school… Lagipun, after this if you guys nak buat macam sekolah sendiri pun takpe… This school belongs to my daddy’s best friend from their old school, Sir Ahmad… “ Aqilah tersenyum sinis. Mereka berstatus pelajar baru, namun telah diberi kuasa V.I.P. oleh Sir Ahmad untuk melakukan apa sahaja termasuk mendapat bilik khas untuk mereka bersantai ketika waktu rehat.

Mereka berlima ketawa serentak namun kesenangan mereka tidak berpanjangan kerana sekumpulan pelajar perempuan mula menjerit. Manakan tidak, The Fabulous telah muncul di perkarangan sekolah. Setelah meletak kereta, mereka masing2 keluar dari kereta dan berlagak macho.

“ Err… Senior Akim, terimalah bunga ni… Saya ikhlas nak bagi kat senior. “ Seorang gadis beraut wajah comel memberi sejambak bunga kepada Akim. Gadis itu tersenyum lebar apabila Akim menerimanya namun sebentar lagi senyumannya akan hilang.

“ Thanks budak comel… “ Akim tersenyum sinis sambil memuji, namun Aqilah yang memerhati dari jauh tahu kata2 yang diungkapkan Akim lansung tidak ikhlas. Kata2 Akim telah membuatkan gadis tersebut semakin tersenyum dan memberinya segunung harapan untuk berkawan dengannya namun…

“ Tapi maaf, bunga ni layak dapat tempat kat bawah tapak kaki saya je… “ Akim menjatuhkan jambakkan bunga tersebut lalu memijak-mijaknya sehingga berkecai. Sebagaimana berkecainya bunga2 tersebut, begitulah juga berkecainya hati gadis tersebut sehingga mengundang air mata yang hanya diketawakan Akim. Aril, Hafiz, Iwan dan Aliff hanya menggelengkan kepala.

“ Ini memang buat aku panas… Heish, pantang aku tengok lelaki buat perempuan menangis ! “ Perbuatan Akim mengundang kemarahan Aqilah, ini membuatkan Aqilah cuba bertindak namun dihalang Aishah.

“ Chillex babe, you bukan kenal pun siapa dia so you buat dunno je la… Kan guys? Well, ni sekolah elite babe… Manusia macam tu senang je kita nak jumpa kat sekolah ni. “ Aishah cuba menenangkan rakannya yang dilanda api kemarahan. Faham benar dia dengan sikap Aqilah yang suka bertindak melulu. Mimie dan Amani sekadar mengangguk.

“ Ha? Apa you cakap babe? You kata I tak kenal? Hello… Get into the real world Riana Aishah, Amani Mieysha, Mimie Adriana and Adira Anina… I dah terlebih kenal dengan mamat bajet tu la… Arif Hakim b. Ahmad okey dear? Anak Sir Ahmad, bodohlah kalau I kata I tak kenal… “Kawan” lama I… “ Padangan Aqilah yang tajam memandang tepat ke arah Aishah membuatkan Aishah gerun. Tidak menjangkakan bahawa itulah Arif Akim. Mungkin mereka menyangka bahawa Akim seorang yang baik namun sangkaan mereka meleset setelah mendengar kata2 yang diungkapkan Aqilah.

Amani, Mimie, Adira serta Aishah memandang antara satu sama lain. Belum sempat mereka bertanyakan lebih lanjut kepada Aqilah, dia telah pun lesap dari pandangan. Hanya satu yang bermain di fikiran mereka. ( For sure dia akan cari gaduh dengan anak Sir Ahmad… Habislah kita… )

*************************

“ Hello anak Sir Ahmad… Well, lama tak jumpa kan? “ Aqilah tersenyum sinis apabila dia berhadapan dengan Akim.

“ Well, look who’s here geng… Finally you come… Welcome to my school… “ Akim membalas dengan sinis, ahlinya hanya ketawa.

Terdengar beberapa suara2 sumbang sedang mengata Aqilah yang muncul dengan tiba2. Aqilah sedikit mengeluh dengan tindakan mereka yang menjadikan dia bahan gossip.

“ Hello… Tak payah nak mengata I okey… Well, you all tak tahu siapa I… Gossiplah sesuka hati… I know yang korang tu JEALOUS! Sebab, I dapat bercakap dengan Komeng ni kan? “ Aqilah sengaja memburuk-burukkan Akim dihadapan peminatnya, ini membuatkan salah seorang dari mereka bertindak agersif dengan menampar pipi Aqilah dan menarik rambut Aqilah yang lurus itu.

“ Kau tu siapa ha? Tak sedar diri! Suka hati je kau panggil Senior Akim tu Komeng! Compare tu us, you are NOTHING ! Zero ! Blah la ! Kau bukannya anak datuk pun ! Masuk tah2 sebab Sir Ahmad kesian ke, biasiswa ke or pape yang sewaktu dengannya. Kereta pinjam je tu ! “ Aqilah meronta-ronta meminta dilepaskan. Spicy Girls cuba untuk melepaskan Aqilah namun tidak Berjaya, sebaliknya mereka ditolak dengan kuat sehingga jatuh terduduk. Ini membuatkan Aril berang.

“ Hei! Lepaskan dia! “ Suara Aril yang keras membuatkan gadis tersebut terkejut dan dengan tidak sengaja dia menolak Aqilah.

Aril segera memangku Aqilah yang masih kesakitan itu. Aqilah kelihatan sangat bengang dengan kejadian itu. Mukanya merah membara.

“ Apa masalah kau ha?! “ Aril menengking gadis yang bertindak agresif tadi. Keadaan tadi yang riuh rendah mula senyap, sunyi tanpa sebarang bicara.

“ Senior Aril ! She is nothing ! Just budak baru je kan? So siapa kesah? “ jawabnya dengan angkuh.

“ Oh… Nothing? Kau tu yang nothing! Aku tau la kau siapa… Kau masuk sini cuma sebab kau kaya, tapi parents kau bukan siapa2 ! Business je kan? Kau tau dia siapa? Dia ni anak Sir Eziani ! Owner Eziani Empire ! Syarikat perkapalan paling besar kat asia ni tau ! “ Kata2 Aril membuatkan semua murid yang berada di situ terkejut besar. Gadis yang telah mencederakan Aqilah tadi kelihatan gelisah kerana dia tahu bahawa Sir Eziani dan Sir Ahmad mempunyai hubungan yang rapat. Bimbang jika dia diambil tindakan.

“ Awok, bawak dia pergi bilik rawatan. Dapatkan treatment luka and lebam tu… Korang berempat ikutlah kawan korang tu. “ Akim mula mengarah. Aril membantu Aqilah yang kelihatan tidak bermaya, kudrat seorang gadis tidaklah sekuat mana jika telah dicaci dan dimaki. Itu bisa menjatuhkan reputasi. Aliff mengikut langkah Aril dan Spicy Girls ke bilik rawatan. Dia tidak mahu terlibat dalam sebarang pergaduhan.

“ Baik korang blah sekarang sebelum aku ganti Aril mengamuk… Blah masuk kelas masing2… “ Akim bersuara tegas. Iwan dan Hafiz hanya menanti di belakangnya, bersedia jika benar2 Akim akan mengamuk.

“ But senior… Kami kan selalu ikut senior… Please let us stay… “ Gadis tadi bersuara lembut seakan-akan memujuk.

“ Eh, aku kata blah, blah je la ! Aku rimas korang ikut ke hulu ke hilir. Korang ingat aku tak rimas ke? Blah la ! Tak faham bahasa ke ! “ Tangan Akim diangkat tinggi, seakan-akan mahu menampar namun tangannya terhenti di udara. Hatinya cuba ditenangkan oleh Iwan dan Hafiz. Tangannya diturunkan perlahan2. ( Dayuslah kau Akim kalau pukul je minah tu tadi… Nasib, nasib… )

********************

“ Maafkan Uncle Ahmad ye Aqilah… Apalah yang uncle nak cakap kat daddy kamu nanti… Teruk juga lebam kat pipi kamu ni… Takpe2, nanti uncle ambik tindakan kat pelajar tu… “ Sir Ahmad merasa bersalah, baru hari pertama and belum start belajar pun dah kena belasah… Apalah nasib Aqilah ni…

“ Eh, no hal lah uncle… Takpe, daddy mesti just risau je… Daddy kan kawan baik uncle, no way lah daddy nak marah uncle pasal hal remeh ni… Aqilah dah besar lah, daddy wouldn’t be so worry about me, kan kak? “ Stacy mengeluh melihat keadaan adik kesayangannya itu. Tidak pernah sekali pun keluarga mereka memukulnya, inikan pula dia telah ditampar oleh orang yang lansung tidak dikenalinya. Namun dia tetap bersetuju dengan kata2 Aqilah. Sir Eziani, bapa mereka bukanlah seorang yang cepat marah.

“ Kalau macam tu, kamu berempat pergilah masuk kelas… Janganlah pulak baru 1st day kamu kat sekolah ni, dah nak ada reputasi buruk di kalangan pelajar2 lain ye… Aliff, Iwan… Pergi tunjukkan diorang berempat kelas 5 Slytherin. “ Sir Ahmad memberi arahan kepada pelajar2nya.

“ What? Dad, Akim tak nak diorang ni jadi junior kelas Akim… Hari sukan, prom or whatever hari2 yang penting mesti kitorang kena buat sama2 as Slytherin kan? Malaslah ! Aduh… Please la daddy… “ Akim tidak bersetuju dengan keputusan ayahnya untuk menempatkan mereka dalam kumpulan kelas yang sama.

“ Jangan mengada-ngada, diorang layak masuk Slytherin sebab keputusan diorang semua cemerlang… Takkan daddy nak masukkan diorang dalam kelas Griffindor pulak… “

“ Ala daddy, Ravenclaw ada, Hufflepuff pun ada… Just put them in one of the class lah… “ Akim masih lagi membantah keputusan ayahnya.

“ Kamu nak melawan daddy ke Akim? Nak daddy turunkan kelas kamu pulak? Dah2, kamu berdua pergi tunjukkan kelas diorang ni. Cepat! “ Kata2 Sir Ahmad membuatkan lidah Akim kelu, tidak berani lagi untuk membuka mulut. Lantas, Akim dan Aril serta Hafiz pulang ke kelas mereka iaitu 6A Slytherin manakala Iwan serta Aliff segera membawa Spicy Girls ke kelas mereka.

*************************

Setelah tamat waktu persekolahan, Spicy Girls bergegas pergi ke bilik khas mereka untuk menukar pakaian untuk pergi ke latihan cheerleading.

“ Girls, kita ada new members today… Presenting Spicy Girls… “ Ismaliza Dato’ Ismail memperkenalkan ahli terbaru mereka. Sememangnya Isma dan Aqilah telah bersahabat setelah sekian lama.

Empat gadis ini tersenyum manis, membuatkan ahli2 yang lain senang menerima mereka sebagai ahli baru. Isma sebagai ketua dan Emelia Nadia Dato’ Haswani sebagai penolong mengajar Spicy Girls rutin mereka. Dengan segera mereka berempat telah menguasai rutin tersebut. Ini membuatkan “The Cheeriots” kagum dan bangga mempunyai ahli sebagus mereka. Aishah, Mimie dan Adira sebagai fliers baru kerana ketinggian mereka yang agak “comel” manakala Aqilah dan Amani sebagai lead cheer di hadapan kerana suara mereka yang lantang.

“ Ok girls… Team ragbi dah nak masuk, ready untuk start our rutin… “ Isma memberi arahan sambil memasukkan CD ke dalam radio. Rutin mereka menggunakan lagu “Tell Me Something I Don’t Know” yang rancak. Ahli2 simpanan “The Cheeriots ” menjerit-jerit apabila ahli pasukan ragbi melangkah masuk ke padang.

Lima sekawan ini mula meninjau-ninjau siapakah gerangan ahli2 pasukan ragbi yang dimegah-megahkan oleh STSA ini kerana telah membawa sekolah mereka ke peringkat negeri lalu menjuarai pertandingan tersebut.

“ Akim! Aril! Aliff! Hafiz! Iwan! AAhhhh!!!!! “ Ahli2 pasukan sorak menjerit bagai orang gila. Aqilah ternganga apabila melihat 3 lagi rakannya rupanya sudah tangkap cintan dengan mereka berlima. Aishah sekadar melihat di samping Aqilah. ( Aduss… Kawan2 aku pun? )

“ Err… Senior Isma, can we start now? “ Aqilah menegur Isma yang kelihatan sudah lali dengan keadaan itu. Isma berkali-kali menjerit untuk menamatkan kelakuan mereka yang buruk itu. Kerana cuaca pada hari itu agak panas, Aqilah mula pening dengan suhu yang tiba2 meningkat dan suasana yang bising.

“ Woi !!! Diamlah !!! Tak tahu adab ke ??!! “ Aqilah mula berang dengan sikap mereka. Semua ahli “The Cheeriots” terdiam setelah mendengar suara Aqilah yang kuat dan lantang itu. Malahan pasukan ragbi yang sedang berlatih turut terganggu sehinggakan mereka hampir berlanggar antara satu sama lain.

“ Waa… Gelapnya dunia… Pusing2 pulak tu… ~_~ “ Aqilah mula rebah di tengah padang yang panas itu. Mereka mula mengerumuni Aqilah seperti semut mengerumuni gula. Tiba2 seorang jejaka menyuruh mereka bersurai agar Aqilah tidak kesesakkan nafas. Dengan segera dia mendukung Aqilah menuju ke bilik rawatan.

*************************

“ Wuu… Aku kat mana ni? “ Aqilah membuka matanya secara perlahan namun gagal. Dia hanya Berjaya membuka sedikit saja, mungkin kerana masih silau. Tiba2 saja dia rebah di tengah padang membuatkan semua orang menjadi cemas.

“ Aqilah… Berapa jari yang saya tunjuk ni? “ Seorang jejaka menunjukkan angka 4 dengan jarinya.

“ Err… 3 kut, eh ke 2? 5 la… “ Aqilah memicit-micit kepalanya.

“ Aduh Mimie, kawan awak ni masih mamai lah… Saya keluar dulu la ye… “

“ Hmm… Terima kasih Senior Hafiz sebab temankan saya kat sini. “ Mimie tersenyum, dalam diam dia menaruh hati terhadap Hafiz.

“ Uhh? Hafiz? Mimie? Mimie… You kat mana? “ Dalam keadaan lemah Aqilah mencari teman rapatnya.

“ Hei2… I kat sini lah… You rest la dulu, nanti Sir Eziani dengan Sir Ahmad risau pulak… “ Mimie memegang tangan rakannya itu.

“ Hei… I dah ok la… Migraine sikit je ni… “ Aqilah bangun dengan bantuan Mimie. Dia melihat sekeliling, ini bukan bilik rawatan sekolah…

“ Ni hospital lah cik adik maniss… Dr. Farish cakap you tak boleh sekadar kena rawat kat bilik rawatan je… Mana ada ubat migraine yang boleh suka2 je bagi kat patient sebelum dapat kepastian doktor pakar tentang tahap migraine tu… “

“ Err… Ouh… By the way babe, siapa yang bawak I datang sini? No way ambulance or Dr. Farish kan? “ Aqilah meninjau-ninjau ke arah luar untuk mendapat kepastian.

“ Siapa lagi? Prince charming you la… Yang tinggi lampai tu… Sanggup dia dukung you ke bilik rawatan, then turun balik masuk kereta you sebab kebetulan kunci kereta you jatuh dari poket sweater you and terus ke hospital… Wah2, korang ada relation apa2 ke ni? “ Mimie mengangkat-angkat keningnya sambil tersenyum.

“ Prince charming aku? Siapa pulak ni yang sanggup susah payah sangat? Hafiz? Not my taste la untuk jadi prince charming aku… Lagipun dia bukan tinggi sangat… Siapakah gerangan jejaka itu? “ Muka Aqilah lantas menjadi blurr, kosong tanpa sebarang petunjuk. Kelihatan Adira dan Mimie bersusah payah menarik seorang jejaka untuk bertemu dengan Aqilah. Itukah jejaka tersebut? Jeng jeng jeng…

“ Aduh… Senior masuk je lah… Apa nak disegankan? Mana pergi senior kitorang yang gagah perkasa and tak takut apa2 ni? Eee… Takkan dah jadi donut kut… “ Adira masih memaksa jejaka tersebut.

Tidak lama kemudian, setelah mereka berdua bersusah payah, jejaka tersebut muncul di hadapan bilik tersebut. Terbeliak biji mata Aqilah apabila melihat jejaka tersebut berdiri terpacak seperti tugu Negara yang berdiri megah.

“ Senior Akim? Adira, I tak mamai right? O_O” “ Aqilah menjegilkan biji matanya kerana terkejut, Akim pula hanya membuat muka seposen seolah-olah tiada apa yang berlaku. Adira hanya tersenyum sambil menggeleng.

“ Takde pape ah… Kalau aku biar nanti daddy marah pulak… Daddy dah tugaskan kitorang berempat untuk jaga korang. Nak buat macam mana… Tak mungkin aku lawan keputusan daddy… Nanti aku yang susah… “

“ Ye la tu… Kau yang cemas sangat plus gelisah gila time kau nampak dia pengsan kan?Mengaku je la yang kau tu dah tangkap cintan! “ Iwan menjerit dari luar. Ini membuatkan Akim tersipu malu mengalahkan anak dara namun tetap berlagak macho.

**********************

“ Waaa!!! What happened to my baby??!! “

“ Err… Sorry ar… Tadi aku kelam kabut sangat sampai tak nampak kereta kat belakang… “

“ Uhukhukhuk… Baby… T_T “ Aqilah menangis sambil memeluk Lotus Evora kesayangannya yang berwarna baby blue yang telah remuk di bahagian belakang gara2 Akim yang cuai dan terlanggar kereta Aril yang berada di belakang.

“ Oi… Janganlah menangis… Buat aku rasa bersalah gila ni… “ Akim mula rasa serba tak kena. Aqilah merenung tajam ke arah Akim. Renungan tersebut membuatkan Akim seram sejuk. Amani pula agak risau jika Aqilah mula marah2, dia tahu perangai Aqilah jika ada orang berani merosakkan kereta kesayangannya itu.

“ Babe, takyah marah2 okey… Chill… Kereta je kan? Your daddy boleh hantar bengkel la… “ Amani memegang bahu Aqilah namun ditepis. Aqilah dengan segera berlalu dari situ, dengan sengaja di melanggar Akim dan membuatkan Akim hilang keseimbangan lalu jatuh terduduk.

“ Aiyok… Our lady is really not in the mood now… “ Adira membisikkan kepada Aishah. Mata mereka hanya mengekori Aqilah yang dijemput oleh butlernya setelah dia menelefon rumahnya beberapa ketika yang lalu. Riak wajahnya tidak segembira selalu. Setelah Aqilah beredar……

“ Hahahaha…. Bajetlah aku takut sangat? Bagus ar kereta dia remuk… Aku tak kesahlah dia nak bagitau daddy pun… Thanks la Awok… Bagi aku rempuh kereta kau tadi… Kereta kau pun aku tengok scratch je… Tough gak an kereta kau ni, macam tuannya… Haha… “ Akim menepuk bahu Aril. Aril tidak memberi sebarang reaksi. Hafiz, Iwan dan Aliff tersenyum puas. 4 gadis Spicy Girls pula terkesima melihat perbincangan 5 sekawan itu… Kejam…